Rakan Blogger

Monday, April 30, 2012

Blog Alyzafisol.Com Giveaway

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Tengah - tengah membalas blog rakan. Kancil terbaca satu entri mengenai GA nie. Rupanya rakan blogger nie sudah tag Kancil tapi mungkin dia lupa mahu maklumkan kepada Kancil mengenai GA nie. Ndak mengapa...Kancil sudah terbaca...Kalau ndak mungkin ndak ikut nie...hehehe. Terima kasih kepada rakan blog Dhiera.


So dalam GA nie ada syarat. Kancil kena tag tiga orang je. Berharap mereka bertiga sudi menyertai GA nie...Bagi sesiapa yang ingin serta secara sukarela. Klik je gambar di atas. Mereka bertiga yang bertuah ialah :

Mama Maszull

Eera Shera 

Aien

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Punca Traffik Minggu Keempat Bulan April 2012

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Minggu lalu, pelbagai cerita yang berlaku di sekolah namun tidak semua Kancil boleh postkan dalam  blog peribadi ini. Sebab sekolah ada blognya sendiri. Nanti ada yang tersalah fakta plak nanti. Hehehe...Dalam minggu lalu juga, tiada blogger yang tersenarai dalam list Kancil. Tenggelam dengan para pembaca senyap Kancil yang sering mencari gambar.

Apapun, keyword minggu lalu berubah lagi. Jangan terkejut dengan ejaan yang korang rasa salah. Bukan Kancil yang taip tapi Kancil copy dan paste. Memastikan keaslianya pencarian para pembaca. Jom lihat ;

melaka river cruise









enjin kancil 850








contoh sijil penyertaan









kawad kaki sekolah rendah abang ali









perkhemahan sk sungai ular 2012









senaman aerobik









gambar kereta kancil









hari polis di lahad datu sabah









ratu cintik seluruh dunia









sk.batu payung.tawau

Post yang paling banyak dilihat minggu lalu ialah ;


Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Sunday, April 29, 2012

Ke Majlis Perkahwinan C'Ayob Di Merotai Besar

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Minggu lalu, majlis nikahnya di Ladang Tiger. Kancil ndak dapat ikut bersama rakan lain sebab sudah penuh muatan. Minggu nie, dia buat di rumah bapanya di Merotai Besar Tawau. Kancil sekeluarga bercadang untuk datang ke majlis perkahwinannya.

Tepat pada pukul 2 petang, Kancil sekeluarga mula bergerak ke Merotai Besar. Lebih kurang 30 km jauhnya dari bandar Tawau. Dalam perjalanan, hujan turun dengan lebatnya. Bimbang di tempat majlis hujan juga. Tapi melihat langit dari arah Merotai Besar, kelihatan mendung je. Kancil membawa kereta dengan kelajuan 60 kmsj. Lebih berhati - hati.

Gen2Merah bersama rakan lain datang kemudian. Biasalah kalau orang bujang. Datang dengan rakan - rakan bujang. Kancil datang bersama keluarga. Sampai di Merotai Besar, berlaku kemalangan kecil di simpang masuk ke kampung C'Ayob. Kesian juga, keretanya rosak. Mahu tengok orang kahwin, keretanya pula jadi bahan tontonan. Kereta Myvi tu mahu ke majlis perkahwinan C'Ayob.

Sampai di perkarangan rumah pengantin, C'Ayob sudah mengangkat tangan di atas pelamin. Dia nampak kehadiran Kancil bersama keluarga. Tersenyum lebar Kancil melihat rakan blogger seorang nie. Kami tidak lama berada di majlis tersebut sebab bimbang keadaan cuaca yang hujan.

Lebih kurang 3.30 petang, Kancil sudah kembali ke Batu 2 Jalan Apas Tawau. Walaupun singkat masa di sana namun dapat memeriahkan majlis rakan Kancil. Insya Allah, Selasa nie berjumpa. Main badminton bersama - sama. Teringat beberapa minggu lalu sebelum beliau nikah. Pelbagai persoalan yang diajukan kepada Kancil. Alhamdulillah, beliau sudah sah menjadi suami orang.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : tinggal Gen2Merah lagi...agak - agaknya dia bila?

Sejarah Merupakan Pengalaman Kita

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Kancil akui ramai yang bencikan mata pelajaran sejarah di sekolah. Kerana ia satu subjek yang memerlukan daya ingatan yang tinggi malah pemahaman yang mendalam. Bagi mereka yang ndak suka, mereka lebih percaya pada fakta sekarang berbanding melihat atau membaca fakta sebelumnya. Mengapa?

Semua kerana malas untuk membuang masa. Malas untuk  berfikir malah malas untuk membuang tenaga mengkaji sesuatu sejarah. Bagi mereka tidak perlu untuk pandang ke belakang dan mesti pandang ke hadapan. Tempuhi semua tanpa mengatur strategi yang baik dan tersusun. Lebih - lebih lagi mereka yang cetek pemikiran dan tidak luas pengalaman. Mudah sangat dipermainkan oleh golongan yang inginkan kepentingan mereka.

Pernahkah kita terfikir mengapa sesuatu peraturan dibuat? Apa sebab dan mengapa kita mesti mengikutinya. Kita hanya tahu membantah semua peraturan itu salah dan susahkan kita. Tapi dengan ada peraturan ini, ia membantu kita sebenarnya. Tapi ada orang kisah dengan sejarah sesuatu peraturan. Ini baru peraturan belum lagi sejarah sesuatu kisah yang berlaku di Malaysia.

