Rakan Blogger

Friday, November 4, 2016

Salah Faham

 Assalamualaikum...

Minggu ini adalah giliran Kancil bersama rakan-rakan guru bertugas. Bertanggungjawab mencatat kehadiran murid di papan kenyataan, menjaga waktu semai, memastikan makanan RMT di kantin, menjaga kebajikan murid yang tidak sihat dan menjaga keselamatan murid pada waktu pulang. Sebenarnya banyak lagi...esok kali belum tentu habis...heheheh...

Berbanding kerja dulu masa office, amat berbeza. Yang penting jaga meja, jaga kerja. Balik ke rumah tidak bawa kerja. Tapi itu dulu...Hari nie Kancil ingin kongsikan cerita yang berlaku di sekolah lewat petang tadi.

Seorang ibu mengadu bahawa anak perempuannya tidak pulang ke rumah. Bila mendapat berita seperti ini memang panik kami dibuatnya. Mulalah kengkawan sekolah bertanya. Murid tersebut murid tahun 1. Rupanya bapa murid perempuan tersebut telah mengambilnya dan membawa pergi ke kedai makan. Dan kerana terlupa memaklumkan kepada si ibu. Si ibu pun panik.

Begitulah situasinya di sekolah...macam macam cerita...

Thursday, November 3, 2016

Karnival Mata Pelajaran Peringkat Sekolah

Assalamualaikum...

Pada minggu ini dan minggu depan, sekolah kancil akan menganjurkan karnival mata pelajaran peringkat sekolah yang mana semua panitia matapelajaran membuat program masing -masing. Pada hari ini, panitia Agama Islam membuat program seperti bercerita, hafazan, tilawah Al Quran dan Pertandingan Azan.

Kancil turut menyumbangkan tenaga dalam karnival nie. Dilantik sebagai hakim bercerita dalam program Agama Islam. Program ini diadakan bagi membuat persediaan pada pertandingan peringkat zon bandar selatan tahun hadapan. Yang mana sekolah kancil terpilih menjadi tuan rumah.

Pada tahun 2011, kancil pernah terlibat dalam MTQ peringkat Zon Bandar Selatan. Waktu itu Kancil di SK Batu Payong bersama rakan blogger kancil iaitu Gen2Merah. Sebelum kancil dipindahkan ke SK St Patrick. Tahun hadapan, Kancil berada semula di Zon Bandar Selatan.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Wednesday, November 2, 2016

Sekolah Baharu...

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama menyepi dalam dunia maya. Sibuk situ sana sini menyebabkan blog nie bersarang tanpa maklumat yang ingin dikongsi. Alhamdulillah, kancil berpeluang mencoret sesuatu di dalam blog nie. Bilangan follower pun sudah kian berkurangan. Kancil tahu ada di kalangan rakan maya sibuk dengan urusan masing - masing.

Akhir tahun lalu, Kancil memohon perpindahan sekolah dalam daerah. Percubaan kali kedua membuahkan hasil walaupun peluang untuk berpindah adalah 0%. Mana tidaknya, Kancil baru 4 tahun di sekolah ini. Bila mendapat tahu keputusan perpindahan diluluskan, Kancil berasa gembira dan teruja. Sekolah yang kancil dapat tidak jauh dari tempat tinggal. Lebih kurang 10 km jauhnya. 

Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Kinabutan Besar Tawau dan merupakan sekolah kedua tertua di Tawau. Pertama ialah SK St Patrick bekas sekolah kancil dulu. Alhamdulillah, kancil sudah menjadi warga sekolah ini sejak awal tahun lagi.

Doakan kancil berjaya dan cemerlang sepertimana di sekolah lama. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...