Rakan Blogger

Wednesday, March 18, 2015

Bil Elektrik Paling Murah

Asalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Tanpa elektrik di rumah, apa benda pun tidak dapat dibuat terutamanya kaki wayang astro, kaki game dan tukang masak sepenuh masa. Bagi segelintir orang, elektrik ini amat penting dalam kehidupan seseorang. Mana tidaknya, semua peralatan elektronik dimiliki setiap orang.

Kancil pun begitu kerana bergantung sepenuhnya pada tenaga elektrik untuk melakukan kerja - kerja sekolah dan blog. Korang pun begitu juga kan... Bila banyak benda kita guna menggunakan tenaga elektrik pastinya kita ada menunggu pada akhir bulan. Untuk mengetahui berapa bil kita guna pada bulan lalu.

Bulan lalu, bil elektrik rumah Kancil RM 35.50 merupakan bil paling rendah sejak Kancil berumah sendiri. Sudah 10 bulan Kancil duduk rumah baharu. Ini merupakan bil paling rendah Kancil terima. Apapun Kancil bersyukur kerana ada hikmah kejadiannya. Semuanya berlaku di sekeliling Kancil. Sebelum ini Kancil diduga dengan pelbagai rintangan dan halangan sehingga rasa tidak senang duduk dibuatnya. Namun Kancil bersabar mungkin ada hikmah Kancil diperlakukan demikian.

Betul kata orang tua, kita mungkin hilang satu perkara yang kita anggap berharga sebenar ada lagi yang lebih baik daripada yang hilang. Kancil amat bersyukur dengan itu. Harap-harap para pembaca pun boleh macam Kancil...

Terima kasih

2 comments:

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Boleh turun lagi jika kena caranya kancil. Boleh baca cerita dalam blog saya. Taip aje pasai elektrik insyallah keluar cara nak jimat lagi.

fairus said...

DULU RUMAH AKU CAMTU JUGAK BILNYA.. SEKARANG SUDAH MULA NAIK BAH..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...