Bagi kita generasi muda, buat apa kita mahu sibuk dengan masalah orang lain yang suka susahkan orang lain. Mereka lebih gembira bila kita membantu tapi bila mereka berjaya. Kita di mana nanti? Alangkah elok jika kita melihat sahaja. Utamakan apa yang penting. Kita belum ada duit dan pekerjaan seperti mereka. Buat apa kita mahu ikut mereka? Fikirlah sendiri...

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Saturday, April 28, 2012

Pengalaman Pertama : Unit Kecemasan Hospital Tawau

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Entri ini sepatutnya Kancil post pada hari Jumaat namun disebabkan masa ndak mengizinkan pada hari tersebut. Maka malam nie barulah Kancil postkan. Kebetulan baru rasa lapang sedikit disebabkan pening dengan pelbagai kerja yang perlu diselesaikan. Lebih - lebih lagi minggu anti dadah yang telah berlangsung minggu lalu.

Seperti hari - hari Jumaat lalu, kebanyakan guru lelaki akan lewat sampai ke sekolah. Hanya Kancil seorang je lelaki yang datang awal sebab jarak rumah ke sekolah hanya 4 km je. Setiba di sekolah, Kancil terus masuk ke bilik guru untuk menyimpan beg laptop dan tools Kancil. Seorang guru perempuan terus berkata kepada Kancil ;

"Cikgu! Bawa dia ke hospital. Teruk luka di kepalanya"

"Bila lagi nie?" Kancil bertanya.

"Baru je. Dia terjatuh di kawasan tandas. Tapi ndak pasti di bahagian mana."

"Okaylah! Saya mahu melapor diri dulu sebelum saya pergi ke hospital."

Melihat pada wajah budak lelaki tahun 3, dia kelihatan bersahaja dan tidak seperti merasa kesakitan. Walaupun luka di atas keningnya agak besar. Darah kering atas bajunya. Kami sedia maklum mengenai budak ini. Murid yang nakal dan suka berlari ke sana sini. Walaupun dilarang berulang kali. Namun tidak berkesan ke atas dia. Mungkin dengan kejadian ini menjadi pengajaran untuk beliau. Kebetulan Kancil bertugas pada minggu nie dan menjadi tanggungjawab Kancil untuk membawanya ke hospital.

Setelah melapor ke pejabat PK dan memaklumkan kepada PK Petang, Kancil terus membawa budak tersebut ke hospital. Dalam perjalanan, pelbagai persoalan yang bermain difikirkan Kancil. Nak tahu apa? Kancil bimbang bapa budak nie akan menyalahkan pihak sekolah dan lebih teruk lagi Kancil dimarahi di hadapan orang ramai ketika berada di hospital nanti. Apapun, Kancil berdoa ia tidak akan berlaku sedemikian.

Sampai je di Unit Kecemasan, Kancil terus membawa budak tersebut ke dalam bilik kecil di mana budak tersebut akan diperiksa tahap kecederaannya. Lepas itu, Kancil masuk semula ke dalam kereta dan mencari tempat letak kereta yang sesuai. Jumpa parking kereta, Kancil kembali ke unit kecemasan. Inilah pengalaman pertama Kancil membawa budak cedera ke hospital. Sebelum nie ada guru yang buat. Kebetulan Kancil yang kena.

Pegawai yang bertugas memaklumkan kepada Kancil bahawa luka murid tersebut akan dijahit. Mungkin dua atau tiga jahitan. Lebih kurang 15 minit, ibu bapa murid tersebut sampai di unit kecemasan. Kancil hanya mendiamkan diri melihat anak beranak berbual. Emaknya yang kelihatan lebih risau berbanding dengan anak yang cedera dan bapanya.

Kancil memberi kertas nombor kepada emaknya dan meminta izin daripada keluarga tersebut untuk kembali ke sekolah. Alhamdulillah, tiada perkara yang tidak baik berlaku. Semuanya berjalan lancar. Sampai di sekolah, rakan - rakan sejawatan menanti kedatangan Kancil. Ingin mengetahui cerita sebenar yang berlaku di hospital. Kancil pun ceritalah perkara yang sama. 

"Nasib juga kau ndak kena marah. Bapanya tu suka salahkan guru padahal anaknya yang salah" kata seorang rakan guru.

"Saya katakan ia terjadi sebelum loceng berbunyi. Kebetulan ramai guru belum sampai di sekolah" 

Apapun, lega juga kami sebab kami sudah menjalankan tugas. Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Friday, April 27, 2012

Rahsia Pemberian Lelaki Kepada Perempuan

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
✔ JAM TANGAN → Tanda mengingati setiap masa dan waktu,
✔ CINCIN → Tanda ikatan kasih yang abadi,
✔ GELANG → Tanda mesra,
.✔ RANTAI LEHER → Ikatan cinta yang perlu perhatian,
✔ SUBANG → Tanda penghargaan dan penghormatan,
✔ KASUT → Sentiasa mengambil berat/prihatin,
✔ PAKAIAN/KAIN → Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu,
✔ PAYUNG → Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi,
✔ MINYAK WANGI → Tanda cinta,
✔ BINGKAI GAMBAR → Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan,
✔ BUKU → Bersifat terbuka dan bertolak ansur,
✔ BUNGA → Tanda perkenalan dan tanda sayang,
✔ COKLAT → Semanis cintamu,
✔ LAGU/CD/KAD UCAPAN → Mengabadikan cinta dan kenangan,
✔ SEJADAH DAN AL-QURAN → Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat,
✔ HANDPHONE → Tandanya kau jangan lari dari ku!! Aku akan mencari mu walau dimanapun (melainkan kalau handphone itu ditutup),

Tetapi hadiah yang paling di nanti²kan oleh setiap perempuan adalah..

