Rakan Blogger

Friday, May 20, 2011

Hadiah Kek Sempena Hari Guru SK St Patrick, Tawau


Sempena Hari Guru, ramailah murid memberi hadiah kepada guru - guru yang mereka sayangi. Dan ini amat mengharukan para guru kerana mereka dihargai. Tapi itu bukan caranya. Yang penting anak - anak didik ini akan berjaya. 

Baru - baru ini, SK St Patrick, Tawau menerima kek sempena hari guru daripada Ahli Parlimen Kalabakan , Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh. Kek tersebut telah dibawa ke bilik guru. Dan ada acara pemotongan kek yang dilakukan oleh Penolong Kanan HEM, Puan Tasmi. Kebetulan, semua guru berhimpun di bilik guru dari guru pagi dan guru petang. Time mahu balik dan mahu memulakan pengajaran.

Apapun, pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh kerana memberi kek untuk semua guru - guru di SK St Patrick.

Puan Tasmi Memotong Kek

8 comments:

Gen2Merah said...

apasal sekolah bandar je yang dapat peruntukkan kek dari YB ni??? Sek SKM dan pinggir bandar macam mana??? jawaabbb... ini tak adil..... Tak adillllllllllllll (",)
~Salam Kunjung Mengunjung ya~

cayob said...

huhuu makan kek bah durang

Mawar Berduri said...

besarnya cakeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.....

Ums Niza said...

Gen2Merah : bukan peruntukkan tu geng...tapi hadiah dari Yang Berhormat...hehehe...

Cayob : Aku makan sepotong je...sebab nak kejar kelas...lepas mengajar...dah habis semuanya

Mawar Berduri : hehehe...orang beri untuk sekolah besar...

Anonymous said...

Salam cikgu, seronok tgk blog cikgu penuh dengan update Sk St Patrick. Tolong sampaikan salam saya buat Cikgu Tasmi, cikgu yang mendidik dan mengajar saya sehingga saya pandai membaca time saya darjah 1 (Tahun 1988). :) Tak tau lah dia ingat lagi ke tidak dengan saya..

Untuk cikgu, teruskan entry cikgu dan selamat maju jaya..

Ums Niza said...

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya...insya - Allah saya akan sampaikan salam kamu.

mamakembar said...

salam cikgu...sy follower baru. sy bekas murid srk st patrick dari 1992-1994 (thn 4-6) dan berasal dari kelantan. skarang sy dah berumur 30 tahun. seronok sgt tgk gambar2 skolah lama, ternyata byk perubahan. rindu sgt nak ke sana insya Allah kalau ada rezeki. eh Cikgu Tasmi ada lagi lah!!! sy ingat cikgu Tasmi :)

Kancil 8349 said...

Mamakembar :

salam, terima kasih kerana sudi blog blog Kancil...memang banyak perubahan berlaku di sekolah nie...insya Allah saya akan sampaikan salam kamu tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...