Rakan Blogger

Monday, December 26, 2011

Tinggal Di Kawasan Lembah

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Dah lama tidak online. Bikin stress setiap hari. Kancil dah pun tukar BB baru namun masih juga bermasalah. Line tidak kuat walaupun nampak 3 bar. Ia masih juga lembap. Kancil ndak boleh buat apa - apa...Nak membalas kunjungan rakan pun mengambil masa setengah jam untuk loading. Terpaksalah tunggu buka sekolah.

Apapun Kancil memohon maaf kepada rakan blogger yang kancil belum membalas kunjungan blog mereka. Insya Allah Kancil tetap membalas kunjungan kamu. Bukan mahu terus menyepi cuma keadaan tidak mengizinkan.

Dalam kesempatan ini Kancil ingin mengucapkan

Selamat Tahun Baharu 2012

Kepada semua rakan blogger dan pembaca setia blog Kancil 8349. Semoga tahun akan datang membawa makna kepada kita semua. Terima kasih.

Wednesday, December 21, 2011

Kecemasan...Ndak Sangka Boleh Macam Nie

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Lamanya Kancil menyepi dalam dunia blog semacam sudah seminggu menghilang. Padahal baru 5 hari. Ke mana Kancil menghilang? Sebenarnya, Kancil ada kerja sedikit. Kancil membantu adik Kancil. Adik Kancil seorang cikgu macam kancil juga. Tapi dia bertugas di daerah lain. So, dengar dia mahu gi Kota Kinabalu tapi dia tiada teman. Apa lagi Kancil pergi temankan dia.

Dalam perjalanan, dia menceritakan kursus yang beliau akan sertai ini. Ia adalah anjuran Institut Sukan Negara (ISN). Menarik je. Kami bergerak seawal 6 pagi dari Semporna. Sebab adik Kancil bertugas di sana...hehehe...setiba di Kota Kinabalu pada pukul 3 petang tapi lewat ke tempat kursus disebabkan banjir dan kesesakan lalu lintas. Tempatnya di Putatan.

Setiba di Kompleks Belia Dan Sukan, Kancil temankan adik Kancil mendaftar di kaunter pendaftaran kursus. Semasa beliau menulis nama, Kancil bertanya kepada seorang pegawai, boleh ke guru lain yang tidak tersenarai menyertai kursus nie. Kata pegawai tersebut boleh. Apa lagi Kancil ikut serta kursus tersebut.

Bermula pada malam hari Jumaat sehinggalah pada hari Isnin tengahari. Kami semua dilatih untuk menjadi fasilitator sukan. Penat taw...tapi seronok. Sebabnya tiada tekanan semasa menyertai kursus nie. Asyik bergembira dan berketawa riang walaupun dah penat dan sakit - sakit otot sebab menarik latihan praktikal sukan. Tidak semua sekolah yang dijemput hadir untuk menyertai kursus nie. Mungkin disebabkan cuti sekolah.

Itulah sebabnya, Kancil menghilang. Ndak dapat post apa - apa dalam blog. Apapun terima kasih kepada rakan yang sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday # 20

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.


Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Tuesday, December 13, 2011

LASABELA Ke Kota Kinabalu (21 hb November 2011)

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Hari ketiga, rombongan seterusnya di bawa ke Zoo Lok Kawi yang terletak di kawasan Penampang. Kalau tidak silap ada rakan blogger kita yang tinggal berhampiran di sana. Kancil ndak berpeluang untuk menemuinya disebabkan tugas membawa para peserta. 
Ketibaan kami disambut oleh pengawai Zoo tersebut. Beliau memberi taklimat mengenai keadaan zoo tersebut. Disamping mengingati para peserta mengenai larangan - larangan ketika berada di dalam zoo lok kawi. Setelah mendengar taklimat daripada beliau, kami dibawa ke tempat pertunjukan haiwan antaranya burung kakak tua, orang utan dan ular sawa.

Part yang paling gerun adalah ular sawa. Pertama kalilah kancil memegang ular sawa. Nasib gak jinak ular nie. Setelah selesai pertunjukkan, kami berjalan - jalan melihat sekitar zoo tersebut. Masa nielah tergambar di wajah anak murid kami yang belum pernah melihat haiwan liar yang tinggal di dalam hutan. Banyak perkara mereka pelajari di sini.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349

LASABELA Ke Kota Kinabalu (20 hb November 2011) Part 2

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.


