Rakan Blogger

Tuesday, June 25, 2013

Ciri Yang Perlu Ada Pada Seorang Penceramah

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Sejak dua tahun bergelar guru, Kancil sudah 5 kali diberi peluang untuk memberi ceramah di sekolah lain. Di sekolah sendiri, lain cerita. Entah dah berapa kali pun Kancil sendiri tidak ingat. Walaupun masih setahun jagung, Kancil tidak kekok untuk memberi ceramah kerana setiap kali memberi ceramah ia membantu memperbaiki skill penyampaian Kancil. Itu yang Kancil amat perlukan.

Bagi kebanyakkan rakan, mereka malu dan tidak berani untuk berdepan dengan murid sambil dipantau oleh guru - guru lain. Ada yang takut tersalah beri maklumat dan sebagainya. Dan bagi Kancil itu benda remeh dan jangan diambil peduli jika kita mempunyai persediaan yang cukup untuk berdepan dengan murid. Konsep yang Kancil suka bila memberi ceramah, 'Anggap je orang lain tidak tahu apa yang kita nak sampaikan dan hanya kita sahaja yang tahu apa yang kita sampaikan.'

Sejak dari sekolah menengah lagi, Kancil suka membentang di kelas walaupun tidak sehebat orang lain. Pembentangan Kancil paling hebat pernah dibuat semasa di UiTM Shah Alam apabila rakan - rakan memberi tepukan gemuruh. Memang terasa, mereka teruja mendengar hasil pembentangan Kancil. Bermula dari itu, Kancil suka memberi ceramah. Kancil pernah menerima pendengar yang malas. Slide show Kancil tidak dipandang langsung oleh mereka. Kerana pengalaman sebelum menjadi guru, Kancil berjaya memikat hati mereka. Cuak juga bila mereka buat kerja sendiri. 

Dan selalunya, Kancil tidak suka pakai microphone ketika berucap. Ia lebih baik kerana tangan Kancil bebas untuk bergerak tanpa memegang apa - apa benda. Memang Kancil akui, ramai mereka was - was dengan kemampuan Kancil. Kerana pengalaman sebagai guru bimbingan baharu sahaja 2 tahun. Kalau sudah 10 tahun baru mereka akui kehebatann Kancil. Biasalah kalau di bumi Malaysia...macam itulah keadaannya. Namun, ndak kisah kerana apa yang penting, pendengar Kancil suka mendengar Kancil memberi ceramah. Alhamdulillah, nama Kancil sudah naik di PPD...,hehehe...

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8394.

13 comments:

Aisy Nasiha said...

Kagum saya dengan orang yang hebat mcm kancil ni.. Mmg ada teknik tp bukan semua orang mampu buat mcm baik, mcm saya ni...sampai sekarang mengigil kalau jadi mc.. Hihi

miss yatie said...

sikap kepimpinan itu harus ada dr awalkan, baru bila mengadapi ke alam dewasa, rasa takut tu hilang, tahniah buat kancil

Izwa Kamaruddin said...

bagusss :)

Anonymous said...

hebatnyer... kagum2 !

Kayu Manis said...

kagum dgn cikgu..bila pulak nak dtg ke kl ni bg ceramah kat sekolah2 semenanjung..

boleh lihat murid2 kat sini..mcm2 kerenah ada..

maszull said...

assalamualaikum kancil...betul2...;)

Anonymous said...

hidup mesti kena ada wawasan kan cikgu kancil kan... cayalah!!!

Unknown said...

two thumbs up!good job.. :D
salam perkenalan.
folo u.folo me back yeah. :D

dee said...

budak tak nak dgr saya ajar. geram!

fairus said...

AKU PUN SUKA BERCERAMAH, KALAU DIBERI PELUANG BERCERAMAH..

Kancil 8349 said...

Aisy Nasiha : ndak apa..kena berusaha untuk memperbaiki apa yang kurang

KY : betul tu kak,,..terima kasih

Mrs Eady : terima kasih

Kesuma Angsana : terima kasih

Knor : hehehe...insya Allah jika diberi peluang..semasa praktikal kancil dah pun beri ceramah...tapi di batu pahat je

Mas zull : Waalaikumsalam...terima kasih

Cik Gee : betul tu

Aziz : terima kasih

Dee : hehehehe...ndak garang kali

Fairus : kamu lebih hebat lagi geng

Unknown said...

Betul tu kancil.... kena ada cara dan gayanya....

ciK LyndaWawa said...

hehe.. bg pendapat sayala kan.. yg penah bg ceramah jugak.. tapi tak lah sepro cikgu kancil.. guna wireless microphone pun ok.. kotak tu masuk dalam baju kot.boleh berjalan ke sana ke marari untuk attract semua peserta ,,pastu..slide tak pelu banyak word.. letak gambar cukup.. pastu pandai2 la eksplain.. hahaha.. kan.. nway.. tahniah cikgu..=] anda seorang yang berani

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...