Rakan Blogger

Friday, June 28, 2013

Kuli Tetapi Berlagak Macam Boss

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Lihat pada tajuk sudah mengambarkan apa yang ingin Kancil kongsikan. Malah, ada rakan - rakan blogger pernah mengalami sama seperti tajuk di atas. Bagi Kancil, walau di mana Kancil berada, pastinya Kancil akan menemui orang - orang seperti ini. Namun, apa yang ingin Kancil kongsikan di sini sekadar panduan dan pengajaran agar kita tidak akan buat pada orang lain. 

Masa kerja di swasta, kes macam nielah yang paling banyak Kancil terima. Jawatan kerani tetapi berlagak macam boss. Sedangkan Kancil berstatus Ketua Unit pun tiada plak macam mereka. Kancil pernah ditegur cara pemakaian di tempat kerja. Kalau dia sama taraf atau status jawatan sama. Kancil ndak kisah sangat. Teguran membina. Sudahlah Pembantu Am, menegur seorang Ketua Unit di tempat umum. Seperti menghina Kancil. Mungkin kerana usia Kancil nie muda lagi. Senanglah mereka pow Kancil. Tapi ia tidak terjadi.

Malah Kancil buat tidak tahu. Sehingga dibawa mesyuarat oleh Pembantu Am ini. Last - last Kancil malukan dia. Dia siapa nak tegur Kancil. Sedangkan dia pergi pejabat pun pakai T -Shirt. Itu lain cerita lagi, ada lagi seorang mamat nie. Berani -  berani menghina kumpulan guru. Mentang - mentang kerja di bank. Berlagak macam orang kaya, walhal kuli juga. Entahlah, bila berjumpa dengan Kancil pasti dia akan menyindir Kancil.

Katanya kepada Kancil, golongan paling ramai meminjam duit adalah guru. Guru memang suka berhutang. Sakit juga hati Kancil. Namun malas mahu buat kecoh. Biarlah dia dengan kata - katanya. Kerana, kalau bukan guru yang meminjam di bank tersebut, ndak mereka maju tu. Dan kerana guru juga, dia bertemu jodoh dengan isterinya yang bekerja guru. Pelik sangat...bercakap tidak berfikir.

Apapun, Kancil buat tidak kisah malah cuba menjauhkan diri dengan golongan - golongan seperti ini. Bagi Kancil mereka nie kalau ditegur terus naik minyak. Kesalahan orang sahaja mereka tahu padahal kesalahan mereka lebih besar dari kesalahan orang lain. Bodoh bin Sombong. Berlagak nak mampus...syukur juga di tempat kerja baharu Kancil nie tiada jumpa golongan macam nie. Luar tempat kerja tu memang banyak..hehehe...tetapi ia tidak mempengaruhi kerja Kancil pun. Jarang jumpa pun.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Thursday, June 27, 2013

Jawapan Daripada Wordless Wednesday # 61

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Tentunya gambar di atas menjadi tanpa tanya kepada semua rakan blogger. Apa sebenarnya yang berlaku di atas kapal tersebut. Jika anda besarkan gambar tersebut pastinya anda mengetahui apa sebenarnya. Apapun Kancil akan jawab satu persatu soalan daripada rakan blogger semalam.

Gambar nie, Kancil ambil di pelabuhan Tawau yang menghubungi tanah besar Pulau Borneo dengan Pulau Sebatik. Selain itu, ia merupakan pintu utama ke negara jiran iaitu Indonesia. Tapi bukan di sini...ini juga ke Pulau Sebatik. Di atas kapal tu adalah beberapa buah tilam yang ditempah ataupun dijual untuk penduduk di Pulau Sebatik. Itu tanggapan Kancil je. Sebenarnya, banyak lagi barang yang dibawa ke pulau. Kerana ini sahaja pengangkutan mereka ke pulau.