Setelah melawat Muzium Negeri dengan menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Rombongan kami seterusnya bergerak menuju ke Universiti Malaysia Sabah (UMS). Sebelum ke UMS, kami berehat makan di Masjid Raya Kota Kinabalu yang terletak di Teluk Likas.

Selepas makan, rombongan kamu terus menuju ke UMS. Sebenarnya kami mengunjungi Aquarium UMS. Di dalamnya terletak banyak spesis ikan laut. Nanti Kancil letak dalam Wordless. Hehehe...Bagi kebanyakan peserta, ini kali pertama mereka melihat ikan yang hidup. Ikan kat pasar tu dah mati..hehehe. Di bawah nie adalah waktu lawatan...jom lihat ;


Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Monday, December 12, 2011

Punca Traffik Kancil 8349 Minggu Kedua Bulan Disember 2011

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Terima kasih kepada mereka yang telah banyak membantu blog Kancil pada minggu lalu. Walaupun Kancil kurang aktif berblog disebabkan line internet di tempat baru tidak berapa baik. Bilangan pengunjung pun ndak banyak namun Kancil yakin ia sementara disebabkan sekarang cuti sekolah. Apapun, jom kita terjah mereka yang mesra ;




Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Saturday, December 10, 2011

Terperangkap 3 Jam Di Lebuh Raya Lahad Datu - Sandakan

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.
Dalam perjalanan balik ke Tawau, Kancil sekeluarga terperangkap dalam kesesakan di lebuh raya Lahad Datu - Sandakan berhampiran dengan Sungai Kinabatangan. Kesesakan ini disebabkan oleh kemalangan dua treler. Satu treler tong gas dan satu treler membawa buah sawit. Lebih beribu kenderaan dari dua arah terperangkap akibat kemalangan tersebut.

Kancil tiba di kawasan kejadian pada pukul 12 tenghari dan selepas 3 petang tadi. Kawasan kemalangan telah dapat dilalui dari dua arah. Nasib juga pemandu tu selamat cuma menyebabkan kesesakan sejauh 8 km dari kedua - dua arah. Kancil sekeluarga selamat tiba di Tawau tepat pada pukul 8 malam.

Ketika nie, Kancil sedang memerhati bulan di langit. Cantik...mahu gerhana bulan. Jom kita lihat

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Kembali Ke Tawau

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia blog Kancil 8349.

Sebelum bergerak balik ke Tawau, Kancil nak buat satu entri yang pendek. Ketika nie Kancil masih menunggu anak - anak Kancil bangun dari tidur. Malas nak memaksa mereka sebab kalau dipaksa bangun mereka akan menangis. Ini akan mengganggu tumpuan Kancil untuk memandu. Apapun Kancil akan sampai di Tawau pada pukul 5 petang...insya Allah!

Selamat tinggal Kota Kinabalu. 5 tahun Kancil hidup di bandaraya dan hanya 7 hari berada di sini dah macam bertahun berada di Kota Kinabalu. Banyak kenangan pada bandar nie. Ndak semua dapat pergi. Untuk sahabatku Gen2merah, esok kita berjalan2 kalau tiada halangan...hehehe...harap dia baca blog ku nie..

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Friday, December 9, 2011

JOM FOLLOW BLOG REMYHAZZA

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.
Kali nie, Kancil menyertai segmen rakan blogger yang sentiasa mengunjungi blog Kancil. Segmen ini merupakan segmen pertama beliau. Sebagai rakan blogger, Kancil harus membantu untuk memeriahkan segmen beliau dengan mengajak rakan - rakan blogger lain untuk menyertai segmen beliau. Klik je banner di atas tu. Segmen nie Kancil jumpa daripada blogger Aien Not Alien.

Penganjur minta kita ceritakan mengenai blog beliau. Blog beliau menarik dengan diselit dengan cerita - cerita kehidupan yang penuh dengan pengajaran secara langsung dan tidak langsung. Seorang blogger yang ramah dan mesra bila mengunjungi blog lain. Itu je yang mampu kancil ceritakan..jomlah beramai - ramai menyertai segmen beliau.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Contest : I love Animal

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.