♥ ♥ MASUK MEMINANG dan NIKAHI dia → Tandanya dia serius n betul² ikhlas mencintai kamu.. :))
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Perlukah Kita Kecewa?

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Sesiapa di antara kita pernah mengalami kekecewaan tidak kira dari segi perhubungan mahupun pergaulan antara individu dan masyarakat. Namun kita dapat hadapi dengan baik apabila kita berada di dalam keadaan yang tenang. Bila kita kecewa timbul perasaan marah yang mana kita akan mengeluarkan kata - kata tidak puas hati mengikut tahap kekecewaaan kita.

Tujuan sebenar, meluahkan apa yang tersimpan di dalam hati. Ndak salah sebenarnya namun kekadang ada yang terlepas cakap sehingga menyinggung perasaan orang lain. Kita bercerita , orang lain yang terasa. Kalau tukang cerita jenis ego tinggi, ikut suka hatinya, memang ada yang seksa. Kalau pendengar jenis faham mungkin dia pendam perasaan untuk menjaga hati kawan. Walaupun dia tersinggung. Pernahkah kamu mengalaminya?

Jika pernah, bagaimana anda memahami situasi rakan anda? Mengapa anda dapat memahami keadaannya pada masa tersebut? Kenapa pula anda dapat bertahan mendengar luahan hatinya sedangkan anda mempunyai kerja yang lebih penting? Persoalan demi persoalan bermain sekarang. Jawab wahai rakan bloggerku?

Mungkin ada di antara kamu telah menyelami situasi dan telah lama memahami sikap dan sifat rakan anda. Mungkin juga anda memahami bahawa dia memerlukan rakan yang memahami situasinya. Dan mungkin dia rakan anda yang sama - sama susah, sama - sama senang. Betul kan? Jika ada jawapan lain. Tolong Kancil jawabkan.

Sebenarnya, persoalan sebegini jika kita adaptasikan pada perjalanan pekerjaan seseorang mungkin kita memahaminya. Namun ada yang buat macam tu? Tidak sebab bukan rakan saya dan ia tidak penting untuk saya fikir? Tapi mengapa perlu kita menghukum seseorang tanpa kita mengetahui perkara atau masalah sebenar? Tidak mengetahui asal usul cerita seseorang. Sebab kita malas untuk berfikir. Rela kita kecewa daripada memahami situasi seseorang, betul kan?

Alangkah bagus jika kita berfikir berada di dalam situasi seseorang. Jika saya berada di situasi orang tersebut, mampukah saya menanganinya? Bagaimana saya menghadapi masalah sama seperti dia? Apakah tindakan yang perlu saya buat? Cubalah fikir sejenak tentang apa jenis pekerjaan yang anda anggap paling senang, kerja setengah hari, cuti pula banyak malah gaji pun besar. Pernahkah kamu terfikir jika berada di situasi sebenar?

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Thursday, April 26, 2012

Jawapan Wordless Wednesday 35

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Kalau orang tengok gambar pun rata - rata sudah mengetahui rekabentuk bangunan di atas. Cuma ada yang tidak mengetahui. Mungkin mereka tidak mengetahui rekabentuk baru. Biasalah kalau sudah lama meninggalkan alam belajar nie. Hehehe...Gambar di atas tersebut merupakan sekolah pulau. Ia terletak di pinggir pantai.

Nama sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Pulau Mabul. Guru besarnya merupakan bekas guru besar SK Batu Payong (bekas guru besar Kancil dan Gen2Merah). Kancil ndak  sempat tanya keadaan sekolah tersebut kerana datang ke sana time cuti hujung minggu. Ambil gambar je masa tu. Kawasan sekolahnya kecil namun banyak kemudahannya. Mungkin disebabkan dasar kerajaan.

Tengok je lantai sekolah tersebut. Tulah pasir pantai yang putih. Depan gambar nie merupakan pentas dan Kancil ndak pasti di mana mereka berhimpun. Yang ada tangki air nie, belakangnya merupakan rumah guru. Tu je yang Kancil dapat kongsikan. 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, April 25, 2012

Wordless Wednesday 35

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia. 

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Tuesday, April 24, 2012

Kebimbangan Melanda Dalam Tempoh 10 Tahun Akan Datang

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Ada orang yang masih risau dengan kenangan masa lalu. Risau sehingga menganggu emosi mereka. Ada orang plak risau dengan kerjaya orang lain sebab gaji tinggi dan senang padahal kerja sendiri pun tidak terurus. Lain plak halnya yang suka mencari pasal. Kira dia risau kalau - kalau orang ndak kenal dengan dia. Tapi siapa di antara kita yang risau tentang masalah 10 tahun akan datang. Berpunca pada hari ini dan sebelumnya. 