Terima kasih ke sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, June 26, 2013

Wordless Wednesday # 61

Assalamaulaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Tuesday, June 25, 2013

Ciri Yang Perlu Ada Pada Seorang Penceramah

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Sejak dua tahun bergelar guru, Kancil sudah 5 kali diberi peluang untuk memberi ceramah di sekolah lain. Di sekolah sendiri, lain cerita. Entah dah berapa kali pun Kancil sendiri tidak ingat. Walaupun masih setahun jagung, Kancil tidak kekok untuk memberi ceramah kerana setiap kali memberi ceramah ia membantu memperbaiki skill penyampaian Kancil. Itu yang Kancil amat perlukan.

Bagi kebanyakkan rakan, mereka malu dan tidak berani untuk berdepan dengan murid sambil dipantau oleh guru - guru lain. Ada yang takut tersalah beri maklumat dan sebagainya. Dan bagi Kancil itu benda remeh dan jangan diambil peduli jika kita mempunyai persediaan yang cukup untuk berdepan dengan murid. Konsep yang Kancil suka bila memberi ceramah, 'Anggap je orang lain tidak tahu apa yang kita nak sampaikan dan hanya kita sahaja yang tahu apa yang kita sampaikan.'

Sejak dari sekolah menengah lagi, Kancil suka membentang di kelas walaupun tidak sehebat orang lain. Pembentangan Kancil paling hebat pernah dibuat semasa di UiTM Shah Alam apabila rakan - rakan memberi tepukan gemuruh. Memang terasa, mereka teruja mendengar hasil pembentangan Kancil. Bermula dari itu, Kancil suka memberi ceramah. Kancil pernah menerima pendengar yang malas. Slide show Kancil tidak dipandang langsung oleh mereka. Kerana pengalaman sebelum menjadi guru, Kancil berjaya memikat hati mereka. Cuak juga bila mereka buat kerja sendiri. 

Dan selalunya, Kancil tidak suka pakai microphone ketika berucap. Ia lebih baik kerana tangan Kancil bebas untuk bergerak tanpa memegang apa - apa benda. Memang Kancil akui, ramai mereka was - was dengan kemampuan Kancil. Kerana pengalaman sebagai guru bimbingan baharu sahaja 2 tahun. Kalau sudah 10 tahun baru mereka akui kehebatann Kancil. Biasalah kalau di bumi Malaysia...macam itulah keadaannya. Namun, ndak kisah kerana apa yang penting, pendengar Kancil suka mendengar Kancil memberi ceramah. Alhamdulillah, nama Kancil sudah naik di PPD...,hehehe...

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8394.

Monday, June 24, 2013

Bukan Guru Tahun 6

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hari ini, Kancil menerima pelawaan daripada seorang rakan bimbingan untuk menyampaikan ceramah di sekolah beliau. Pada mulanya, beliau berhubung melalui telefon untuk memastikan adakah kancil bersetuju untuk memberi ceramah. Dan sememangnya Kancil tidka menolak kerana ia peluang yang baik untuk Kancil. Seperti biasa juga, Kancil maklumkan kepada beliau ikutlah prosedur yang telah ditetapkan.

Beberapa hari kemudian, Kancil menerima surat jemputan untuk memberi ceramah di sekolah tersebut. Surat tersebut telah ditandatangani oleh guru besar sekolah Kancil juga. Sememangnya guru besar Kancil tidak pernah menolak. Kancil rasa gembira dan tidak sabar untuk menanti hari tersebut (iaitu hari ini). Persiapan telah dibuat dengan mencari bahan dan maklumat yang berguna untuk para murid di sekolah tersebut. 

Ini merupakan kali pertama Kancil mengunjungi sekolah tersebut. Bilangan murid yang dimaklumkan adalah 147 orang. Ramai juga. So, Kancil kena rancang baik - baik untuk memberikan impak yang positif kepada mereka. Sepertimana Kancil buat kepada murid - murid SK Bombalai dan SK Tanjung Batu. Namun, Kancil rasa sedikit kecewa apabila, seorang rakan sekerja mempertikaikan kebolehan Kancil. 

Malah beliau secara sinis mengatakan bagaimana Kancil boleh mengajar teknik menjawab sedangkan Kancil 'BUKAN GURU TAHUN 6'. Memang betul Kancil bukan guru tahun 6 namun sebagai guru bimbingan, Kancil layak memberi teknik yang Kancil pelajari sewaktu belajar dulu. Selain itu, guru bimbingan merupakan guru yang serba boleh dalam apa - apa situasi tidak kira akademik mahupun ko kurikulum. 