Atas jemputan daripada rakan blogger Blog Mama dan memandangkan blogger nie baru membuat segmen pertama beliau. Kancil dengan rela hati dan suka hati menyertai contest beliau. Meramaikan suasana contest tersebut. Ndak berharap untuk menang sebab memang ndak akan menang pun. Jomlah kita beramai - ramai menyertai contest beliau.

Kancil sukakan pada kucing. Walaupun di rumah sekarang nie belum ada lagi kucing. Tapi bila balik kampung, ada kucing di rumah. Rupanya sebiji macam di bawah. Ndak ada gambarnya. Gambar nie Kancil ambil dalam google search. Suka memeluk kucing tersebut.


Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog kancil 8349.

Nilai Harga Blog Kancil 8349...Korang?

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Awal pagi nie Kancil berblogwalking ke blog - blog yang menyertai segmen lulu. Satu blog yang menarik perhatian Kancil. Entri blog tersebut mengajak kita untuk menilai harga blog kita dan ranking kedudukan di dalam Malaysia. Kalau ndak percaya, jomlah singgah ke blog beliau iaitu Just A Simple Smile

Kancil dah check harga blog dan kedudukan blog Kancil. Korang bila lagi. Jomlah kita ke website sini.

Gambar di bawah adalah harga blog Kancil dan kedudukan di dalam negara.


Harga : RM 28 422.3 
Rank :  2 988

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : korang boleh checkkan harga blog orang lain. Cubalah try

Blog Mama : RM 40,614.71 (Rank : 6,263)

Blog Santri  : RM 33, 465.6 (Rank :15 819)

Blog 3no gr33ny : RM 11, 282.89 (Rank : 28, 163)

Thursday, December 8, 2011

LASABELA Ke Kota Kinabalu (20 hb November 2011) Part 1

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.


Hari pertama berada di Kota Kinabalu, semua peserta bersiap ke Muzium Negeri yang terletak berhampiran dengan Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu. Kebetulan, pihak muzium menganjurkan satu program untuk murid - murid sekolah. Nampaknya, kehadiran kami disambut dengan aktiviti yang menyeronokkan.

Sebelum menyertai aktiviti tersebut, semua peserta mendengar taklimat daripada pihak muzium mengenai perkara - perkara yang tidak boleh dibuat di dalam muzium. Yang mungkin akan merugikan diri mereka. Antaranya mengambil gambar di dalam muzium. Ini adalah satu peraturan yang amat tegas oleh pihak muzium. Jika ini berlaku kamera atau telephone yang memiliki kamera akan dirampas.

Para peserta mendengar taklimat daripada pihak muzium (baju merah adalah Cikgu Wahid)

Setelah sesi taklimat dan lawatan di dalam muzium, kami bergerak ke rumah tradisional di mana acara tersebut berlangsung. Pelbagai aktiviti yang dianjurkan antaranya, menyumpit, bermain gasing, melastik dan sebagainya. Walaupun kami guru pengiring hanya memerhati namun tidak melepaskan peluang untuk mencuba permainan - permainan  tersebut.

  Beberapa aktiviti yang mereka sertai

Sebelum penyampaian hadiah, pihak muzium menjemput sesiapa sahaja untuk menari tarian poco - poco di atas pentas. Apa lagi, Kancil pun menunjukkan kehebatan menari di atas pentas. Hehehe...seronok dapat tepukan gemuruh daripada murid - murid Kancil. 



Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Segmen Aku Nak Jual Entri

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.


Wah..dah lama ndak ikut segmen si gadis cantik dari Pahang nie. Kali nie beliau buat satu segmen. Memandangkan dah lama ndak menyertai mana - mana segmen. Dengan suka citanya Kancil ikut serta. Lagipun menghargai rakan blogger yang selalu membantu blog Kancil. Hehehe. Klik header beliau korang akan ke blog beliau.

