Rakan Blogger

Wednesday, February 22, 2017

Berada di Tempat Yang Ketujuh

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Minggu lalu, sekolah Kancil menyertai Kejohanan Balapan dan Padang peringkat Zon Apas 2017. Terdapat 13 buah sekolah bertanding di zon ini. Seperti sekolah lama Kancil, persediaan telah dibuat dengan latihan berterusan kepada semua atlet sekolah. Namun dengan keadaan fizikal murid Kancil yang kecil tidak dapat mampu mengalahkan pasukan dari sekolah lain.

Tambahan lagi, murid kampung tidak sama dengan murid bandar. Semangat mereka pun amat berbeza. Kebanyakan murid Kancil latih tidak bersungguh - sungguh malah ada yang melanggar arahan semasa melatih. Namun sepanjang kejohanan, terpapar wajah sedih mereka bahawa apa yang mereka buat tidak membuahkan hasil. Mereka beranggapan bahawa mereka jaguh. Realitinya mereka kalah di peringkat zon. 

Bagi Kancil ia sebagai pengajaran kepada mereka bahawa dunia mereka bukan di sekolah. Sekolah Kancil mendapat tempat ketujuh daripada 13 buah sekolah bertanding dengan pungutan pingat satu perak dan satu gangsa. Insya Allah akan diusahakan lagi untuk mendapatkan emas pada tahun hadapan.

Sekian dan terima kasih.

Monday, February 13, 2017

Minggu Latihan Sukan dan Mesyuarat Sana Situ

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Awal tahun sebegini, ramai guru yang sibuk dengan aktiviti yang telah dirancang oleh KPM, JPN dan PPD. Belum lagi aktiviti dan program yang telah diatur oleh pihak sekolah. Namun, kesibukan sebegini adalah kemeriahan di sesebuah sekolah.

Bila sesebuah sekolah aktif dengan pelbagai program, ibu bapa mula merasakan sekolah tersebut sesuai untuk anak - anak mereka. Inilah yang berlaku pada tempat sekolah Kancil mengajar. Jauh jarak tetap dihantar anak mereka ke sini. 

Kancil tidak terlepas dengan kesibukan di awal tahun. Bukan seperti tahun lalu, Kancil orang baharu. Perlu mengetahui keadaan dan iklim sesebuah sekolah. Alhamdulillah, pentadbir mempercayai Kancil untuk menggalas tanggungjawab berat di sekolah.

Kerana sibuklah, blog nie terpinggir sementara. Sibuk melatih murid, ditambah plak terpaksa menghadiri mesyuarat di peringkat PPD. Tahun ini, Kancil menggalas tanggungjawab sebagai SU Sukan di sekolah. Daripada posting hinggalah sekarang, jawatan tersebut kekal dan berpencen dengan Kancil. Tapi tidak mengapa, yang penting Kancil gembira dapat melakukannya.

Hari Rabu ini, sekolah kami akan menyertai kejohanan sukan peringkat zon. Kancil berharap akan membawa nama sekolah di peringkat seterusnya sepertimana sekolah lama Kancil dahulu. Doakan Kancil berjaya.

Terima kasih kerana sudi membaca dan singgah ke blog Kancil

Wednesday, February 1, 2017

Kecurian sana sini

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Cuaca di Tawau agak mendung pada pagi tadi. Rutin harian seperti biasa, Kancil melapor diri dengan memasukkan punch card  ke dalam mesin. Seawal pagi, Kancil membuka makmal komputer. Memandangkan Kancil mempunyai jawatan baharu iaitu Penyelaras Bilik Akses. 

Awal pagi, Kancil dikejutkan dengan berita yang tidak menyenangkan. Rumah arwah mertua Kancil di Batu 2 dipecah masuk. Rumah tersebut didiami oleh ipar Kancil yang berkerja di salah satu bank di Tawau. Kebetulan, ipar Kancil berada di Brumas dan rumah tersebut tidak ada penghuninya. 

Teruk juga pintu rumah dikerjakan oleh penjenayah. Kehilangan dianggarkan RM 10 ribu sahaja. Bukan wang ringgit tetapi laptop, ipad dan lain - lain lagi. Barang mereka curi. Habis bersepah rumah digeladah oleh mereka - mereka nie. Dianggarkan lebih 2 orang yang melakukan pecah rumah.

Sebelum malam kejadian, memang kawasan tersebut sering ada kes kecurian. Terutamanya kenderaan. Bateri kereta plak mereka tapau. Beli baharu, malam ni dicuri. Teruk juga. Anak buah ada menjaga malam tetapi ndak sangka rumah pak cik mereka dikerjakan oleh pencuri. 

Memang sudah terjadi. Mahu buat apa. Polis datang menyiasat dan mereka berusaha untuk membanteras jenayah yang kian menjadi - jadi. Tengahari tadi, Kancil berada di kawasan rumah ipar Kancil di batu dua. Memang ramai mereka nie. Habis rebah rumput panjang di belakang rumah. 

Makin susah hati bila kita tinggalkan rumah. 

Terima kasih...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...