Mungkin ada yang risau tapi tidak kesemuanya. Bilangan mereka boleh dikira menggunakan jari. Selebihnya risau dengan masalah yang berkait peribadi yang mana mereka tidak memikirkan masalah orang lain. Bagi mereka ia bukan masalah mereka pun. Dalam konteks ini, Kancil menumpukan perhatian kepada dunia pendidikan. Belum bidang lain lagi.

Rasanya tidak ramai mengetahui bebanan kerja guru. Bagi mereka ia merupakan pekerjaan yang paling senang dengan gaji yang lumayan malah bekerja pun hanya setengah hari. Tengok senanglah tapi memikulnya korang ndak rasa. Kecewa sedikit apabila ada manusia yang mempertikaikan hak guru sedangkan ramai yang tidak mengetahui bahawa beberapa hak guru dinafikan seperti kerja lebih masa dan dituduh tanpa pembelaan. 

Lebih teruk jika urusan sekolah dicampur tangan oleh pihak ibu bapa yang sering menganggap anak mereka baik. Itu di rumah, kalau di sekolah jadi samseng sekolah, murid bermasalah dan pembuli. Ramai bising dengan gaji dan masa kerja guru sedangkan guru tidak bising pun dengan kerja mereka yang lebih senang sebab mereka bekerja mengikut mood dan bukan mengikut masa (tidak semuanya).

Namun, ramai yang tidak pernah risau tentang masalah disiplin, sahsiah dan akademik anak murid di sekolah. Melainkan guru - guru di sekolah. Mereka berusaha untuk membentuk  anak - anak nie menjadi insan yang berguna kepada agama, masyarakat dan negara. Sedang mereka melangkah, mereka diganggu oleh manusia yang dengki dengan usaha mereka. Dengki dengan gaji dan masa kerja mereka. Alangkah bagus jika mereka sama - sama membantu dan bukan menjatuhkan..

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s entri ndak dapat dibuat sepenuhnya sebab ada kerja penting...

Monday, April 23, 2012

Punca Traffik Kancil 8349 Minggu Ketiga Bulan April 2012

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Alhamdulillah, barulah ada rakan blogger yang menyumbang dalam traffik blog Kancil. Sangat - sangat bersyukur dengan kehadiran mereka. Terima kasih banyak buat kepada mereka. Jomlah kita kenal siapa mereka.



Walaupun dua orang tapi ia membuat Kancil rasa gembira. Thanks to them. Jom kita lihat keyword minggu lalu. Tentunya berubah lagi...hehehe

regatta lepa lepa










make up kancil 660










contoh sijil penyertaan










hari polis di lahad datu sabah










kadet remaja sekolah










lepa-lepa semporna










pentas majlis










sambulayang kaum bajau










sijil penyertaan pertandingan










sungai ular sebatik
 
Dah tengok keyword. Kita jelajah plak entri yang paling popular minggu lalu ;


Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Sunday, April 22, 2012

Selamat Penganti Baru Buat Rakan Blogger C'Ayob

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Tentu ramai yang mengenali rakan blogger kita nie. Klik dekat sini. Kancil mengenali rakan blogger nie melalui Gen2Merah. Untuk makluman, Kancil lebih awal mempunyai blog tapi C'ayob mempunyai kelebihan tersendiri. Sebenarnya, beliau merupakan rakan sepermainan badminton Kancil begitu juga dengan Gen2Merah. 

Semalam merupakan hari istimewa buat beliau. Kancil ndak dapat ikut sebab tiada kenderaan ke sana. Hanya Gen2Merah dan beberapa orang rakan yang dapat pergi. Sebab dorang menaiki kenderaan Pacuan 4 roda. Kancil terlambat maklum untuk menyertai mereka. Kawasan pengantin perempuan tersebut adalah kawasan ladang dan sukar kenderaan kecil mahu lalu. Nama kawasan tersebut Ladang Tiger.

Minggu depan, beliau akan membuat majlis di rumahnya di Merotai. Hehehe...Kancil dapat tengok kawan blogger kahwin. Doakan beliau.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil

Friday, April 20, 2012

Jawapan Daripada Wordless Wednesday # 35

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Memang cantik kan gambar di atas tu. Tapi sebenarnya Kancil ingin mengambil gambar Pulau Sipadan yang suatu ketika dulu menjadi rebutan antara dua buah negara iaitu negara kita sendiri dan negara Indonesia. Memang cantik pulau nie, malah merupakan pulau yang tercantik di dunia.

Kami ndak dapat pergi ke Pulau Sipadan sebab ia kawasan larangan. Kena minta izin dengan pihak polis dulu. Itu pun hanya 80 orang sehari je yang boleh masuk ke kawasan tersebut. Untuk makluman rakan - rakan blogger, pulau nie berbentuk cendawan ataupun payung. Bila - bila masa sahaja akan tenggelam. Sebenarnya, dasar laut di kawasan perairan ini adalah deras. Sebab itu ia makin terhakis. 