Berharap ramai yang menyertai segmen beliau. Simple je. Korang kena letak entri yang paling best untuk korang jual. Maksudnya paparkan dalam entri nie. Jomlah beramai - ramai kita menyertai segmen  beliau. Jangan lupa letak header comot beliau (itu yang beliau katakan..hehehe)

Kancil nak letak entri yang terbaik iaitu ;



Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Follower Blog Kancil Yang Ke 600

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

11 bulan blog ini wujud dan bilangan follower sudah bertambah lagi. Iaitu ke angka 600 orang. Syukur kerana kancil memiliki follower yang ramai dan juga mempunyai commentator yang setia pada blog nie. Tidak perlulah kancil ndak bagitahu siapa mereka. Yang penting mereka sentiasa membantu blog Kancil. Terima kasih.

Seperti biasa Kancil nak bagi kredit kepada follower Kancil yang ke 600 nie. Merupakan blogger yang baru kalau tidak silap baru bulan nie aktif pada 1 Disember 2011. Mempunyai bilangan entri sebanyak 22 sehingga kini dan bilangan follower ketika entri ini dibuat adalah 50 orang.

Kebanyakan entri beliau mengenai berita sensasi dan bermaklumat. Tidak rugi untuk membaca entri - entri beliau. Kancil pun berminat membaca kesemua entri beliau. Blogger yang pertama sekali mengomen entri pertama beliau ialah Sunah Sakura. Mungkin rakan sekerja. Tajuknya Setapak di Alam Maya

Apapun ndak salah kalau Kancil ucapkan selamat datang ke dunia blogging. Semoga mendapat manafaat daripada blog - blog lain. Bagi rakan - rakan lain, jomlah terjah ke blog beliau. Klik  je gambar di bawah korang akan terus ke blog beliau.


Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349

Wednesday, December 7, 2011

Wordless Wednesday # 19

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.


Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349

Segmen Lulu Pages : Jom Tambah Follower

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.


Dalam lama kancil ndak ikut mana - mana segmen daripada rakan blogger. Terutamanya rakan blogger lulu. Yang pastinya Kancil tidak melepaskan peluang untuk menyertai segmen beliau. Rasanya korang yang lain nak gak ikut kan. Klik je header di atas korang akan terus ke blog beliau. Segmen nie berakhir pada 11 hb Disember 2011. Lebih ramai lebih baik.

Mengapa Kancil menyertai segmen nie, sebab ingin mengenali ramai rakan blogger. Selain itu, memberi peluang kepada blog Kancil untuk dikenali oleh blogger - blogger lain terutamanya yang baru. Jika anda masuk ke blog Kancil, terima kasih sudi singgah dan semoga persahabatan di alam maya nie kekal selamanya.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : tolong jawab soalan di sebelah kanan blog nie...

Tuesday, December 6, 2011

Mak Angkat Kancil Di Kota Kinabalu

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Semalam Kancil ada maklumkan kepada semua rakan blogger bahawa Kancil ingin menemui mak angkat Kancil di Kota Kinabalu. Tentu ada yang tertanya - tanya mengapa istimewanya mak angkat Kancil nie. Kancil banyak kenangan bersama mak angkat Kancil nie. Dan tidak sangka pada pertemuan kami semalam membuatkan Kancil terharu dengan layanan mesra terhadap keluarga Kancil.

Tahun 2005, Kancil menyewa bilik di kawasan Kampung Likas. Sebabnya kancil berkerja di Kolej Yayasan Sabah Likas. Kira dekat dengan tempat kerja. Masa tu masih lagi bermotor. Memandangkan tinggal sendirian...time tu bujang lagi. Keraplah Kancil makan di luar. Setiap pagi, Kancil sentiasa bertembung dengan Mak Cik a.k.a mak angkat Kancil. Dia sentiasa menjaga kawasan rumah sewa. Memandangkan kerap bertembung, ndak salah kancil bersapa.

Mak Angkat Kancil mempunyai ramai anak iaitu 14 orang anak. Ramai anak dara. Ini membuat Kancil segan bila berjumpa Mak Angkat Kancil di depan rumahnya. Kalau depan rumah, Kancil mampu tersenyum ndak bercakap. Lama kelamaan, Mak Angkat Kancil mempelawa Kancil makan di rumahnya. Pada mulanya Kancil menolak. Namun berulang kali beliau mengajak, menjadikan Kancil terharu.

