Rakan Blogger

Sunday, May 22, 2011

Peraduan Mewarna Dan Melukis Poster, SK St Patrik, Tawau

Sebelum ini, acara senaman aerobik dilaksanakan pada hari Sabtu lepas. Aktiviti diteruskan lagi dengan peraduan mewarna dan melukis poster sempena bulan Kesihatan.Aktiviti ini terbahagi kepada dua kategori iaitu tahap 1 dan tahap 2. Objektifnya adalah memberi pendedahan kepada semua murid betapa pentingnya menjaga pemakanan dan kesihatan mereka sepanjang hari.

Peraduan Mewarna Dan Melukis Tahap 2 telah dilaksanakan pada hari Rabu selepas peperiksaan semester berakhir. Semua murid dihimpunkan di tapak perhimpunan dan dipantau oleh guru - guru yang bertugas mengikut kelas masing - masing. Suasana tersebut menarik dan memberi peluang kepada murid - murid berinteraksi antara rakan bukan kelas mereka.

 
 Susana Tahap 2

Di atas adalah antara gambar yang sempat ambil semasa aktiviti ini berlansung pada sekitar 12.00 tengahari, hari Rabu. Manakala tahap 1, dilaksanakan pada hari Jumaat selepas waktu rehat. Iaitu peraduan mewarna poster. Mereka semua berada di dalam kelas. Ini disebabkan suasana petang yang cukup panas lagipun, pancaran matahari masuk ke tapak perhimpunan. Takut - takut ada yang sakit nanti...memandangkan suhu iklim yang tidak menentu.

Pemenang akan diumumkan pada hari Isnin ini...

 
 Suasana Tahap 1




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...