Rakan Blogger

Monday, May 2, 2011

Jalan - Jalan Ke Daerah Lahad Datu

Sempena cuti 1 Mei 2011 nie, saya telah merancang untuk berjalan ke daerah Lahad Datu bersama sahabat saya Cikgu Gen2 Merah. Tapi itulah orang kata, kita mampu merancang tapi Tuhan yang menentukannnya. Kami tidak dapat berjalan bersama sebab sahabat saya nie,  ada urusan penting yang harus beliau selesaikan. Tetapi, niat saya tetap saya teruskan memandangkan agak lama saya tidak mengunjungi daerah ini. So, saya bawalah family saya sekali. Ambil peluang berjalan bersama - sama.

Apa istimewanya Lahad Datu nie di hati saya. Hehehe....sebenarnya daerah ini merupakan tempat saya membesar dan bersekolah. Daerah Lahad Datu merupakan daerah yang paling besar di Sabah dan bandarnya adalah bandar ke 4 terbesar di Sabah selepas bandar Tawau. Menurut rakan yang berkerja di kerajaan tempatan daerah tersebut, kemungkinan pada tahun hadapan Majlis Daerah Lahad Datu akan ditukarkan kepada Majlis Perbandaran Lahad Datu. So, Lahad Datu akan diumumkan sebagai Bandar Besar Lahad Datu.

Berbalik kepada cerita kami berjalan - jalan. Kami mula bergerak dari rumah kami di Batu 2 Jalan Apas, tepat pada pukul 8 pagi. Kelajuan kereta yang saya bawa tetap 60 hingga 70 kmsj. Utamakan keselamatan keluarga...Sepanjang perjalanan, keadaan cuaca adalah panas dan berharap hujan. Tapi tidak hujan juga. Ada cerita menarik dalam perjalanan kami antara Lebuh Raya Tawau - Semporna. Ada sebuah bas yang dipandu oleh seorang wanita dan bas tersebut adalah bas parti politik ???. Aduh! sudahlah perempuan yang membawa, dibuatnya macam litar pula jalan raya nie. Tidak mengendahkan pemandu lain. Kalau terlanggar disalahkan orang lain. Agaknya dia bawa 130 kmsj. Memang laju. Sudah tu, penumpangnya anak - anak dara. 

Dalam perjalanan, kami melalui daerah Kunak yang merupakan bekas kawasan daerah Lahad Datu. Ia keluar dari dearah Lahad Datu  kerana mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan mampu berdiri dengan sendiri. Maklumat ini saya dapatkan dari rakan di Urusetia Lahad Datu. Kunak merupakan tempat persinggahan. Kawasan yang menarik di daerah Kunak ini ialah Air Terjun Madai, Gua Madai dan Tapak Pra Sejarah Tingkayu. Tempat yang paling popular adalah kawasan Simpang 4 Kunak. 


 Keadaan jalan raya di Lebuh Raya Tawau - Kunak

 Sempadan Daerah Tawau - Kunak : Sungai Kalumpang

 Kawasan Simpang 4 Kunak

Dahulunya, kawasan ini merupakan tanaman kelapa dan sekarang pula kawasan kelapa sawit. Simpang 4 nie pula merupakan kawasan kampung dan tempat pos pengawal tentera untuk menjaga keselamatan pada akhir tahun 80 - an dan Polis pada awal tahun 90 - an. Selain menjaga keselamatan, ia juga mengawal pergerakan rakyat dan menyekat barang seludupan. Teringat masa saya kecil dulu, asal cuti sekolah, kami sekeluarga akan balik kampung ke Semporna. So kami naik bas penumpang Lahad Datu - Semporna. Sampai di Kunak, kami ditahan oleh pengawal keselamatan kerana bas tersebut membawa barang seludup dari Filipina. Semua orang dewasa beratur di luar bas dan disoal siasat. Pihak polis tidak berpuas hati, kami semua dibawa ke Balai Polis Kunak di Pekan Kunak. Sehari suntuk kami berada di balai tersebut. Akhirnya kami dilepaskan kerana barang tersebut bukan milik salah seorang dari kami dan sememangnya ia telah ditinggalkan oleh penumpang sebelum ini. 

 Pintu Masuk ke Air Terjun Madai

 
Pemandangan Kelapa Sawit Sekitar Tingkayu
Tepat pada pukul 10 pagi, kami tiba di Lahad Datu. Banyak perubahan yang berlaku di kawasan ini. Yang paling ketara adalah jalan rayanya. JKR daerah telah membuat laluan dua hala untuk memudahkan pengguna jalan raya. Selain Kunak, Lahad Datu juga merupakan tempat persinggahan. Selain jalan raya, banyak lagi perubahan yang berlaku di daerah ini. Dan sudah masanya bandar ini diumumkan sebagai bandar besar.