Ada satu cerita yang membuatkan Kancil tidak dapat melupakan jasa baik mak angkat Kancil. Kancil mengalami kecederaan akibat kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Klang Lama. Kancil berjalan tempang masa tu. Bila Mak Angkat Kancil nampak kancil cedera. Beliau ubat kaki kancil. Sudah Kancil pergi klinik selepas kemalangan namun ubatnya ndak memberi kesan. Tapi ubat Mak Cik lebih berkesan.

Masa Mak Angkat Kancil membungkus luka Kancil,  beliau mencadangkan Kancil supaya tidur di rumah beliau. Kancil cuba menolak namun terpaksa akur dengan keadaan Kancil sebab ndak dapat bergerak ke bilik sewa. Mahu tidak mahu terpaksa tidur di ruang tamu  rumah mak angkat Kancil. Akibat ubat tu, kancil tidur lebih awal.

Lebih kurang 3 pagi, Kancil terbangun dan terkejut mak angkat Kancil baring di tepi Kancil bersama anak - anak perempuan beliau. Ndak sangka Mak Angkat Kancil menjaga Kancil seperti anak beliau sendiri. Kancil merasa terharu pada masa tu. Dalam masa yang sama kancil malu sebab tidur bersebelahan dengan anak dara. Namun, Kancil pasang niat dalam hati mereka semua adik - adik Kancil.

Dari hari itu, Kancil sudah dianggap sebagai ahli keluarga mereka. Walaupun berjauhan, kami masih berhubung. Dan semalam, Kancil rasa terubat rindu Kancil menemui mak angkat Kancil. Sayangnya Kancil tidak dapat menemui semua anak - anaknya kerana mereka masih bekerja ketika kami datang.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Monday, December 5, 2011

Wisma Merdeka Kota Kinabalu

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Hari nie, Kancil sekeluarga berjalan - jalan di Wisma Merdeka KK. Ndak lama je hanya 2 jam. Isteri Kancil memilih barang manakala Kancil berjalan - jalan bersama anak - anak. Ia memudahkan untuk isteri Kancil memilih barang. Wisma Merdeka merupakan salah satu tempat membeli belah yang paling popular di sini. 

Walaupun banyak tempat dibuka namun ia masih menjadi pilihan ramai dekat sini. Terutamanya Tong. Barang - barang pakaiannya kebanyakan murah di sini. Berbaloi kalau membelinya. Selain itu, harga handset di sini dikatakan murah dan boleh ditawar. Bukan second hand tapi first hand handset. Banyak lagi kedai yang menarik kat sini

Asal turun ke KK, tempat nie tidak terlepas untuk Kancil kunjungi. Sejak tahun 1998 hingga sekarang. Tempat tidak banyak berubah. Cuma bilangan kedai dah bertambah. Di tempat nie jugalah Kancil membeli Komputer Meja pertama Kancil. Sekarang sudah tersadai di rumah mertua. Entah bila mahu memperbaikinya.

Malam nie, mahu gi Tebobon. Mahu berjumpa dengan keluarga angkat Kancil di sana. Alhamdulillah masih ingat lagi mak angkat Kancil. Sudah bertahun kancil tidak menemuinya. Nanti Kancil akan cerita mengenai mak angkat kancil nie.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Punca Traffik Kancil 8349 Minggu Pertama Bulan Disember 2011

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.





Sudah lama Kancil tidak buat entri macam nie. Disebabkan sibuk dan keadaan line tidak kuat menyebabkan Kancil kurang update entri di dalam blog Kancil. Insya Allah akan selesai apabila mula buka sekolah nanti. Terima kasih kepada semua rakan blogger kerana sudi memeriahkan blog kancil 8349.

