Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Di kawasan Ranau, banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi. Pastinya rakan - rakan blogger akan datang berulang kali ke sana. Seperti Kancil juga, Kancil suka mengunjungi tempat menarik walaupun berulang kali. Salah Satu tempat tersebut adalah di Kampung Luanti Baru, Ranau. Blogger Cikgu Fad pernah datang ke sini...namun kami tidak sempat berjumpa...
Apa istimewanya kawasan ini sehingga rakan pengunjung datang. Mereka yang datang bukan daripada orang Sabah sahaja malah dari luar negeri Sabah dan luar negara. Kancil pun ndak pasti berapa jaraknya dari Ranau... Nak tahu apa istimewanya...jom lihat beberapa keping gambar di bawah ;
Gambar sebelah kiri merupakan pintu masuk ke sungai tersebut. Ada bayaran dikenakan di sini...masa diperuntukkan selama 15 minit berada di sungai. Makanan ikan juga dijual di sini...harganya kalau tidak silap RM 0.20 sebungkus. Gambar sebelah kanan tu adalah sekumpulan ikan yang berkumpul apabila manusia menghambir tebing sungai. Bukan kecil ikan nie...sebesar lengan kita je...
Lihat sahaja Kancil memberi makanan kepada ikan...berebut - rebut mereka mengambil makanan di atas tangan Kancil...sehingga ada seekor ikan mengigit jari Kancil...kekadang ada ikan kecil yang mengigit buku lali Kancil...geli bah...Kalau rakan - rakan blogger ingin ke Sabah..janganlah lupa singgah ke Kampung Luanti, Ranau...di sini boleh juga mandi...adakah anda berani mandi dengan kumpulan ikan ini?
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
9 comments:
TERINGAT MASA PERGI PUSAT SANTUARI IKAN KELAH DI TASIK KENYIR..
saya dah pergi sana..keajaiban nampak pada ikan2 tu,..pasti akan ramai pengujung pergi sana..
canteknya pemandangan kat situ... kehijauan sungguh.
wah bestnya..dpt berbual2 dgn ikan tu pun best jugak...
tapi belum sampai lglah cikgu..
wah menariknyer kat sini
Fairus : mesti seronok
Etuza : bestkan cikgu
NMO2 : betul tu...datanglah ke sini
Knor : insya Allah ada rezeki boleh datang ke sini
Kesuma : betul tu
remy teringin nak kesana...... nampak best jer ikan2 tu......
remy teringin nak kesana...... nampak best jer ikan2 tu......
Aduh ruginya sebab terlepas peluang untuk datang ke situ... apa pun terima kasih Cikgu Kancil kerana sudi berkongsi tempat menarik ini... lain kali mesti pergi!
Post a Comment