Rakan Blogger

Tuesday, May 17, 2011

Hadiah Sempena Hari Guru


16 hb Mei, sememangnya ramai tahu ia adalah tarikh bagi memperingati jasa dan pengorbanan guru - guru. Tarikh ini juga, memberi peluang kepada semua warga pendidik dihargai dan dikenang oleh orang yang dididik. Di sekolah saya pula, tidak semua merasakan tarikh nie sebab sibuk dengan kerja masing - masing. Sehinggakan murid memberi hadiah pun ditanya mengapa bagi hadiah kepada dia.
Fokus utama untuk hadir sekolah adalah untuk mendidik anak bangsa. Dan tidak terfikir akan ganjaran daripada anak murid sendiri. Seperti guru - guru lain, saya pun tidak terlepas diberikan hadiah dan yang paling pelik. Saya tahu, hari ini adalah Hari Guru. Tapi bila sampai ke sekolah, saya mula sibuk dengan pelbagai kerja yang menanti di atas meja saya. So, bila ada seorang murid menghampiri saya dengan membawa sebuah kotak hadiah. Saya siap tanya lagi. Untuk siapa nie?

Kata murid tersebut untuk cikgu. Aik! bukan hari jadi cikgu lah hari nie. Kataku kepada anak murid tersebut. Murid tersebut senyum sambil berkata Selamat Hari Guru. Aduh! Terkejut dan terharunya saya mendengarnya. Sehingga saya terkedu seketika. Saya pandang murid tersebut sambil mengukir senyuman kepadanya. Maaf, cikgu terlupa. Terima kasih dengan hadiah nie. Belajar rajin - rajin.

Rakan - rakan sejawatan saya menegur tentang hadiah yang banyak di atas meja saya. Mereka merasa pelik kerana saya merupakan guru baru di sekolah tersebut tetapi ramai muid memberi hadiah kepada saya. Sampai ada yang berkata, ilmu apa yang kamu guna sampai bebudak nie suka sama kamu. Saya hanya mampu tersenyum. Namun, saya masih rindukan murid - murid SK Batu Payong. Ingatkah mereka kepada saya?

Apapun, saya mengucapkan terima kasih kepada semua murid yang memberikan hadiah kepada saya. Walaupun tanpa hadiah, yang penting murid menghormati saya sebagai guru dan pendidik mereka. Itulah hadiah paling berharga bagi seorang guru. Kerana itu akan mengeratkan hubungan toleransi antara guru dan murid sekolah. Jom kita lihat apa hadiah yang mereka berikan kepada saya. 

 
 


3 comments:

Ce'gu JAERA said...

bestnya ums.. banyak hadiah ko dapat. yang penting murid2 mu dapat ilmu yang bermanfaat kan

Kancil 8349 said...

tulah yang kita harapkan sebagai guru. Hadiah yang paling bererti adalah mereka menjadi manusia yang berguna untuk Agama, Bangsa Dan Negara

Anonymous said...

The Internet is known to be as the information superhighway-a great and excellent source of information about different subjects of interest under the sun. Opposite to the bandstand there is the Old Whitby Lifeboat Museum and gift shop. They all come up with a superb retirement investor incentives. [URL=http://lopolikuminr.com ]entrains[/URL] Do not put your aisle flowers to waste by throwing them away right after the ceremony. When you work for more than 8 to 10 hours a day looking at the computer screen, it pays to have refreshing and creative desktop wallpaper.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...