LASABELA Ke Kota Kinabalu (19 hb November 2011)

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Dekat dah dua minggu lawatan sekolah ke Kota Kinabalu. Barulah ada berpeluang untuk kancil kongsikan cerita semasa LASABELA ari tu. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan program tiada masalah yang berlaku. Semua murid dan guru pengiring merasa seronok dan gembira semasa LASABELA tersebut.
Seawal 6.30 pagi, semua peserta telah berhimpun di dewan terbuka sekolah bersama ibu bapa mereka. Menunggu pengerusi PIBG untuk memberi ucapan kepada semua peserta program. Di samping itu, ketua program memberi taklimat sepanjang program dilaksanakan. Ini memberi peluang kepada ibu bapa mengenai anak - anak mereka sepanjang masa. Para peserta pun memberi tumpuan pada taklimat yang diberikan kepada oleh beberapa orang guru pengiring.

Tepat pada pukul 8 pagi,  bas bergerak ke Kota Kinabalu. Singgah sebentar di Lahad Datu untuk berehat. Ini kerana kebanyakan para peserta tidak pernah berjalan jauh sejauh ke Kota Kinabalu. Selepas itu, berehat solat dan makan di Bukit Garam Kinabatangan. Selepas solat dan makan kami meneruskan perjalanan. Tepat pada pukul 4 petang, tiba di Taman Negara Kota Kinabalu Kundasang.

Jom kita lihat beberapa keping gambar sekitar kawasan Taman Negara. Kebetulan, awan tebal dan pemandangan gunung Kinabalu tidak kelihatan.


 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Sunday, December 4, 2011

Lain Rancang Lain Tempat Pergi

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Entri sebelum nie Kancil sekeluarga merancang ingin ke Sandakan. Namun disebabkan beberapa perkara tidak dapat dielakkan, maka kami sekeluarga bergerak ke Kota Kinabalu. Memang rancangan awal kami ingin ke Kota Kinabalu, namun ajakan daripada adik beradik Kancil maka kami ke Sandakan.

Tapi memang bukan rezeki kami untuk ke Sandakan. So, kami bercuti ke Kota Kinabalu. Alang - alang dah rancang. So kami teruskan niat bergerak ke Kota Kinabalu. Seawal 5.30 pagi selepas solat Subuh, kami bergerak dari Tawau. Tiba di Lahad Datu pada pukul 7.30 pagi. Isi minyak di stesen minyak. Lebih kurang pada pukul 3 petang kami tiba di Kota Kinabalu.

Sekarang nie menginap di rumah keluarga sepupu isteri Kancil di Tanjung Aru. Insya Allah esok mahu berjumpa dengan keluarga angkat Kancil di Tebobon. Rindu dengan mereka semua.

Terima kasih membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Friday, December 2, 2011

Cuti - Cuti Malaysia : Sandakan

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke  blog Kancil 8349.

Hari nie sempat nak buat satu entri je dan ndak dapat membalas kunjungan kamu. Insya Allah Kancil akan membalas gak tu. Nak maklumkan kepada semua rakan blogger bahawa Kancil akan bercuti beberapa hari ini. Bermakna Kancil tidak akan muncul dalam alam maya dalam tempoh 4 hari bermula esok. Sebabnya, Kancil bersama keluarga akan bercuti ke Zon paling besar di Sabah iaitu Sandakan.

Serba sedikit mengenai Sandakan nie. Sandakan merupakan bandar kedua paling besar di Sabah dan pernah menjadi pusat pemerintahan selepas bandar Kudat. Kemudian bandar Tawau dan akhirnya yang kini iaitu Kota Kinabalu. Semuanya berlaku pada zaman penjajahan lagi. Terletak di bahagian timur Sabah dan  memiliki kawasan zon yang paling luas di Sabah. Antara daerah yang termasuk dalam zon Sandakan ialah Kinabatangan, Beluran, Telupid dan Sandakan. (rasanya ada lagi)

Sandakan juga merupakan pengeluar mutiara yang paling banyak di Sabah. Terletak di muara Sungai Kinabatangan. Tempat - tempat menarik di Sandakan adalah seperti Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Taman Buaya, Sukau dan banyak lagi (banyak lagi tu sebab belum pernah pergi lagi...hehehe). Rasanya itu je yang Kancil dapat kongsikan. Cerita masa lawatan pun Kancil belum cerita lagi. Tapi ndak mengapa ada masa Kancil akan kongsikan kepada rakan semua.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Thursday, December 1, 2011

Blog Pilihan Kancil : Maszull

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Dah lama benar kancil tidak buat entri macam nie. Kebetulan sibuk dengan aktiviti akhir tahun. Namun Kancil cuba mengambil kesempatan untuk menghargai rakan blogger Kancil yang sentiasa mengunjungi blog Kancil. Walaupun beliau sibuk namun masih ada masa untuk ke blog Kancil. Kancil rasa terharu.

