Rakan Blogger

Thursday, May 21, 2015

Menjaga Kelas Peperiksaan

Asalamualaikum dan salam satu Malaysia.....

Minggu ini merupakan peperiksaan semester pertama bagi murid Kancil. Kancil dberi tanggungjawab untuk menjaga beberapa kelas sepanjang peperiksaan ini. Part ini adalah part yang paling Kancil suka  apabila melihat murid-murid sibuk menjawab dan mata mereka memandang sesuatu namun sebenarnya cuba mencari jawapan dalam minda mereka.

Part yang Kancil ndak suka apabila mereka mula sudah bising di masa akhir peperiksaan ....menganggu rakan-rakan lain yang sedang mencari jawapan....minta mereka keluar nanti bermasalah plak....takut cedera sebab tiada pantauan dari guru...akhirnya Kancil meminta mereka duduk diam....tapi budak....ndak sampai 2 minit pasti berusaha....menguji kesabaran kita berada di dalam kelas.

Ingat zaman Kancil sekolah....senyap berada di dalam kelas. Pesanan mak bapa sebagai panduan agar tidak menyusahkan rakan lain bila peperiksaan. Sentiasa membaca buku last minit supaya tidak menghampakan mak bapa....tapi sekarang....tuhan sahaja yang tahu...di mana silapnya....

Dalam peperiksaan pun murid masih boleh bermain. Membuat bising. Ditegur berulang kali dibuat juga. Berkasar plak ada masuk surat khabar. Dugaan seorang guru....tapi kami sentiasa memberi teguran kerana percaya mereka pasti berubah walau pun bukan hari ini...

Terima kasih

Saturday, May 9, 2015

Cerianya Bumi Tawau

Asalamualaikum...
Kesian pada blog ini....berbanding rakan rakan lain....mereka masih aktif....niat memang mahu berblog...tapi idea tu kurang...kancil cuba sedaya upaya untuk menaip dan bercerita apa yang berlaku.
Isu semasa di Sabah kes rompakan dari penjenayah negara jiran...banyak cerita tapi tidak didedahkan demi keselamatan dan keamanan negara....namun kita harus berdoa agar anggota keselamatan kita selamat dan kembali ke pangkuan keluarga mereka....
Esok, Perdana Menteri akan datang ke bumi Tawau.....kali terakhir jumpa Dato Seri Najib ketika kancil di tingkatan 3... Hehehe...ndak sabar mahu jumpa lagi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...