Untuk menggelakkan kemalangan jiwa, maka wujud peraturan seperti nie. So, Kalau nak gi Pulau Sipadan kena singgah dulu gi Pulau Mabul. Apapun jika ia berlaku, maka rugilah negara kita. Kehilangan mutiara yang berharga. 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349

Thursday, April 19, 2012

Kisah Seram Di Malam Perkhemahan Di SK Batu Payong

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hari Selasa lalu, Kancil sudah berjumpa dengan Gen2Merah untuk memastikan cerita seram yang dilalui oleh beliau bersama guru - guru praktikum. Sebelum kami bermain badminton, beliau menceritakan pengalaman pertama beliau semasa perkhemahan UB di sekolah mereka. Nak taw ceritanya, jomlah baca;

Petang Sabtu, Gen2Merah telah mengambil keputusan untuk mandi di tandas pra sekolah. Sebelum beliau mandi, beliau meminjam sabun dan ubat gigi daripada guru - guru perempuan praktikum. Selesai mandi, giliran guru - guru perempuan plak yang masuk ke bilik tandas. Gen2Merah kembali ke bilik pemulihan beliau. Beberapa minit kemudian, guru - guru perempuan tersebut menemui Gen2Merah. Mereka berkata bahawa mereka terasa diganggu oleh sesuatu.

Akibat situasi tersebut, mereka lupa untuk menguncikan pintu pra sekolah tersebut. Lebih kurang pada pukul 9 malam, semasa waktu rehat malam kebudayaan. Gen2Merah telah diajak oleh guru - guru perempuan untuk membantu mereka mengunci pintu pra sekolah tersebut. Semasa Gen2Merah cuba mengunci pintu grill, kedua - dua guru perempuan berpelukan antara satu sama lain. Membuatkan Gen2Merah merasa seram sejuk. Tiba - tiba ;

"Tidurlah wahai anakku...tidurlah wahai anakku"

Berdiri bulu roma Gen2Merah mendengar suara perempuan menyanyi tidak jauh dari tempat mereka bertiga berdiri. Kedua - dua guru perempuan sudah mengigil ketakutan apatah lagi Gen2Merah. Beliau sendiri terasa bahawa ada perempuan menyanyi di tepinya. 

"Jangan kamu dua takut. Tenang!" sambil cuba mengunci pintu grill tersebut. Gen2Merah cuba berkelakuan tenang kerana berkeyakinan bila tenang kerja akan mudah. Setelah berjaya mengunci pintu tersebut, mereka bertiga beredar dari tempat tersebut tanpa menoleh tempat suara tersebut.

Menurut Gen2Merah, itulah pengalaman pertama beliau dan nasib tiada perkara tidak baik berlaku pada malam tersebut. Rasa panik juga katanya namun masih bersikap tenang. Kalau Kancil, mungkin sudah lari lintang pukang...hehehe....

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : Gen2Merah kirim salam kepada semua rakan blogger yang bertanya pasal beliau. Pesannya, Insya Allah bulan 5 nie dia aktif berblog. Iaitu 9hb 5, time hari jadi beliau. 

Wednesday, April 18, 2012

Wordless Wednesday # 35

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

 
Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : Insya Allah Kancil akan buat entri mengenai kisah seram yang dilalui Gen2Merah

Tuesday, April 17, 2012

Menyibuk Ke Program Perkhemahan Unit Beruniform SK Batu Payong, Tawau

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Pada hari Jumaat lalu, Gen2 Merah memaklumkan kepada Kancil bahawa sekolah mereka mengadakan program perkhemahan. Kalau ada kelapangan, datanglah ke sekolah katanya kepada Kancil. Beliau mencadangkan datang pada malam kebudayaan iaitu malam Sabtu. Kancil berjanji kepada beliau akan turun untuk menyaksikan program tersebut.

Pada malam Sabtu, Kancil menerima mesej daripada Gen2Merah berbunyi

"Ums, murid2mu menanya2 pasal ko di perkhemahan nie. Rindu dorang. Hehehe"

Rupanya Kancil terlupa pasal program tersebut. Sudah pukul 8 malam. Apa lagi, Kancil bersiap dan bergerak ke SK Batu Payong. Isteri Kancil berpesan supaya berhati - hati di tengah jalan. Inilah kali pertama Kancil bergerak pada waktu malam ke Kampung Batu Payong. Dalam perjalanan, Kancil terserempak dengan kereta peronda polis.  Begitu juga penduduk kampung masih berlegar - legar di perhentian bas. Rupa - rupanya ada kes bot kena curi. Bot tu sudah masuk ke kawasan Indon.

Sampai di SK Batu Payong, Kancil terus jumpa beberapa bekas rakan sejawatan di tempat memasak. Kebetulan tempat tu yang paling depan. Setelah bersalaman dan bercerita, Kancil pun mula bergerak ke tempat acara. Beberapa orang murid, menyebut nama Kancil. Apa lagi, terganggu sedikit acara malam tu. Hehehe....dalam masa yang sama mencari kelibat Gen2Merah.

Beliau sibuk mengambil gambar. Kancil hanya memerhati acara berlangsung. Rupanya, pertandingan malam kebudayaan baru bermula. Kira beruntung Kancil. Gen2Merah menyedari kehadiran Kancil. Kami berbual dan beliau mengusik kepada Kancil  berani datang ke sana pada waktu malam. Mahu menakut - nakutkan Kancil sebenarnya. Hehehe...dia lupa bahawa Kancil sudah biasa berjalan malam antara Tawau ke Kota Kinabalu. Nie kan pulak Tawau ke Batu Payong yang hanya 20 km.

