Perancangan telah dibuat lebih sebulan lalu dan ia merupakan aktiviti tahunan sekolah ini. Manakala saya merupakan warga baru dan pertama kali bersama - sama mengurus program ini dibawah dua unit iaitu Unit Disiplin dan Unit Bimbingan Dan Kaunseling sekolah.
Dalam program ini, saya hanya menjadi AJK Peralatan dan Bendahari Program. Dalam masa yang sama, saya dilantik menjadi fasilitator untuk program ini. Program ini menghimpunkan semua pegawas pagi dan petang, ketua - ketua kelas dan penolong - penolong kelas pagi dan petang. Tempat program adalah di tapak perhimpunan a.k.a dewan terbuka. Seminggu sebelum itu, CIkgu Amnah memaklumkan kepada saya bahawa saya akan menggantikan tempat Cikgu Jiyah sebagai penceramah. Sepanjang program ini berlangsung, semua peserta diminta membawa barang kesayangan mereka. Barang tersebut hendaklah dibawa setiap masa sepanjang program tersebut. Kecuali ke tandas...hehehe.
"Ini barang kesayangan saya cikgu"
Seawal 7 pagi, pendaftaran dibuka untuk para peserta bagi mendaftarkan diri mereka. Mengikut rekod yang diperolehi, tidak ramai yang hadir. Mungkin ada perkara lain yang menyebabkan mereka tidak dapat datang. Selesai pendaftaran, Cikgu Suriansah selaku komanden program memberi taklimat kepada semua peserta mengenai peraturan - peraturan yang perlu mereka ikuti.
Pendaftaran Peserta Program
Tepat pada pukul 7.45, acara bermula iaitu Ice Breaking. Masa ini saya yang mengendalikan slot tersebut. Saya meminta semua peserta membuat bulatan besar dan seterusnya mengenakan beberapa peraturan untuk peserta - peserta program tersebut. Tujuan slot ini untuk menghilangkan rasa malu mereka dan berpeluang mengenali rakan - rakan mereka dari sidang pagi dan petang.
Slot kedua adalah YEL. Semua peserta yang telah dibahagikan mengikut kumpulan. Mereka akan mengikut fasilitator mereka untuk membuat persembahan YEL. Masa inilah murid - murid menunjukkan kreatif mereka sendiri. Sebanyak 13 kumpulan dan lebih 100 orang yang menyertai program tersebut. Sungguh menyeronokkan.
Anak patung yang kehilangan tuannya... Cikgu Suriansah membuat senaman ringan
Slot yang ketiga adalah Ceramah Disiplin yang disampaikan oleh Cikgu Saifuddin. Ceramah beliau menekankan masalah disiplin dikalangan murid sekolah dan menjadi tanggungjawab mereka membantu para guru untuk menangani masalah tersebut. Ceramah ini berlangsung selama 1 jam.
Selesai ceramah, para peserta diberikan minuman pagi begitu juga kepada para guru yang bertugas pada hari tersebut. 20 minit masa rehat diberikan, acara diteruskan lagi dengan aktiviti Lambang Diri. Aktiviti Lambang Diri ialah meminta setiap ahli kumpulan memilih lambang diri kumpulan mereka. Memberitahu tujuan mereka memilihnya dan kekuatan yang ada pada lambang mereka. Antara lambang diri kumpulan yang saya dapat dengar adalah Air, Matahari, Bunga, Daun, Kayu, Bangunan, Batu dan sebagainya.
Selepas slot lambang diri, slot diteruskan lagi dengan aktiviti Khabar Angin. Seperti juga aktiviti telefon rosak. Setiap kumpulan akan menerima satu kad maklumat dan meminta menghafal maklumat tersebut. Maklumat tersebut hendaklah disampaikan kepada rakan mereka melalui keadah berbisik. Orang yang terakhir akan mencatat apa yang disampaikan oleh rakan mereka.
Tekunnya mendengar namun maklumat tidak sampai...anak patung yang mahu dirampas
Selesai slot tersebut, program ini ditangguh untuk memberi laluan kepada semua peserta untuk mengerjakan solat Zuhur dan berehat. Program diteruskan pada pukul 2 petang. Pada pukul 2 petang, aktiviti diteruskan dengan Ceramah Kepimpinan. Kali ini, saya yang sampaikan ceramah tersebut. Ini kali pertama saya memberi ceramah untuk sekolah baru. Walaupun ceramah ini sepatutnya untuk guru - guru disiplin namun saya diberi peluang untuk menyampaikannya.
Slot yang terakhir ialah Siapa Yang Paling Berharga. Aktiviti ini meminta para peserta berfikir untuk membuat keputusan yang mana paling berharga selain itu memberi pengetahuan mengenai ciri - ciri kepimpinan yang perlu ada di dalam seorang pemimpin. Tepat pada pukul 4 petang, program kepimpinan berakhir dan para peserta dan guru - guru balik ke rumah masing - masing
2 comments:
rindu zaman persekolahan.. hurmm..
Zaman yang paling kita ingati...hehehe...mesti ada kenangan yang terindah tu kan MAWAR
Post a Comment