Selamat Pengantin Baru untuk dua orang mempelai iaitu Cik Norren Binti Alai dan Encik Mohd Yatim Bin Baharuddin. Moga kebahagian kekal selamanya. Sebenarnya, mereka nie jiran sekampung dan saya pun tidak sangat mengenali mereka. Disebabkan jemputan, saya pergi dan lagipun menemani mak mertua saya.
Rumah pengantin ini tidak jauh juga dari rumah mertua saya. Jalan kaki tidak sampai pun 3 minit. Kira dekat juga. Tepat pada pukul 7 petang, kami serombongan bergerak ke rumah pengantin. Kami itu adalah semua ahli keluarga sebelah isteri saya. Kira - kira 10 oranglah. Hehehe...tiba di rumah pengantin, tetamu masih kurang kira kami masih awallah.
Ada beberapa sebab mengapa saya menulis blog pasal perkahwinan mereka ini. Yang menarik perhatian saya ialah di meja makan, ada atur cara majlis tersebut. Bermula 7 petang hinggalah 8.40 malam. Macam memudahkan tetamu apa yang berlaku.
Yang kedua, ada tayangan slide show untuk kedua - dua mempelai. Slide show ini menceritakan tentang diri pengantin lelaki dan perempuan. Bagaimana mereka berjumpa dan apa yang mereka buat ketika ini. Selain itu, memaparkan gambar - gambar sewaktu kecil. Best juga tengok slide show nie.
Selain itu, ada tarian zapin arab. Tarian ini dipersembahkan oleh warga kKmpung Titingan, Tawau. Menarik dan indah persembahan mereka. Semuanya lelaki yang membuat persembahan. Sebab makan, saya tidak sempat mengambil gambar mereka menari. Hehehe...
4 comments:
sampainya hati mu ums ko tak bawa aku sekali.. huhuhu... takpe2 (",)
wei dil..nie pun last minit aku ikut dengan mertua ku...hehehe
tu lah..ajak lah kawan2 sekali......hehehe....next time lah...kalau c umrah kahwin....Lagi??
aduh!...sekali seumur hidup je geng...aku tunggu korang dua nie kahwin
Post a Comment