Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Pastinya ramai tertanya - tanya mengenai gambar semalam. Dan pelbagai andaian yang rakan blogger komen di entri Kancil sebelum ini. Apapun, jom kita lihat penjelasan Kancil mengenai gambar tersebut.
Gambar di atas merupakan pemandangan laut dari Pekan Semporna. Pulau yang dihadapan ini merupakan Pulau Bum - Bum. Namun bukan itu yang Kancil ingin kongsikan tetapi pulau yang dibelakang sana. Cuba perhatikan betul - betul...itulah pulau yang dikenali sebagai Pulau Orang Tua Tidur. Atau bahasa tempatan sebagai Pulau 'Mattoa Lalla Atoli'.
Menurut sumber, pulau ini dipercayai mempunyai kisah kasih sayang antara tiga orang anak beranak. Ia menyimpan seribu misteri dan menurut cerita ia membawa sabagai satu bukti cinta sejati atau persahabatan yang berakhir dengan pergaduhan atau permusuhan. Dipercayai telah wujud sejak lima juta tahun lalu.
Pulau ini merangkumi tiga buah pulau iaitu Pulau Gaya di utara (kaki), Pulau Bohay Dulang (tengah/badan) dan Pulau Tetangan (selatan/kepala) seperti mana yang anda lihat di dalam gambar tersebut. Kancil belum sampai lagi ke sana kerana ia merupakan Tanam Laut Negeri Sabah. Bukan senang nak masuk ke sana. Jika ada ingin melancong, jomlah singgah ke sini.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog Kancil 8349.
11 comments:
oooo...mcm tu, nama-namanya juga pelik
boleh snorkelling ke kat ctu
teringin sgt nk ke semporna.. bilakah agaknya...
ooo.. tapi cantik lah !
ha kan...org tua ke tu..mcm jin je...
pulau kat sana cantik kannnn :)
assalamualaikum kancil...cantik gambar pemandangan itu...:)
allah maha besar... indah ciptaan-NYA
pemandangan yg elok.ingin rasa hati swiming kat sana
KY Atie : nama pulau tu ada makna
The Malay Male : boleh...memang cantik tempat tu walaupun ndak pernah masuk lagi
Queen : jomlah datang melawat ke sini
Kesuma : hehehe...memang cantik
Knor : hehehe..ndak jin tapi pulau
Mrs Eady : betul tu...
Mas Zull : Waalaikumsalam...terima kasih
Alin : Alhamdulillah
Rusydi : jomlah ke sana
memang cantik pulau semporna.....
Post a Comment