Semasa waktu rehat, beberapa orang murid menegur Kancil. Ada yang menegur bahawa Kancil sudah berisi, tidak ingat sama mereka dan lama tidak datang menemui mereka. Kancil akui mereka rindu dengan Kancil. Namun Kancil sudah berada di sekolah lain dan memberi tumpuan tugas kepada sekolah tersebut. Ada juga bekas murid sekolah yang hadir dalam perkhemahan tersebut. Mereka pun bertanya soalan yang sama. Mengapa Kancil dipindahkan? Bukan kehendak Kancil sebenarnya tetapi arahan.

Tempat pada pukul 10.30 malam, Kancil mahu balik ke rumah. Gen2Merah mengajak agar berkonvoi balik. Beberapa orang guru perempuan yang mempunyai kenderaan sendiri pun mahu ikut berkonvoi. Mereka mencadangkan Kancil di hadapan dan  Gen2Merah di belakang. Gen2Merah berpesan jangan bawa laju. Semasa dalam perjalanan, Kancil terlanjak bawa laju. Akhirnya menunggu mereka.....hehehe...terbiasa sebenarnya. Kami membawa hanya 40 kmsj. Apabila sampai di Jalan Apas, apa lagi Kancil terus memecut laju dan diikuti oleh Gen2Merah.

Rupanya, ada kisah seram berlaku di SK Batu Payong. Patut pun mereka mahu berkonvoi. Hehehe...dah tu mereka bukan bagitau dekat Kancil pun. Kancil dapat taw bila baca FB sekolah. Apapun, Kancil rasa gembira dapat melihat perkhemahan UB di SK Batu Payong. Masih merindui sekolah tersebut. Walaupun hanya 7 bulan mengajar di sana. Murid - muridnya masih merindui Kancil

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Monday, April 16, 2012

Punca Traffik Kancil 8349 Minggu Kedua Bulan April 2012

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke  blog Kancil 8349.

Untuk minggu lalu, hanya seorang blogger je yang menyumbang traffik blog Kancil. Walaupun, blogger tersebut menyepi namun ia masih memainkan peranan tersendiri. Syukur memiliki sahabat sepertinya. Tentu ada yang tercari - cari ke mana beliau. Beliau masih ada namun sibuk dengan kerja yang diamanahkan oleh beliau. Insya Allah masa terdekat beliau akan muncul. 


Nampaknya, keyword minggu lalu berubah lagi. Ada yang lucu. Nak tengok, bacalah sendiri

contoh sijil










contoh sijil penyertaan










contoh sijil hari penyampaian hadiah










cerita hantu di sk st patrick










contoh sijil kolej










felda sahabat 16










gadis sukan sekolah










gambar kereta caldina










isi kandungan folio










menyapa animasi
 
Post popular minggu lalu :

Persiapan Akhir Majlis Tilawah Al - Quran Sekolah - Sekolah Peringkat Zon Bandar Selatan Tawau

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Sunday, April 15, 2012

Percutian Di Pulau Mabul # 4

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Tepat pada pukul 6 pagi, isteri dan anak pertama Kancil bersama adik - adik Kancil mandi di jeti Ketua Kampung. Manakala Kancil ndak larat dan menjaga anak kedua Kancil yang masih dibuai mimpi. Tidak sampai setengah jam, Kancil dikejutkan oleh bunyi deringan telefon dari bilik sebelah. Disebabkan itu juga, anak kedua bangun. Memandangkan dia bangun, Kancil membawanya ke jeti Ketua Kampung.

Apa lagi, kami pun bersama - sama mandi ke laut. Kali nie airnya sejuk membeku walaupun matahari sudah menampakkan bahangnya. Kancil ndak lama mandi, sebab mahu bersiap untuk pergi memancing lagi. Lebih kurang 8 pagi, kami semua bergerak meninggalkan Pulau Mabul. Laut bergelora pada ketika itu, awan hitam berada di atas Pulau Siamil. So, keadaan di laut adalah mendung. Memudahkan kami memancing.

Lebih setengah jam bot bergerak, akhirnya kami berhenti di tengah lautan. Tempat pertama tiada hasil yang kami dapat. Kami bergerak di suatu tempat. Sama juga. Sehingaa empat kali kami berpindah tempat. Kancil melihat anak  - anak dan isteri Kancil. Nampaknya mereka kepenatan dan mereka tertidur di atas bot. Kami masih tidak puas hati dan mengharapkan hasil yang lumayan. Akhirnya, kami mendapat beberapa ekor ikan. Dekat 20 ekor kami dapat

Lebih kurang 1 tengahari, kami bergerak pulang ke pekan Semporna. Masa nie, Kancil mengambil peluang untuk melepaskan penat dan meminta isteri menjaga anak - anak kami. Tahulah, kanak - kanak kecil, mereka tidak tahu bahaya berada di atas bot. Hampir 2 jam Kancil tidur di atas bot. Ketika itu, bot kami melalui kawasan pembinaan jambatan antara Pekan Semporna dan Pulau Bum Bum. Rupanya sudah memulakan pembinaan.

