Rakan Blogger

Monday, May 9, 2011

Program Pengurusan Diri Bulan Mei, SK St Patrick Tawau

Perhimpunan petang 

Dibawah Unit Bimbingan Dan Kaunseling SK St Patrick, satu program yang dikenali sebagai Program Pengurusan Diri telah pun dilaksanakan bermula minggu lalu. Program pertama dibawah kendalian saya sendiri dengan kerjasama Unit Disiplin SK St Patrick. Sebenarnya, program ini telah dirancang pada awal bulan April. Namun disebabkan kekangan masa, program ini terpaksa ditangguhkan sehinggalah minggu lalu.

Program Pengurusan Diri merupakan program tahunan Unit Bimbingan Dan Kaunseling SK St Patrick, Tawau. Dan ini merupakan program pertama saya sejak dipindahkan ke SK St Patrick. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menggalakkan murid belajar dari awal persekolahan untuk berpakaian kemas, bersih dan mengikut peraturan yang telah digariskan oleh pihak sekolah. Pendedahan awal ini dapat membantu murid untuk terus menerus berpakaian kemas dan bersih. Di samping, menerapkan nilai kekemasan dan menjaga kebersihan diri murid.

Murid - murid ini akan dipilih oleh guru kelas masing - masing dan hanya seorang murid dari kelas tersebut yang dipilih. Seterusnya, murid ini akan mewakili kelasnya untuk pemilihan murid yang terbaik mengikut Tahun 1, 2 dan 3. Pemilihan murid ini akan dilakukan oleh guru - guru dari Unit Bimbingan Dan Kaunseling dan Unit Disiplin sekolah. Antara ciri - ciri pemilihan yang dibuat adalah seperti berikut :


i.             Pakaian seragam sekolah yang lengkap dan bersih (ada lencana dan tanda nama)
ii.            Rambut yang kemas @ pemakaian tudung yang kemas (penggunaan hiasan rambut yang ditetapkan oleh sekolah)
iii.           Kasut yang bersih
iv.           Kuku pendek
v.            Penampilan yang menarik untuk dicontohi oleh murid lain

Pemilihan telah dibuat pada minggu lalu dan seramai 12 murid mengikut tahun telah dipanggil ke bilik guru. Dengan bantuan guru disiplin, 3 orang murid telah terpilih mengikut tahun. Murid - murid ini akan diumumkan di dalam perhimpunan sekolah pada hari Isnin (iaitu hari ini). Di dalam perhimpunan, saya telah menjemput PK Kokum Cikgu Tasmi untuk memberikan hadiah kepada murid - murid yang telah menang. Mereka ialah :

Nur Aziana Binti Aziz (1 Merah)
Izaz Kasturi Lanuha ( 2 Hijau)
Caroline Markus (3 Hijau)

Tahniah kepada pemenang, dan ini akan memberi peransang kepada rakan - rakan mereka yang lain untuk mencuba nasib. Kita lihat minggu depan siapa pemenangnya.




2 comments:

C`ayob.com said...

Nak ikut boleh....

Kancil 8349 said...

hehehe...untuk murid SK St Patrick je geng...:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...