SMK Terusan yang bakal dibuka terletak di kawasan Sepagaya


 Keadaan jalan raya yang belum diturap sekitar Sepagaya,  Bandar Perdana dan Tabanak

 Bulatan (tidak tahu apa namanya)

Bulatan ini dahulunya meletakan bangunan Hospital Lama dibawa pemerintah Inggeris. Dan apabila Sabah masuk Malaysia, bangunan tersebut dijadikan rumah kerajaan dan Hospital dipindahkan tidak jauh dari tempat tersebut. Bangunan inilah tempat kami tinggal sekitar tahun 1987 hingga tahun 1992 dan telah dirobohkan pada tahun 1993 untuk membuat bulatan sehingga kini. Sebelum bulatan ini dibina, ia merupakan simpang tiga yang paling berbahaya di daerah Lahad Datu. Sepanjang tahun banyak kali kemalangan jalan raya berlaku di simpang ini. Boleh dikatakan kami sentiasa menyaksikan kemalangan jalan raya dihadapan mata kami. Sekarang sudah tidak berlaku disebabkan adanya bulatan tersebut.

 
 
 Kawasan bandar Lahad Datu


 SMK Agaseh - Sekolah lamaku



 
 Pemandangan dari luar sekolah - gambar diatas sebelah kiri dikenali sebagai KL (Kantin Luar), sebelah kanan padang sekolah dan gambar tengah di atas merupakan laluan ke SMK Agaseh 
SMK Agaseh merupakan sekolah yang paling popular di daerah Lahad Datu malah dikenali di peringkat negeri. Pada tahun 1997, sekolah ini telah menempa nama sebagai Sekolah Harapan Negara. Selain itu banyak lagi yang pencapaian yang dimiliki oleh sekolah ini. Perdana Menteri kita pada hari ini, Dato Seri Najib Tun Razak pernah melawat ke SMK Agaseh pada tahun 1996 iaitu semasa beliau menjawat Menteri Pendidikan. Ketika itu saya berada di tingkatan 3. SMK Agaseh juga memegang rekod menjuarai sukan sekolah peringkat daerah Lahad Datu selama 11 tahun berturut - turut. Sehingga kini, tiada sekolah yang mampu mencabar rekod SMK Agaseh sehingga kini. Namun, tidak semua mengetahui sejarah hitam sekolah ini. Sekitar tahun 80 - an, SMK Agaseh merupakan sekolah yang paling teruk antara tiga buah sekolah di Malaysia. Itu sejarah dulu dan kini masih mengekalkan prestasinya sebagai sekolah yang unggul di daerah Lahad Datu.

Setelah melalui kawasan sekolah lama, kami menuju ke rumah kawan kami yang tidak jauh dari sekolah tersebut. Cik Ramlah yang merupakan guru GSST di Sabahat 2 Lahad Datu. Kedatangan kami disambut mesra oleh beliau. Kami mengajak beliau ke Sahabat 16. Sahaja untuk berjalan lagipun kami tidak biasa ke sana. Bagi saya pula, lupa jalannya. So, minta beliau tunjukkan jalan.
 Rumah Cik Ramlah - Berehat sekejap sambil menikmati air sirap.

Sekitar 12.30 tengahari, kami bergerak menuju ke Sahabat 16. Dalam perjalanan tu, kami banyak berbual tentang sekolah dan rakan - rakan lama. Apa cerita mereka dan khabar mereka. Selain itu, kami mendengar cerita daripada Cik Ramlah mengenai perubahan yang berlaku di sekitar Lahad Datu.

Kawasan diratakan untuk tujuan pembangunan. Dua ekor anjing melintas jalan raya, nasib je kereta aku tidak melanggarnya - Silabukan Peringkat 1

 Keadaan jalan raya menuju ke Tungku

Daerah kecil Tungku, merupakan laluan antara Bandar Lahad Datu dan Bandar Sahabat 16. Ia memiliki pekan kecil yang terletak di pinggir pantai. Penduduk pekan semuanya bekerja sebagai nelayan. Namun pekan ini dilengkapi Perpustakaan Desa, Klinik Kesihatan, Balai Polis dan Urusetia Daerah Kecil. Jarak perjalanan adalah 74 KM dari bandar Lahad Datu dan masa perjalanan adalah 40 minit hingga 60 minit.


 
 Pemandangan sekitar Felda Sahabat Anjung Teduh hingga Cenderawasih

Tepat pada pukul 2 petang, kami tiba di Bandar Sahabat 16. Kali terakhir saya datang ke sini adalah pada tahun 2005. Itu pun ke sekolah adik perempuan saya mengajar. Adik perempuan saya mengajar di SK Sahabat 16. Banyak perubahan yang telah berlaku di kawasan tersebut. Teringat masa ikut program Perpustakan Negeri Sabah sekitar tahun 1998 hingga 2000. Banyak akitivit yang kami lakukan di sini. Jom kita lihat suasana di Pantai Sahabat 16. Memandangkan cuti umum 1 Mei, ramailah pelancong datang ke sini. Kira penuh orang bermandi manda di pinggir laut. Tidak terlepas orang yang berniaga. Disinilah peluang mereka untuk menambahkan pendapatan mereka.