Tepat pada pukul 4 petang, kami sampai di pelabuhan Kastam Safma di Semporna. Memandangkan kereta Kancil terletak di Taman Semporna Centre, Kancil meminta, bapa Kancil bawa ke sana. Kemudian ke Kampung Ubian. Lebih kurang 5 petang, kami bergerak pulang ke Tawau. Sebenarnya bapa Kancil meminta kami tidur di rumah untuk malam tersebut. Tapi Kancil memaklumkan bahawa kami ada urusan pada esok pagi.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Friday, April 13, 2012

Percutian Di Pulau Mabul # 3

Assalamualaikum, Salam Jumaat dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Sambung balik cerita kita pasal percutian Kancil di Pulau Mabul. Kali nie aktiviti memancing pada waktu malam. Tepat pada pukul 8 malam, bot mula bergerak jauh dari Pulau Mabul. Seramai 9 orang berada di atas bot tersebut. Waktu malam tersebut, diterangi sinar bulan. Sehinggakan dasar laut kelihatan. Indah sungguh ciptaan Tuhan.

Sampai satu tempat, bot kami naiki berhenti di tengah lautan. Apa lagi, kami teruskan perjuangan kami. Tidak sampai 2 minit, Kancil orang pertama mendapat ikan. Entah apa nama ikan tu sebab samar - samar. Sambil - sambil kami memancing, kedengaran orang menyanyi di Pulau Mabul. Pelbagai lagu kami dengar. Tidak kira Cina, India, Melayu dan Inggeris. Lagu Kari Adabi pun dorang nyanyi.

Tepat pada pukul 12 tengahmalam, bot kami bergerak menuju ke perairan antara tiga pulau. Iaitu, Mataking, Kapalai dan Mabul. Sepanjang perjalanan, Kancil rasa kagum melihat dasar air laut yang boleh dilihat terus dengan bantuan cahaya bulan. Walhal, ia agak dalam. Kalau siang, mesti ndak dapat lihat. Kalau korang tengok pun mesti terpegun.

Tepat pada pukul 1 tengahmalam, kami meneruskan aktiviti memancing kami. Nampaknya, kami tidak dapat sebarang hasil berada di sana. Kebetulan angin kuat. Bergerak sedikit ke hadapan. Kali nie ada 4 ekor kami dapat. Tunggu punya tunggu dan kebetulan semua pun dah mengantuk. Pak Cik Kancil mengajak kami kembali ke Pulau Mabul. 

Sepanjang perjalanan balik, hanya Kancil dan pemandu bot tu je yang berjaga. Yang lain sudah dibuai mimpi. Kancil kena berjaga sebab menjaga laluan dihadapan kalau - kalau terlanggar air cetek. Tepat pada pukul 4 pagi, kami tiba di jeti rumah ketua kampung. Kancil terus ke bilik dan tidur.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : tiada gambar diambil pada waktu malam sebab ndak bawa handset.

Thursday, April 12, 2012

Percutian Di Pulau Mabul # 2

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Entri lalu, Kancil cerita mengenai perjalanan kami menuju ke Pulau Mabul. Lebih kurang 3 jam perjalanan di lautan. Kali nie, cerita di atas Pulau Mabul. Bersama dua orang sepupu, kami berenang dan berjalan menuju ke pantai Pulau Mabul. Berdekatan di pantai tersebut, ada pos pengawal polis. Kancil tidak membawa handset Kancil untuk mengambil gambar ketika ke pantai.

Kami merancang untuk mencari SK Pulau Mabul. Ia terletak tidak jauh dari tempat kami mendarat. Kami melalui kawasan perkampungan nelayan. Cantik dan indah. Tidak sangka, banyak gerai dan kedai runcit di kawasan tersebut. Lebih kurang 10 minit perjalanan, kami tiba di perkarangan sekolah tersebut. Lalu kami menegur seorang gadis yang duduk di beranda. Bertanya mana rumah ketua kampung.

Rupanya, rumah ketua kampung terletak di hadapan kawasan sekolah SK Pulau Mabul. Tidak lama kemudian, pak cik Kancil datang dan meminta kami membawa bot tersebut ke kawasan sekolah. Apa lagi, kami berjalan sekali lagi ke tempat di mana kami mendarat tadi. Nasib juga air sudah naik. Mudahlah bot tersebut berlabuh di pinggir pantai. Kancil lah yang menunjukkan jalan ke kawasan sekolah tersebut.

Sampai di jeti rumah ketua kampung, kami terus memunggah barang - barang dari kapal ke rumah ketua kampung. Pak Cik Kancil memberitahu bahawa aktiviti memancing waktu malam akan bermula selepas solat isyak. Siapa yang lewat, tinggal di rumah. Hehehe...tapi kami terus terjun ke laut. Bermandi manda. Ingatkan air laut sejuk, rupanya panas. Sebenarnya, di dasar laut sejuk cuma di atas je yang panas. Kalau nak sejuk, terpaksa menyelam. Tahan ke?

Nanti kita sambung pasal aktiviti memancing pada waktu malam. Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Mahu baca cerita sebelum nie : klik di sini

Jawapan Daripada Wordless Wednesday # 34

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Tentu korang terliur tengok ikan panggang di atas nie. Hehehe...sedap. Kancil yang bakarkan sendiri. Ini adalah hasil tangkapan Kancil bersama bapa Kancil beberapa minggu lalu. Macam kata blogger Santri, memang betul ia ikan kerisik. Dekat 50 ekor ikan kami dapat dalam tempoh 1 hari di laut. Tapi masih ingat kata bapa Kancil, rezeki kita kurang pada hari itu.