Walau apapun, Kancil ndak kisah sangat. Ia merupakan pembakar semangat Kancil untuk maju ke hadapan. Mereka nak kata apa pun, bukan mereka yang bagi duit gaji Kancil? ataupun rezeki Kancil? Bagi Kancil, mereka tidak faham apa kerja Kancil walaupun asyik mengganti kelas, menjadi setiausaha itu ini dan sebagainya. Tapi masih juga dikatakan tiada kerja...hehehe...

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p//s : Insya Allah Kancil akan kongsikan pengalaman Kancil memberi ceramah di sekolah tersebut.

Saturday, June 22, 2013

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Untuk Mama

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Awal pagi, Kancil sudah berada di sekolah. Dan rutin harian adalah memeriksa email dan FB.  Tengok pada acara dalam FB, ada seorang blogger yang menyambut ulang tahun kelahirannya. Malah, beliau merupakan pembaca setia di blog ini. Walaupun ada ketikanya Kancil sunyi sepi tetapi beliau masih mengunjungi blog Kancil.

Apapun, marilah kita sama - sama mengucapkan 

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran kepada Mama (Maszull) semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.


Kancil rasa bertuah memiliki rakan blogger seperti Mama..bukan setakat Mama malah rakan blogger yang lain juga. Kerana anda tidak akan ada cerianya blog Kancil ini tanpa sokongan anda.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Friday, June 21, 2013

Kesian Pada Mereka

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hari ini, Kancil ingin berkongsi satu pendapat mengenai keadaan murid di zaman sekarang. Akibat tekanan hidup, ibu bapa lebih banyak memberi tumpuan kepada kerjaya mereka. Dari awal pagi keluar rumah hingga malam baru kembali ke rumah. Akhirnya, murid - murid ini menjadi kesunyian di dalam rumah yang besar. Ada pun permainan elektronik, ia tidak membantu mereka untuk menghilangkan rasa kesunyian mereka. Bak kata rakan Kancil, di rumah seperti penjara atau sebuah zoo bagi mereka.

Bila berada di sekolah, mereka terasa bebas untuk melakukan apa yang mereka inginkan. Sehingga tidak dapat memastikan mana yang salah ataupun betul. Bebas seperti sang burung yang keluar dari sangkar. Bila ada masalah disiplin, gurulah yang dipersalahkan sedangkan siasatan mendapati mereka (murid) yang bersalah. Namun, masyakarat akan kata bahawa mereka (murid) masih lagi kanak - kanak walaupun tindakan tersebut mencabar ego seorang manusia.

Di sekolah juga, mereka bebas berlari ke sana sini. Mempunyai ramai rakan dan boleh mengusik sesama mereka. Bermain bersama dan sebagainya. Berbanding di rumah mereka terkepung di dalam sebuah rumah batu. Tiada kawan untuk bermain atau bersembang. Akibat masalah di rumah, sasaran ditujukan ke sekolah. Bila mereka buat salah, ibubapa pula tuding kepada guru dan mempercayai apa yang anak mereka kata.

Namun sebagai guru, kami amat memahami masalah murid. Tapi tidak boleh juga disebelah pihak sahaja jika ibu bapa tidak memainkan peranan. Guru yang berusaha tetapi ibubapanya diam. Bila berjaya, guru dibuang jauh - jauh dan bila gagal gurulah orang pertama dicari. Pelik bukan...namun sudah menjadi asam garam dalam kehidupan kami sebagai guru. Insya Allah Kancil akan cerita mengenai risiko hidup sebagai guru...mengikut kajian, guru berada di tempat ketiga mempunyai tahap tekanan tinggi di tempat kerja.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Thursday, June 20, 2013

Jawapan Daripada Wordless Wednesday # 60

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Pastinya ramai tertanya - tanya mengenai gambar semalam. Dan pelbagai andaian yang rakan blogger komen di entri Kancil sebelum ini. Apapun, jom kita lihat penjelasan Kancil mengenai gambar tersebut.


