Rakan Blogger

Thursday, May 26, 2011

Majlis Pelancaran Perayaan Hari Guru Ke 40 Peringkat Negeri Sabah 2011



Kalau ikutkan, saya bercuti bersama - sama rakan - rakan lain. Tetapi, panggilan tugas terpaksa saya turuti. Namanya kita makan gaji. So kena ikut. Maklumat saya terima daripada Penolong Kanan Petang, bahawa saya salah seorang daripada 10 orang guru terlibat dalam Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah. Apa boleh buat, kita menurut perintah. Yang lain pula seronok bercuti. Sebenarnya hanya beberapa buah sekolah di Tawau je yang cuti. Hehehe...

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah diadakan di daerah Tawau dan bertempatkan di Dewan Yayasan Lau Gek Poh berhampiran dengan Tanjung Batu, Tawau. Mesti meriah dengan kehadiran warga pendidik dari pelusuk negeri Sabah. Apatah lagi tuan rumah, merasa bangga dipilih sebagai tuan rumah untuk tahun ini. Menurut maklumat daripada rakan saya, kalau datang lambat mesti dapat parking kereta yang jauh. So, saya datang seawal 6.30 pagi. Takut terperangkap kesesakan lalu lintas. Setiba di sana, masih kurang lagi kenderaan tetapi saya mengambil keputusan untuk meletakkan kereta saya di Jalan Banyan. Sebab bukan laluan utama. Saya sempat mengambil gambar kawasan dewan tersebut. Ia berhampiran dengan laut.


 Pintu Gerbang Dewan Yayasan Lau Gek Poh dan Air Pancut di hadapan dewan

Masih tidak ramai lagi warga pendidik yang datang. Sunyi sepi di dalam dewan. Namun, AJK pelaksana majlis sudah mula sibuk dengan kerja mereka masing - masing. Terutamanya warga SK Bandar 2. Mereka menjadi AJK Pendaftaran pada pagi tersebut. Sedang mereka sibuk sempat juga saya mengambil gambar di dalam dewan. Saya tahu, nanti tidak sempat mahu mengambilnya.


 Keadaan Dalam Dewan Sebelum Acara Bermula

Guru - guru sekolah rendah dan menengah akan mendaftar nama di belakang dewan. Tujuan untuk mengesahkan kehadiran kita di dewan tersebut. Selain mendaftar, kita akan mendapat buah tangan daripada pihak penganjur. Cantik warna dan ini mungkin warna tema pada hari tersebut. Hehehe...Bukan setakat guru biasa malah semua warga pendidik yang berjawatan juga mendaftar diri sebelum masuk ke dalam dewan. 


Antara Buah Tangan Yang Diberikan

Selepas mendaftar, saya menunggu rakan saya di luar dewan. Tidak sangka, hampir kesemua guru BK  Tawau yang terlibat menghadirkan diri ke majlis ini. So sempat juga saya mengambil seorang rakan yang mengaku dia comel...comel kan dia nie?

 Apa - apa acara mesti dia menjadi AJK Pendaftar...hehehe

Tepat pada pukul 9 pagi, tetamu kehormat hadir ke majlis tersebut. Antaranya Timbalan Ketua Menteri Negeri Sabah, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah dan Pegawai Pendidikan Daerah Tawau. Turut hadir Presiden Majlis Perbandaran Tawau dan Pengarah Yayasan Sabah. Majlis dimulakan dengan Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Sabah Tanah Airku. Selepas itu bacaan doa dan persembahan tarian dari Suku Kaum Tidung.



 
 

 
 

Dalam majlis ini, ada ucapan daripada Pegawai Pendidikan Daerah Tawau, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah dan akhir sekali ucapan wakil Ketua Menteri Negeri Sabah. Selepas ucapan, semua warga pendidik di dalam dewan membaca Ikrar Hari Guru. Kemudian persembahan daripada guru - guru SK Taman Tawau. Akhir sekali adalah penyampaian hadiah dan penganugerahan kepada tokoh guru peringkat Negeri Sabah. Setiap guru yang akan menerima anugerah akan mendapat Pingat Emas berharga RM 7500, Wang Tunai RM 3000, Sijil dan Sejambak Bunga. Antara tokoh guru 2011 ialah Datuk Mary Yap Kain Ching, Dr. Haji Yaasin Bin Haji Amit, Tuan Haji Zulkifli Bin Jaafar dan Puan Jacinta Leong @ Jehan Binti Abdullah.

Majlis berakhir dengan jamuan tengahari iaitu tepat pada pukul 11.30 pagi. Semua warga pendidik menjamu selera. Ini merupakan kali pertama saya menghadirkan diri dan mungkin tiada peluang kedua jika ia dibuat di daerah lain nanti. Bukan senang...nasib je kena di daerah Tawau.

2 comments:

Gen2Merah said...

wahh meriahnyaa.. salam hari guru buat semua..

Ums Niza said...

weina geng...lama aku tunggu kau...ndak datang2 plak kau nie..mesti susah mahu parking nie kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...