Rakan Blogger

Friday, May 20, 2011

Hujan Semasa Ke Sekolah

Entri ini pernah saya buat semasa saya mengajar di SK Batu Payong. Klik...So saya mahu buat entri yang sama namun berbeza tempat dan suasana. Dulu kat pinggir bandar dan masa adalah waktu pagi. Kini adalah kawasan bandar dan masa adalah tengahari.

Hujan dari pagi hingga ke tengahari melanda bandar Tawau. Masa inilah yang paling sesuai untuk membuta. Kalau yang malas nak pergi kerjalah. Perjalanan saya dari rumah ke sekolah mengambil masa 5 minit sahaja itupun sebab yang ikut jalan belakang kampung. Kalau ikut lampu isyarat Takada, alamat terperangkap jem hampir 15 minit. Biasalah masa kemuncak.

Masa yang singkat ke sekolah lebih baik bila hari panas dan beza pada hari hujan. Mesti jem teruk di hadapan sekolah saya. Banyak kenderaan yang berhenti di tengah - tengah jalan raya untuk turunkan anak mereka. Lain lagi yang menutup laluan masuk kereta ke sekolah. So, saya pergi awal untuk tidak terperangkap semasa kesesakan lalu lintas.

Untuk makluman, bukan hanya sekolah saya sahaja di situ ada 9 buah sekolah berhimpun. So, faham - fahamlah time nak ke sekolah. Lain yang menunggu anak mereka pulang dan lain juga yang menghantar anak mereka ke sekolah. Apapun, saya sempat mengambil gambar...jom kita tengok...






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...