Gambar di atas merupakan pemandangan laut dari Pekan Semporna. Pulau yang dihadapan ini merupakan Pulau Bum - Bum.  Namun bukan itu yang Kancil ingin kongsikan tetapi pulau yang dibelakang sana. Cuba perhatikan betul - betul...itulah pulau yang dikenali sebagai Pulau Orang Tua Tidur. Atau bahasa tempatan sebagai Pulau 'Mattoa Lalla Atoli'.

Menurut sumber, pulau ini dipercayai mempunyai kisah kasih sayang antara tiga orang anak beranak. Ia menyimpan seribu misteri dan menurut cerita ia membawa sabagai satu bukti cinta sejati atau persahabatan yang berakhir dengan pergaduhan atau permusuhan. Dipercayai telah wujud sejak lima juta tahun lalu.

Pulau ini merangkumi tiga buah pulau iaitu Pulau Gaya di utara (kaki), Pulau Bohay Dulang (tengah/badan) dan Pulau Tetangan (selatan/kepala) seperti mana yang anda lihat di dalam gambar tersebut. Kancil belum sampai lagi ke sana kerana ia merupakan Tanam Laut Negeri Sabah. Bukan senang nak masuk ke sana. Jika ada ingin melancong, jomlah singgah ke sini.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Wednesday, June 19, 2013

Wordless Wednesday # 60

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.



Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349

Tuesday, June 18, 2013

Pernah Dengar Dearah Kecil Tungku?

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Sudah lama Kancil letak soalan ini di sudut kanan blog Kancil ini. Sehingga Kancil lupa untuk berkongsi cerita dengan rakan - rakan blogger. Seingat Kancil sebelum krisis di Lahad Datu lagi. Tungku merupakan daerah kecil yang terdapat di dalam daerah Lahad Datu (LD).

Jarak dari bandar besar LD ke pekan Tungku lebih kurang 75 km dan masa perjalanan selama 35 hingga 40 minit. Kancil jarang ke sana. Ingat cuti semester pertama, Kancil mahu bercuti ke sana tetapi disebabkan krisis tersebut. Terpaksa dibatalkan. Terlupa plak bagi tahu, Tungku ini hampir dengan Felda Sahabat...jarak antara tempat krisis lebih kurang 90 km. Korang tahu juga kan tempat krisis di LD...Kampung Tanduo.

Mengikut jawapan yang Kancil dapat, 38% peratus mengetahui tempat tersebut. Mungkin selepas krisis tersebut bermula, seluruh dunia tertumpu ke arah Kampung Tanduo. Tungkulah daerah yang paling dekat. 61% pula ramai yang tidak mengetahui tempat tersebut. 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Monday, June 17, 2013

Tagal Sg Moroli, Kampung Luanti Baru, Ranau

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Di kawasan Ranau, banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi. Pastinya rakan - rakan blogger akan datang berulang kali ke sana. Seperti Kancil juga, Kancil suka mengunjungi tempat menarik walaupun berulang kali. Salah Satu tempat tersebut adalah di Kampung Luanti Baru, Ranau. Blogger Cikgu Fad pernah datang ke sini...namun kami tidak sempat berjumpa...


Apa istimewanya kawasan ini sehingga rakan pengunjung datang. Mereka yang datang bukan daripada orang Sabah sahaja malah dari luar negeri Sabah dan luar negara. Kancil pun ndak pasti berapa jaraknya dari Ranau... Nak tahu apa istimewanya...jom lihat beberapa keping gambar di bawah ;


Gambar sebelah kiri merupakan pintu masuk ke sungai tersebut. Ada bayaran dikenakan di sini...masa diperuntukkan selama 15 minit berada di sungai. Makanan ikan juga dijual di sini...harganya kalau tidak silap RM 0.20 sebungkus. Gambar sebelah kanan tu adalah sekumpulan ikan yang berkumpul apabila manusia menghambir tebing sungai. Bukan kecil ikan nie...sebesar lengan kita je...


