Rakan Blogger

Friday, May 27, 2011

Bengkel Pemantapan Sesi Kaunseling



Bengkel ini menghimpunkan semua guru BK daerah Tawau. Cuma yang terpilih sahaja. Dari sekolah menengah hingga sekolah rendah. Kalau tidak silap saya sekolah rendah ada lebih 40 orang yang dipanggil untuk menyertai bengkel tersebut. Bengkel ini diadakan di Hotel Marco Polo tingkat 1. Acara bermula pada pukul 1.30 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang.

Kalau dilihat dari sesi tajuk bengkel, seperti ada yang perlu kita menambahbaiki sesi kaunseling dan masa ini adalah yang paling sesuai berkongsi maklumat sesama rakan BK dari sekolah lain. Alhamdulillah sememangnya itulah objek program tersebut. Sebelum bermula, semua guru BK sempat diberikan jamuan makan tengahari di lobi hotel tersebut. Hehehe...kali pertama saya memasuki hotel ini walaupun sudah agak lama di daerah Tawau.

Sebelum makan, saya sempat mendaftarkan nama saya untuk mengesahkan kehadiran saya. Rupanya, pihak penganjur sudah menetapkan kumpulan mana yang saya harus masuk. Saya diasingkan dengan rakan saya dari SK Sentosa. Dia berada di Kumpulan 3 manakala saya berada di Kumpulan 2. Selesai makan tengahari, kami terus memulakan sesi kaunseling.

Masa nie, fasilitator dari SK Pasir Puteh Tawau memberi peluang kepada kami menceritakan masalah disiplin di sekolah kami dan diminta berkongsi ilmu dan cadangan untuk menambahbaik dalam sesi kaunseling yang masing - masing hadapi di sekolah. Banyak ilmu yang saya dapat melalui perbincangan. Sememangnya ini yang perlu dilakukan oleh semua guru BK iaitu perkongsian ilmu dan memberi bantuan dari segi cadangan dan pandangan.

Dalam perbincangan kami, ada sesuatu yang menarik perhatian saya. Yang mana ia telah disebut oleh fasilitator kami mengenai "Melabel Murid Di Kalangan Guru Sekolah". Beliau telah membuat kajian tindakan selama 3 tahun mengenai kes tersebut. Dan hasilnya, memberi kesan negatif jika diteruskan sikap guru melabel anak murid walaupun kesalahannya sedikit. Hasil perbincangan dengan guru besarnya, akhirnya guru besarnya memberi nasihat dan amaran kepada guru - guru sekolahnya untuk tidak suka melabel anak murid. Selepas nasihat tersebut, kesan positif berlaku secara mendadak melalui pencapaian akademik di sekolah tersebut.

Sebagai guru baru di bidang pendidikan ini, saya rasa bertuah dan bersyukur kerana pihak PPD Tawau dapat menganjurkan program seumpama ini. Harapan saya agar program ini akan berterusan. Terima kasih kepada PPD Tawau terutamanya Puan Jamilah Mohd Jantan dan Cikgu Azman

Thursday, May 26, 2011

Majlis Pelancaran Perayaan Hari Guru Ke 40 Peringkat Negeri Sabah 2011



Kalau ikutkan, saya bercuti bersama - sama rakan - rakan lain. Tetapi, panggilan tugas terpaksa saya turuti. Namanya kita makan gaji. So kena ikut. Maklumat saya terima daripada Penolong Kanan Petang, bahawa saya salah seorang daripada 10 orang guru terlibat dalam Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah. Apa boleh buat, kita menurut perintah. Yang lain pula seronok bercuti. Sebenarnya hanya beberapa buah sekolah di Tawau je yang cuti. Hehehe...

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah diadakan di daerah Tawau dan bertempatkan di Dewan Yayasan Lau Gek Poh berhampiran dengan Tanjung Batu, Tawau. Mesti meriah dengan kehadiran warga pendidik dari pelusuk negeri Sabah. Apatah lagi tuan rumah, merasa bangga dipilih sebagai tuan rumah untuk tahun ini. Menurut maklumat daripada rakan saya, kalau datang lambat mesti dapat parking kereta yang jauh. So, saya datang seawal 6.30 pagi. Takut terperangkap kesesakan lalu lintas. Setiba di sana, masih kurang lagi kenderaan tetapi saya mengambil keputusan untuk meletakkan kereta saya di Jalan Banyan. Sebab bukan laluan utama. Saya sempat mengambil gambar kawasan dewan tersebut. Ia berhampiran dengan laut.