Pemilik blog merupakan seorang isteri dan mempunyai tiga orang anak dara. Salah seorang sudah pun berkahwin baru - baru nie. Kalau tidak silap kancil, anak - anaknya juga mempunyai blog sendiri. Dari pandangan dan nasihat anak - anak beliau, maka blog beliau wujud. Berasal dari daerah Muar, Johor. 

Beliau juga mempunyai bilangan follower yang ramai dan sentiasa menjadi top commentator di beberapa blog lain. Bangga menjadi follower beliau kerana sentiasa menghargai follower - follewer dia seperti Kancil. Kalau ndak percaya jomlah kita ke blog beliau. Rasanya dah ramai mengenali beliau. Tapi ada juga yang tidak mengenali beliau. Jomlah ke blog beliau.




Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Cik Anon Bertanya Mengenai Kampung Tampi - Tampi

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Kancil menerima komen daripada seorang hamba Allah yang meletakan dirinya Anonymous. Ingat dia nak serang blog Kancil tapi dia inginkan sesuatu jawapan daripada Kancil. Walaupun beliau tidak menggunakan nama sebenar beliau namun niatnya inginkan perkongsian maklumat. Rasanya tidak salah kalau Kancil buat entri khas untuk beliau.

Kancil bukan arif sangat mengenai tempat tersebut lagi pun Kancil bukan berasal dari kampung tersebut. Ketika Kancil buat entri ini, Kancil dah pun kembali ke Tawau. Namun Kancil akan berusaha untuk menjawab semua soalan beliau. Beliau telah bertanya dalam komen entri  yang lalu. [klik kat sini].

Berikut adalah beberapa soalan yang telah diajukan oleh beliau :

1. Etnik yg menghuni di Kg Tampi2 serta jumlah penduduk?
Kebanyakan penduduknya adalah etnik Kaum Bajau. Ada juga etnik lain seperti Bugis dan SuluK (bilangan tidak ramai). Bilangan penduduk Kancil kurang pasti..

2. Jarak perjalanan dari Tawau
Dari segi masa,  hanya mengambil 1 jam 40 minit dan bergantung pada kelajuan pemanduan. Jaraknya 110 km.

3.Kemudahan yang disediakan
Kawasan tersebut bukan terlalu daif seperti era 70 -an. Memiliki jaringan pengangkutan yang baik, mempunyai sekolah rendah dan sekolah menengah di kawasan tersebut. Bekalan air paip dan elektrik turut disediakan. Jarak dari pekan tidak jauh...mengambil masa 5 minit untuk sampai ke kawasan tersebut.

4. Cara komunikasi. Adakah mereka menggunakan bahasa melayu @ dialek sendiri?
Kedua - dua bahasa mereka gunakan.

5. Adakah rumah2 penduduk dibina di atas air??? Sekiranya ya,bagaimana kedudukannya adakah sekelompok @ satu-satu...
Kampung Tampi - Tampi terbahagi kepada dua kawasan. Satu kawasan berhampiran dengan Bukit Tengkorak dan satu kawasan lagi terletak dipinggir laut. Mereka hidup bersekelompok. Tidak kira di darat mahupun di atas air. Jika kita melihat pada filem Duyung. Dalam filem pun dah menampakan rumah mereka rapat antara satu sama lain.

6. Adakah penduduk masih mengamalkan tradisi lama iaitu mengikut nenek moyang dan kurang pendedahan dgn dunia luar??
Di bab ini Kancil kurang pasti. Namun tradisi lama masih diamalkan seperti perkahwinan, majlis keraian.

Itulah sebahagian soalan yang diajukan oleh beliau. Berharap beliau berpuas hati dengan jawapan Kancil berikan...Kalau kurang Kancil minta maaf sebab Kancil kurang arif tempat tersebut.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...