Lihat sahaja Kancil memberi makanan kepada ikan...berebut - rebut mereka mengambil makanan di atas tangan Kancil...sehingga ada seekor ikan mengigit jari Kancil...kekadang ada ikan kecil yang mengigit buku lali Kancil...geli bah...Kalau rakan - rakan blogger ingin ke Sabah..janganlah lupa singgah ke Kampung Luanti, Ranau...di sini boleh juga mandi...adakah anda berani mandi dengan kumpulan ikan ini?

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Saturday, June 15, 2013

Sepinya Seorang Blogger...

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hari nie Kancil ingin berkongsi sedikit luahan kepada semua rakan blogger. Mungkin ada juga di antara rakan yang mempunyai perasaan yang sama macam kancil juga. Namun ndak salah kita berkongsi kan...Dah lama nak kongsi tapi tiada masa yang sesuai untuk tulis di dalam blog ini.

Sejak bergelar blogger di awal tahun 2011. Kancil aktif dengan pelbagai entri dan sentiasa kemaskini entri Kancil. Malah tidak terlepas mengikut perkembangan seorang blogger otai. Tapi itu dulu, sekarang nie dah kurang malah masa mencemburui Kancil...sedihnya. Tambahan lagi, sekolah tempat Kancil mengajar hanya Kancil seorang je yang bergelar blogger.

Kalau dulu ada Gen2Merah...namun dia pun sibuk. Sesibuk Kancil juga...penuh dengan tugasan dan arahan yang perlu dilaksanakan. Lagipun agak lama Kancil tidak jumpa dia..Nak berkongsi cerita dengan guru lain pun susah sebab mereka ndak berminat. So kena akur keadaan semasa. Tapi itulah..bila hadapi masalah dalam dunia blog...mati kutu Kancil dibuatnya...sebab itulah Kancil senyap beberapa hari...hehehe

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Friday, June 14, 2013

13 Jam Pergi Dan Balik Dari Tawau Ke Kota Kinabalu

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Tahun lalu, Kancil ada menceritakan tentang perjalanan Kancil sekeluarga ke Kota Kinabalu yang mengambil masa 10 Jam pergi dan 12 Jam Kembali. Jarak antara bandar Tawau ke Bandaraya Kota  Kinabalu adalah 550 km. Namun, tahun ini Kancil mengambil peluang bercuti sekali lagi ke Kota Kinabalu lebih awal. Ini kerana akhir tahun, Kancil ada program besar untuk dibuat dan tiada masa bercuti.

Untuk makluman rakan - rakan blogger, Kancil tidak lagi menggunakan Kenderaan Produa Kancil untuk ke Kota Kinabalu. Tugasnya telah diambil alih oleh Kenderaan Toyota Avanza milik bank tapi atas nama Kancil...hehehe..Kini Kancil memiliki dua kenderaan. Si Kancil nie digunakan untuk ke sekolah sahaja manakala Avanza untuk berjalan jauh seperti balik kampung ke Semporna...

Seawal 6 pagi, Kami bergerak dari Tawau ke Kota Kinabalu. Dalam perjalanan awal pagi, kenderaan baharu Kancil telah melanggar seekor anjing yang tiba - tiba melintas. Nasib juga anjing tu selamat dan kenderaan baharu Kancil tidak mengalami apa - apa kerosakan. Pemilik anjing tu buat bodoh je. Kalau mati baru bising..padahal dia membiarkan haiwannya bermain di jalan raya. Kancil menarik nafas lega dan meneruskan perjalanan.

Asal dua jam perjalanan, Kancil mengambil keputusan untuk berehat. Kerana kereta baharu, ndak boleh dipaksa sangat. Kelajuan yang Kancil bawa macam biasa 80 ke 90 kmsj. Ndak biasa laju - laju sangat. Keadaan muka bumi jalan raya macam biasa tidak baik. Namun cuaca amat panas. Kancil mengambil keputusan tidak memakai aircon sepanjang perjalanan. Minyak pun jimat seperti kenderaan produa Kancil...dalam RM 70 sekali isi.