 

 
 Suasana sekitar pantai Sahabat 16

Setelah berjalan - jalan di pinggir pantai, kami bergerak keluar menuju ke Sekolah Kebangsaan Sahabat 16, bekas adik perempuan saya mengajar. Kini beliau mengajar di SK Sungai Tohok, Semporna. Suasana kawasan felda aman dan susunan rumah mereka semua terancang. Malah semuanya cantik - cantik belaka. Selain itu, setiap rumah mempunyai papan nama untuk memudahkan kita mengetahui pemilik rumah tersebut.

 


 
SK Sahabat 16, terletak di atas bukit Felda Sahabat 16. Kira boleh nampak seluruh kawasan bandar Sahabat 16. Sekolah ini cantik dan menarik dan merupakan salah satu jenis sekolah moden.


 

 Sempat mengambil gambar sebelum kembali ke Tawau

Tepat pada pukul 3.15 petang, kami semua meninggalkan Bandar Sahabat 16 dan menuju balik ke Lahad Datu dan seterusnya ke Tawau. Kami tiba di Tawau tepat pada pukul 7.30 malam. Satu hari berjalan. Semua kami penat dan anak - anak pun terus tidur sampai di rumah. Banyak tempat kami lawati. Cuti akan datang, kami akan melawat pula daerah Sandakan.

15 comments:

maszull said...

salam kancil...wah best nyer dpt baca n3 lama2 kancil ni...

seronoknya dpt berjalan sehari suntuk ronda2 bersama gen2merah yer melawat n melihat tempat2 kenangan lalu...

yg bestnya kat pantai 16...mmg nama pantai tu pantai 16 yer....

rumah disana semuanya tinggi2 kn kalau di semenajung ni rumah yg tinggi mcm tu adalah di Negeri Perak...

p/s kancil n gen2merah mengajar di sek yg sama yer...

maszull said...

salam kancil...wah best nyer dpt baca n3 lama2 kancil ni...

seronoknya dpt berjalan sehari suntuk ronda2 bersama gen2merah yer melawat n melihat tempat2 kenangan lalu...

yg bestnya kat pantai 16...mmg nama pantai tu pantai 16 yer....

rumah disana semuanya tinggi2 kn kalau di semenajung ni rumah yg tinggi mcm tu adalah di Negeri Perak...

p/s kancil n gen2merah mengajar di sek yg sama yer...

Kancil 8349 said...

Salam mama,

terima kasih membaca entri lama Kancil. Ketika nie, Kancil belum lagi berminat untuk tunjuk muka...hehehehe...sebenarnya bersama keluarga kancil. Ndak jadi dengan Gen2Merah. Kami merancang tapi ndak jadi. Sal pantai sahabat 16, memang itu namanya...

rumah tu memang semua tinggi sebab mengelak dari banjir dan sebagainya...terutamanya binatang buas...hehehe...tinggal dipinggir hutan...

Kancil dan Gen2Merah bekas rakan sejawatan di sekolah yang sama pada awal tahun ini. Disebabkan arahan, Kancil berpindah ke sekolah baru. Kerana bidang Kancil lebih memerlukan sekolah tersebut

Pinkyz Ladies said...

penah lalu ja lahad datu ni. Waktu tu buat fieldwork kat tawau..dah 2 kali sampai tawau. Best

Kancil 8349 said...

Pinkyz Ladies :

orang Sabah juga ke...wah boleh jumpa kalau mcam nie...hehehe

Pinkyz Ladies said...

ndak la..dulu study UMS

Kancil 8349 said...

Pinkyz Ladies :

ooo...seronoklah datang ke sabah kan

nurmujahidah said...

banyak tol ilmu kt blog kancil :D

Kancil 8349 said...

Nurmujahdah :

terima kasih...

hafeziskandar said...

maaf boleh saya tanya, lahad datu ke tawau berapa jaraknya
kalau tak keberatan, saya minta sms ke no saya ni 013-9082172

hafeziskandar said...

atau mail ke hafeziskandar@gmail.com

Kancil 8349 said...

hafeziskandar :

kalau tidak silap 150 km... 2 jam masa perjalanan

Anonymous said...

mohon buat entry lg bnyk pasal lahad datu boleh?
berminat ingin tahu..inshaAllah menetap di sana suatu hari kelak..

Cikgu Kaunseling Ma said...

ASSalamualaikum kancil
wah bestnya dan cantiknya pemandangan di sana. Patutlah keluarga saya yang tinggal di sabah mengatakan Sabah cantik dan permai terutamanya Felda dan pantainya.

mohon izin share artikel Tuan di blog saya ya.

Ramly Sp said...

Info laluan yg menarik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...