Rakan Blogger

Tuesday, September 5, 2017

Kursus Dan Kursus

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Agak lama blog nie terbiar sehingga bersarang di alam maya. Namun Kancil masih mengetahui ada ramai pembaca senyap yang mengikuti blog Kancil ini. Ucapan terima kasih dan tahniah kepada mereka yang sudi mengunjunigi blog Kancil ini.

Hari ini Kancil terlibat dalam kursus ICT peringkat daerah. Peluang yang jarang dapat. Alhamdulillah Kancil diberikan peluang untuk menyertainya. Walaupun berbayar namun ia amat bermakna bagi kami semua. Kursus ini berlangsung selama 4 hari bermula pada hari ini iaitu 05.09.2017 sehingga 08.09.2017.

Rasa teruja untuk menghadiri kursus ini. Walaupun masa mengajar terpaksa diabaikan kerana untuk menimba ilmu. Ilmu ini amat penting untuk berkongsi dengan rakan sekerja malah memberi ruang untuk memperbaiki pengajaran di dalam kelas.

Insya Allah akan Kancil kongsikan kursus berkaitan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...