Semasa berada di Kota Kinabalu, Kami sekeluarga merancang ke Lawas sempadan Brunei Darul Salam. Ia merupakan wilayah milik Negeri Sarawak. Perjalanannya mengambil masa 4 jam untuk ke sana namun Kancil tetap berhenti untuk rehatkan Avanza tersebut. Dari Kota Kinabalu akan melalui bandar - bandar seperti Papar, Membakut, Beaufort dan Sindumin. Sindumin adalah wilayah terakhir di bahagian Sabah dan bersempadan dengan Lawas Negeri Sarawak.

Pada tahun 2005, Kancil pernah melawat ke Lawas. Jalan raya cantik dan halus. Setelah 8 tahun, jalan raya sudah beralun dan ketika melalui ada kawasan - kawasan tertentu dinaiki air. Namun ada usaha untuk diperbaiki. Selain ke Lawas, kami juga ke Taman Buaya Tuaran. Namun tidak banyak aktiviti melancong kami melainkan ke 1Borneo, Suria dan Centre Point KK..

Dalam perjalanan balik ke Tawau, Kancil sekeluarga berhenti di Sekuati. Tempat memelihara ikan tagal. Untuk kali kedua kami singgah ke sini. Kali pertama ndak ramai orang dan kali kedua, bilangan pelancong ramai. Terutamanya daripada semenanjung....kalau rakan - rakan blogger datang ke sini memang terkejut dengan saiz ikan ini. Sehari selepas Kancil sekeluarga tiba di Tawau...tanah runtuh di Ranau mengakibatkan hubungan barat dan timur terputus untuk beberapa jam...nasib kami awal balik dan tidak terkandas di Ranau...

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Thursday, June 13, 2013

Jawapan Wordless Wednesday # 59

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Gambar di atas merupakan aktiviti memotong buluh untuk membuat pintu gerbang di tapak perkhemahan. Memandangkan Kancil nie ndak pandai pilih dan memotong buluh. Kancil hanya tukang ambil gambar. Kebetulan Kancil kan seorang setiausaha program perkhemahan. So inilah yang Kancil ambil. 

Buluh ini diambil di kawasan Hot Spring Tawau...kawasan perumahan yang tidak jauh dari sekolah tempat Kancil berkerja. Nak tengok hasilnya...jom lihat ke bawah ;


Simple je kan?...Kancil pun ndak pandai bab - bab mengikat nie. Teramat lemah..hehehe...(malunya)...apapun, Kancil dapat belajar sesuatu daripada mereka semua. Dalam gambar tersebut, ada bangunan sekolah...itu bangunan sekolah menengah SM St Patrick, Tawau.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, June 12, 2013

Wordless Wednesday # 59

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Tuesday, June 11, 2013

Juara Bertahan Unit Beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Tahun ini, Kancil telah dilantik sebagai Setiausaha Perkhemahan menggantikan tempat rakan Kancil yang telah berpindah ke sekolah di Papar. Walaupun Kancil sibuk dalam urusan perkhemahan namun tidak terlepas mengurus unit beruniform TKRS. Memang betul, ada ramai guru penasihat di dalam unit ini. Namun, Kancil lebih berminat dan memberi tumpuan sepenuhnya pada unit tersebut. Tahun lalu, Kancil berjaya merebut kejuaraan sebagai Kumpulan Terbaik. Nak tahu jom baca ke entri Terbaik Tunas Kadet Remaja Sekolah

Pada tahun ini, Kancil ingin mengekalkan kejuaraan seperti tahun lalu. Sebulan sebelum perkhemahan, Kancil sudah mengatur latihan kawad kaki. Seramai 20 orang peserta yang mengikuti latihan tersebut. Dilakukan pada setiap minggu pertama dan ketiga. Minggu kedua dan keempat ada hari ko kurikulum. Daripada 20 orang peserta, hanya 15 orang yang bertahan. Yang lain..susah mahu cerita...mereka ada cerita sendiri dan Kancil tidak memaksa mereka.