 Pintu Gerbang Dewan Yayasan Lau Gek Poh dan Air Pancut di hadapan dewan

Masih tidak ramai lagi warga pendidik yang datang. Sunyi sepi di dalam dewan. Namun, AJK pelaksana majlis sudah mula sibuk dengan kerja mereka masing - masing. Terutamanya warga SK Bandar 2. Mereka menjadi AJK Pendaftaran pada pagi tersebut. Sedang mereka sibuk sempat juga saya mengambil gambar di dalam dewan. Saya tahu, nanti tidak sempat mahu mengambilnya.


 Keadaan Dalam Dewan Sebelum Acara Bermula

Guru - guru sekolah rendah dan menengah akan mendaftar nama di belakang dewan. Tujuan untuk mengesahkan kehadiran kita di dewan tersebut. Selain mendaftar, kita akan mendapat buah tangan daripada pihak penganjur. Cantik warna dan ini mungkin warna tema pada hari tersebut. Hehehe...Bukan setakat guru biasa malah semua warga pendidik yang berjawatan juga mendaftar diri sebelum masuk ke dalam dewan. 


Antara Buah Tangan Yang Diberikan

Selepas mendaftar, saya menunggu rakan saya di luar dewan. Tidak sangka, hampir kesemua guru BK  Tawau yang terlibat menghadirkan diri ke majlis ini. So sempat juga saya mengambil seorang rakan yang mengaku dia comel...comel kan dia nie?

 Apa - apa acara mesti dia menjadi AJK Pendaftar...hehehe

Tepat pada pukul 9 pagi, tetamu kehormat hadir ke majlis tersebut. Antaranya Timbalan Ketua Menteri Negeri Sabah, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah dan Pegawai Pendidikan Daerah Tawau. Turut hadir Presiden Majlis Perbandaran Tawau dan Pengarah Yayasan Sabah. Majlis dimulakan dengan Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Sabah Tanah Airku. Selepas itu bacaan doa dan persembahan tarian dari Suku Kaum Tidung.



 
 

 
 

Dalam majlis ini, ada ucapan daripada Pegawai Pendidikan Daerah Tawau, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah dan akhir sekali ucapan wakil Ketua Menteri Negeri Sabah. Selepas ucapan, semua warga pendidik di dalam dewan membaca Ikrar Hari Guru. Kemudian persembahan daripada guru - guru SK Taman Tawau. Akhir sekali adalah penyampaian hadiah dan penganugerahan kepada tokoh guru peringkat Negeri Sabah. Setiap guru yang akan menerima anugerah akan mendapat Pingat Emas berharga RM 7500, Wang Tunai RM 3000, Sijil dan Sejambak Bunga. Antara tokoh guru 2011 ialah Datuk Mary Yap Kain Ching, Dr. Haji Yaasin Bin Haji Amit, Tuan Haji Zulkifli Bin Jaafar dan Puan Jacinta Leong @ Jehan Binti Abdullah.

Majlis berakhir dengan jamuan tengahari iaitu tepat pada pukul 11.30 pagi. Semua warga pendidik menjamu selera. Ini merupakan kali pertama saya menghadirkan diri dan mungkin tiada peluang kedua jika ia dibuat di daerah lain nanti. Bukan senang...nasib je kena di daerah Tawau.

Wednesday, May 25, 2011

Sambutan Hari Guru Dan Majlis Perpisahan 2011, SK Batu Payong Tawau



Pada malam tadi, saya menghadirkan diri ke Sambutan Hari Guru dan Majlis Perpisahan 2011 SK Batu Payong Tawau. Walaupun saya bukan lagi warga SKBPT, saya sendiri menawarkan diri untuk menyertai sambutan tersebut. Alhamdulillah Kelab Staf SKBP mengalu-alukan kehadiran saya dan ini cukup menggembirakan. Saya hanya menunggu maklumat selanjutnya daripada rakan saya Cikgu Jumadil. Terima kasih kepadanya juga kerana banyak membantu saya.


Sambutan hari guru ini diadakan di Hotel Promenade Tawau, Tingkat 6. Bermula pada pukul 7 malam. Saya dan rakan saya yang paling awal datang dan diikuti oleh Cikgu Azuwa  bersama anaknya. Satu persatu guru datang. Akhirnya dewan yang sunyi bertambah riuh dengan kehadiran guru - gurunya. Sebelum acara bermula, saya sempat mengambil pemandangan luar dari hotel ini. Kawasan bandar Tawau. Indah dan menarik pada waktu malam. Menandangkan semua tetamu hadir, saya mengambil peluang bertanyakan khabar mereka dan suasana di sekolah lama saya itu.

