Rakan Blogger

Friday, May 27, 2011

Bengkel Pemantapan Sesi Kaunseling



Bengkel ini menghimpunkan semua guru BK daerah Tawau. Cuma yang terpilih sahaja. Dari sekolah menengah hingga sekolah rendah. Kalau tidak silap saya sekolah rendah ada lebih 40 orang yang dipanggil untuk menyertai bengkel tersebut. Bengkel ini diadakan di Hotel Marco Polo tingkat 1. Acara bermula pada pukul 1.30 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang.

Kalau dilihat dari sesi tajuk bengkel, seperti ada yang perlu kita menambahbaiki sesi kaunseling dan masa ini adalah yang paling sesuai berkongsi maklumat sesama rakan BK dari sekolah lain. Alhamdulillah sememangnya itulah objek program tersebut. Sebelum bermula, semua guru BK sempat diberikan jamuan makan tengahari di lobi hotel tersebut. Hehehe...kali pertama saya memasuki hotel ini walaupun sudah agak lama di daerah Tawau.

Sebelum makan, saya sempat mendaftarkan nama saya untuk mengesahkan kehadiran saya. Rupanya, pihak penganjur sudah menetapkan kumpulan mana yang saya harus masuk. Saya diasingkan dengan rakan saya dari SK Sentosa. Dia berada di Kumpulan 3 manakala saya berada di Kumpulan 2. Selesai makan tengahari, kami terus memulakan sesi kaunseling.

Masa nie, fasilitator dari SK Pasir Puteh Tawau memberi peluang kepada kami menceritakan masalah disiplin di sekolah kami dan diminta berkongsi ilmu dan cadangan untuk menambahbaik dalam sesi kaunseling yang masing - masing hadapi di sekolah. Banyak ilmu yang saya dapat melalui perbincangan. Sememangnya ini yang perlu dilakukan oleh semua guru BK iaitu perkongsian ilmu dan memberi bantuan dari segi cadangan dan pandangan.

Dalam perbincangan kami, ada sesuatu yang menarik perhatian saya. Yang mana ia telah disebut oleh fasilitator kami mengenai "Melabel Murid Di Kalangan Guru Sekolah". Beliau telah membuat kajian tindakan selama 3 tahun mengenai kes tersebut. Dan hasilnya, memberi kesan negatif jika diteruskan sikap guru melabel anak murid walaupun kesalahannya sedikit. Hasil perbincangan dengan guru besarnya, akhirnya guru besarnya memberi nasihat dan amaran kepada guru - guru sekolahnya untuk tidak suka melabel anak murid. Selepas nasihat tersebut, kesan positif berlaku secara mendadak melalui pencapaian akademik di sekolah tersebut.

Sebagai guru baru di bidang pendidikan ini, saya rasa bertuah dan bersyukur kerana pihak PPD Tawau dapat menganjurkan program seumpama ini. Harapan saya agar program ini akan berterusan. Terima kasih kepada PPD Tawau terutamanya Puan Jamilah Mohd Jantan dan Cikgu Azman

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...