Latihan giat diteruskan pada hari persekolahan terutamanya sebelum waktu masuk pembelajaran. Kancil akui, ramai yang kritik mengenai usaha Kancil dengan melatih budak dalam keadaan tersebut. Namun, bukan Kancil yang mendapat hasil tetapi murid - murid juga.  Kancil tetap teruskan ditambah sokongan penuh oleh para peserta perkhemahan. Dalam perkhemahan tersebut, ada 4 acara dipertandingkan. Kawad Kaki, Malam Kebudayaan, Ikatan dan Gajet dan Hiasan Makanan. Perkhemahan tersebut telah berlangsung pada 17, 18 dan 19 Mei 2013.

Kancil lebih pada Kawad Kaki...itulah kemahiran Kancil. Namun, tidak mengabaikan yang lain. Ada masa mengajar peserti mengenai ikatan walaupun Kancil sendiri lemah dalam bab ikatan. Mengenai hiasan makanan, guru perempuan kami bercuti kerana mendapat cahaya mata. Untuk makluman rakan blogger, unit TKRS kami hanya ada seorang guru wanita sahaja. Malam Kebudayaan, Unit TKRS terpilih untuk membuat persembahan Pentomen dan temanya adalah Patriotik.

Pada hari kedua, dua acara yang dipertandingkan seperti Hiasan Makanan dan Gajet tidak mendapat tempat. Ini membuatkan Kancil risau namun sememangnya salah Kancil juga tidak mengajar mengenai dua pertandingan tersebut. Pada Malam Kebudayaan, Unit TKRS Kancil yang paling menyerlah dan kami telah dipilih sebagai Johan Malam Kebudayaan. Tapi, ahli Kadet tidak mengetahui perkara tersebut malah Kancil memaklumkan bahawa kami gagal. Kancil memberi semangat dan motivasi kepada semua ahli kadet untuk mengambil tempat pertama dalam pertandingan Kawad Kaki pada keesokan harinya.

Pada hari terakhir, Unit TKRS menjuarai Pertandingan Kawad Kaki buat kali kedua. Tidak sangka, Unit TKRS menjadi kumpulan terbaik dalam perkhemahan tersebut dan salah seorang ahli kadet telah terpilih sebagai peserta terbaik lelaki. Ini bermakna, Unit TKRS masih mengekalkan kejuaraan seperti tahun lalu. Harapan Kancil ingin menjuarai buat kali ketiga dan menebus kekalahan perbarisan pada hari sukan dua tahun lalu. Doakan Kancil berjaya...jom kita lihat beberapa keping gambar mengenai Perkhemahan tersebut ;




 Senaman Pagi dan Taklimat daripada Timbalan Ketua Kem


 Barisan ahli TKRS dan persembahan Kawad Kaki TKRS


Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Monday, June 10, 2013

Kembali Ke Sekolah...Semester Dua 2013

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Agak lama juga Kancil menyepi, bukan tiada idea untuk dikongsi cuma kehilangan mood untuk menulis sesuatu walaupun pelbagai aktiviti yang Kancil sertai dalam beberapa minggu sebelum cuti sekolah dan cuti sekolah. Insya Allah, Kancil akan berusaha untuk updatekan selalu blog Kancil sebagai azam pada semester ini.

Seperti, murid-murid sekolah rendah dan menengah yang akan menghadapi peperiksaan umum. Semester ini merupakan semester terdesak bagi mereka untuk membuat persiapan terakhir. Bagi Kancil plak, ini tugas berat yang harus dipikul memastikan kecemerlangan murid-murid di sekolah dalam bidang akademik. 

Semester lalu, Kancil terlalu memberi tumpuan kepada ko kurikulum sehingga mencatat kemenangan yang membanggakan. Atlet dibawah seliaan Kancil sudah berjaya ke peringkat negeri. Perkhemahan sekolah, TKRS masih mengekalkan kejuaraan buat tahun kedua. Berjalan - jalan ke Kota Kinabalu dengan kereta baharu dan banyak lagi. Insya Allah Kancil akan kongsikan. Banyak betul cerita namun mood untuk berkongsi tu hilang...minta maaf kepada semua rakan blogger.

Semester ini, Kancil cuba untuk seimbangkan semua dari segi kerja dan penulisan blog. Semester lalu, lebih pada kerja. Hehehe...kesian dekat blog. Apapun berharap Kancil masih mendapat tempat dikalangan blogger walaupun tidak seaktif dahulu.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...