 

 
 
 
 

Malam itu, saya dipilih untuk menjadi MC (Pengerusi Majlis). Kira jemputanlah. Hehehe...walaupun tetiba dipilih, saya melakukan yang terbaik pada malam tersebut. Acara pertama dalam majlis ini ialah Bacaan Doa daripada Ustaz Aizat Bisnu. Selepas Bacaan Doa, Ucapan daripada Ketua Kelab SKBP Encik Roslan Malan dan Penolong Kanan 1 Encik Suhaidi Adinin. Majlis ini tidak lengkap jika tetamu yang diraihkan tidak berucap. Tetamu tersebut adalah Guru Besar Encik Ahmad Hakim Jaafar dan Ustazah Maslina Shamsudin. Encik Ahmad Hakim akan berpindah ke SK Pulau Mabul dan Ustazah Maslina akan kembali ke Semenanjung Malaysia.

  
 Cikgu Suhaidi, Cikgu Ahmad Hakim dan Ustazah Maslina memberi ucapan pada majlis tersebut

  
Acara diteruskan dengan penyampaian Cenderamata Kenangan daripada Kelab Staf SKBP. Cikgu Suhaidi yang menyampaikan cenderamata kenangan kepada tetamu yang diraihkan. Selesai penyampaian cenderamata kenangan, acara diteruskan dengan acara makan. Apa lagi, semua bergerak ke meja makan. Di bawah nie adalah sebahagain makanan yang saya ambil. Tidak boleh makan banyak - banyak. Terlepas makanan lain. Cewah........


Selesai acara makan, acara diteruskan dengan Bertukar - Tukar Hadiah dan Cabutan Bertuah. Memandangkan saya tidak dimaklumkan jadi saya tidak terlibat dengan pertukaran hadiah. Setakat melihat gelagat rakan - rakan sejawatan saya. Namun saya tidak terlepas menerima hadiah cabutan bertuah. Tidak sangka, nombor saya yang pertama disebut. Alhamdulillah!..dapat hamper. Nombor saya ialah 28...

 
 Hadiah Hamper yang kumpulan meja kami dapat dan gambar Cikgu Rasia bersama suami

Acara yang terakhir adalah pemilihan Guru Lelaki Yang Paling Tampan dan Guru Perempuan Paling Cantik. Yang mengumumkan pemenangnya ialah Cikgu Hajah Hanisah. Pemenangnya bagi Lelaki ialah Cikgu Mohd Said dan Perempuan Cikgu Hanyzah. Tahniah untuk mereka berdua. Sebelum bersurai, kami sempat mengambil gambar kenangan. Apapun terima kasih lagi kepada Kelab Staf SK Batu Payong kerana menerima saya hadir ke majlis sambutan hari guru. Moga hubungan ukhwah akan berkekalan hingga ke akhir hayat.


Gambar kenangan bersama Guru SK Batu Payong


Sambutan Hari Guru 2011 Peringkat Sekolah, SK St Patrick Tawau



Hari yang dinanti - nantikan sudah tiba untuk semua guru di SK St Patrick, Tawau. Iaitu Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Sambutan ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Mengapa dipisahkan sambutan tersebut. Supaya tidak membebankan mana - mana murid untuk turun ke sidang pagi mahupun petang dan paling teruk jika sambutan tersebut dibuat pada waktu malam. Abis diterjah nanti...hehehe.

Bagi sidang pagi, semua guru dan murid menyambut sambutan hari guru pada pagi Selasa dan pada sidang petang pada petang Rabu. Saya sempat melihat acara sambutan hari guru sidang pagi. Itu pun acara kemuncak...murid bersalam dengan guru mereka. Pelbagai hadiah yang diterima oleh guru - guru yang popular dan disayangi. Makin banyak hadiah itu, makin tinggi nilai guru tersebut. Itu umpamaan je.

Sidang petang pula, saya tidak dapat menghadirkan diri ke sambutan hari guru. Sedih pula. Ini kerana, saya dipanggil untuk menghadirkan diri ke Bengkel Pemantapan Sesi Kaunseling yang diadakan di Marco Polo. Nampaknya, saya terlepas untuk tahun ini. Bagi saya, bukan tidak ada tahun hadapan kan.

Tujuan sambutan ini adalah untuk menghargai pengorbanan guru - guru di sekolah. Selain itu, mengeratkan lagi hubungan antara guru dan murid. Masa ini lebih sesuai untuk mengenali guru mereka dengan lebih dekat. Masa kelas, masa untuk belajar dan tidak berpeluang untuk berbual mesra.

Apapun, untuk semua warga SK St Patrick, 

SELAMAT HARI GURU...TERUSKAN PERJUANGAN KITA AGAR NEGARA MENJADI NEGARA MAJU

 Murid - murid sedang bersalaman dengan guru - guru mereka dan gambar sebelah murid menunggu giliran

 Ada guru yang menitiskan airmata dan Cikgu Rusnah menerima hadiah mahkota daripada seorang murid

 Sempat lagi murid bertanyakan sesuatu kepada guru mereka di bilik guru dan gelagat murid - murid sidang petang

 suasana program berakhir dan suasana murid - murid petang menunggu masuk kelas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...