Dari kecil, Kancil sudah diajar untuk membakar ikan. Cara menghidupkan api, susunan kayu dan cara ikan dipanggang. Semua nie diajar oleh bapa Kancil sendiri. Kancil lebih suka ikan yang dibakar menggunakan kayu berbanding di kuali. Gambar nie diambil di halaman rumah  sewa Kancil di Batu 5 Taman Kinabutan Ria, Tawau.

Isteri Kancil ndak sangka yang Kancil nie pandai panggang ikan. So, dia gembira kalau dapat makan ikan bakar. Cuma ada masalah kalau hidup di bandar nie. Kayu api susah nak dicari. Kalau di daerah Semporna, masih ada lagi yang menjual kayu api. Kalau tidak silap 20 tahun lalu, satu ikat 50 sen. Sekarang nie ndak pasti. Kalau guna arang plak, Kancil ndak suka. Entah mengapa. Cerewet plak...hehehe.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, April 11, 2012

Percutian Di Pulau Mabul # 1

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Entri hari tu, Kancil ada minta pandangan rakan - rakan mengenai Pulau Mabul. Terima kasih kepada semua rakan yang sudi memberi pandangan kepada Kancil. Kancil rasa gembira dan terharu membacanya. Tulah orang kata, kita mampu merancang tapi Tuhan yang juga menentukannya.

Pada hari Jumaat, Kancil sudah maklumkan kepada sepupu Kancil bahawa Kancil mungkin tidak dapat menyertai mereka. Agak kecewa sedih nada sepupu Kancil. Atas cadangan isteri Kancil, beliau minta Kancil sendiri yang pergi. Lagipun, ia merupakan salah satu hobi Kancil ke laut. Iaitu memancing ikan. Hehehe...

Pada pukul 5 pagi hari Sabtu, Kancil sudah bersiap untuk bergerak ke daerah Semporna. Tiba - tiba, isteri Kancil mengemas barang pakaian dan dimasukkannya ke dalam beg besar berwarna merah. Katanya kepada Kancil, peluang hanya sekali. Mahu juga tengok macam mana rupa pulau tu. Hati Kancil gembira. Apa lagi, Kancil membantu mengemas. Selesai, Kancil kejutkan anak - anak Kancil. Kancil sendiri mandikan mereka.

Lebih kurang 6 pagi, kami sekeluarga berangkat pergi ke daerah Semporna. Sepanjang perjalanan, kami menerima berita baik. Adik - adik Kancil ikut sama ke Pulau Mabul. Tersenyum lebar kami berdua. Kancil akui, adik - adik Kancil suka pada anak - anak Kancil. Inilah peluang mereka bersama - sama.

Lebih kurang 8 pagi, kami tiba di jeti Kastam Safma Semporna. Masa tu, semua sudah berkumpul. Kecuali beberapa orang sepupu Kancil yang masih berada di rumah mereka. Isteri Kancil takut kerana inilah kali pertama beliau ikut sama dengan Kancil ke laut luas. Kancil yakinkan bahawa ia selamat. Walhal, Kancil bimbang akan keselamatan anak - anak Kancil. Tapi mereka kena biasa sebab Kancil orang laut. Lebih kurang 9 pagi, bot kami bergerak menuju ke destinasi iaitu Pulau Mabul.

3 jam perjalanan menuju ke Pulau Mabul. Itu yang dikatakan oleh sepupu Kancil. Setiap kali, berselisih dengan mana - mana bot tidak kira bot nelayan atau bot laju. Ada sahaja tangan nie melambai - lambai ke arah bot tersebut. Kalau ikut bot laju, lebih kurang 40 minit sampai ke Pulau Mabul. Tepat pada pukul 12 tengahari, kami berhenti di tengah lautan. Rupanya, aktiviti memancing. Apa lagi, semua keluarkan pancing masing - masing.

Anak pertama Kancil, melihat gelagat Kancil sambil berteriak kepada Kancil ;

"Ayah! Tangkap ikan besar eya. Kita makan sama - sama"

Kancil mampu tersenyum sambil memasang umpan di mata kail. Sempat juga melihat wajah isteri yang sedikit mabuk laut. Kesian tengok wajahnya. Kancil minta dia tidur sekejap. Tidak sampai 5 minit, kami sudah mendapat hasil tangkapan lebih 20 ekor ikan. Sebab ada 8 orang yang memancing di atas bot tersebut.

Pada pukul 2 petang, tiada langsung hasil tangkapan kami. Seolah - olah minta kami ke Pulau Mabul dengan segera. Kebetulan, beberapa orang sudah mabuk laut termasuklah isteri Kancil sendiri. Anak - anak Kancil pula, tiada perasaan takut di atas bot tersebut. Kami yang dewasa bimbang melihat tingkahlaku mereka.

Tepat pada pukul 3 petang. Kami tiba di perairan Pulau Mabul. Belum turun lagi ke pantai. Sebab mahu makan tengahari. Lewat sikit makan sebab ketagih memancing tadi. Hehehe. Selesai makan, Kancil bersama beberapa orang sepupu, terus terjun ke laut. Kami berjalan dan berenang ke pantai Pulau Mabul. Setakat ini sahaja Kancil cerita kepada korang. Nanti sambung lagi.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...