Rakan Blogger

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru Untuk Semua Guru Di Malaysia

Selamat Hari Guru 2011

"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"

Tahun ini merupakan tahun pertama saya meraihkan Hari Guru bersama murid - murid di sekolah baru saya. Macam mana situasi meraihkan hari guru di peringkat sekolah. Dengar dari seorang rakan, pelbagai aktiviti akan dibuat sempena hari tersebut. Tidak juga kurang hebatnya, hadiah - hadiah daripada murid - murid bagi menghargai jasa guru mereka. Tapi saya tidak mengharapkan apa - apa pun. Teringat dulu, semasa menjawat jawatan Pensyarah Kontrak di kolej swasta di Ibu Negeri. Masa itulah saya menerima hadiah pertama daripada seorang pelajar saya kerana menghargai jasa saya. Saya rasa terharu walaupun itulah yang pertama dan tunggal saya menerimanya pada tahun pertama saya mengajar di sana. Sedangkan saya faham mereka menghadapi masalah kewangan.
 
Semasa sekolah dulu, saya tidak mampu memberikan apa - apa hadiah kepada guru - guru saya semasa sekolah rendah dan menengah. Sehingga saya malu untuk berjumpa dengan semua guru pada ketika itu. Masa itu ada jamuan untuk meraihkan hari guru di dalam kelas. Saya malu melihat semua rakan - rakan memberi hadiah kepada guru - guru yang mereka sayang. Tidak sangka, datang seorang guru menemui saya dan bertanya kepada saya mengapa tidak menyertai rakan - rakan saya. Masa itu saya keluar dari kelas dan tidak menyertai jamuan tersebut.

Saya memberitahu kepada guru tersebut, saya malu kerana tidak memberikan apa - apa kepada seorang guru pun. Guru tersebut tersenyum lalu dia menepuk bahu saya. Katanya kepada saya, hadiah yang paling berharga seorang guru inginkan bukan kebendaan semata - mata tetapi kejayaan seorang pelajar melalui semua cabaran. Katanya lagi, saya mampu menghadapi semua itu. Saya rasa terharu dan kini saya telah berjaya menjadi seorang guru. Saya ucapkan terima kasih kepada guru tersebut yang kini berada di Kelantan, Cikgu Nazri. Jasamu masihku kenang.
So, apabila saya menerima hadiah daripada seorang murid, saya akan mengucapkan terima kasih dan memberitahu kepadanya belajarlah rajin - rajin sepertimana kamu berusaha untuk memberikan cikgu hadiah. Saya berkhidmat sebagai guru baru 8 bulan. 6 bulan di SK Batu Payong, Tawau dan 2 bulan di SK St Patrick, Tawau. Jika dibandingkan kenangan dan pengalaman saya dengan rakan - rakan sejawatan saya, saya masih muda dan banyak perlu belajar daripada mereka. Mereka juga guru saya di sekolah. Mereka juga banyak membantu saya dari segi nasihat dan teguran.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru untuk semua guru di seluruh Malaysia. Terima kasih kepada semua murid dan pelajarku...kerana menghargai pengorbananku sebagai pendidik....


 Kenangan Bersama Murid - Murid SK Sultan Abu Bakar 1, Muar Johor

Kenangan Bersama Murid - murid SK Ayer Hitam, Batu Pahat Johor

Murid - murid SK Batu Payong, Tawau

Kenangan Bersama Pelajar - pelajar Kolej Yayasan Sabah (Karambunai)

2 comments:

Unknown said...

Eza dah jumpa muka sebenar kancil :) Hee. entry lama kancil pun Eza nak terjah :)

Kancil 8349 said...

Eza :

hehehe...ndak mengapa...yang penting dapat membacanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...