Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Minggu lalu, majlis nikahnya di Ladang Tiger. Kancil ndak dapat ikut bersama rakan lain sebab sudah penuh muatan. Minggu nie, dia buat di rumah bapanya di Merotai Besar Tawau. Kancil sekeluarga bercadang untuk datang ke majlis perkahwinannya.
Tepat pada pukul 2 petang, Kancil sekeluarga mula bergerak ke Merotai Besar. Lebih kurang 30 km jauhnya dari bandar Tawau. Dalam perjalanan, hujan turun dengan lebatnya. Bimbang di tempat majlis hujan juga. Tapi melihat langit dari arah Merotai Besar, kelihatan mendung je. Kancil membawa kereta dengan kelajuan 60 kmsj. Lebih berhati - hati.
Gen2Merah bersama rakan lain datang kemudian. Biasalah kalau orang bujang. Datang dengan rakan - rakan bujang. Kancil datang bersama keluarga. Sampai di Merotai Besar, berlaku kemalangan kecil di simpang masuk ke kampung C'Ayob. Kesian juga, keretanya rosak. Mahu tengok orang kahwin, keretanya pula jadi bahan tontonan. Kereta Myvi tu mahu ke majlis perkahwinan C'Ayob.
Sampai di perkarangan rumah pengantin, C'Ayob sudah mengangkat tangan di atas pelamin. Dia nampak kehadiran Kancil bersama keluarga. Tersenyum lebar Kancil melihat rakan blogger seorang nie. Kami tidak lama berada di majlis tersebut sebab bimbang keadaan cuaca yang hujan.
Lebih kurang 3.30 petang, Kancil sudah kembali ke Batu 2 Jalan Apas Tawau. Walaupun singkat masa di sana namun dapat memeriahkan majlis rakan Kancil. Insya Allah, Selasa nie berjumpa. Main badminton bersama - sama. Teringat beberapa minggu lalu sebelum beliau nikah. Pelbagai persoalan yang diajukan kepada Kancil. Alhamdulillah, beliau sudah sah menjadi suami orang.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
p/s : tinggal Gen2Merah lagi...agak - agaknya dia bila?
16 comments:
assalamualaikum kancil....selamat pengantin baru buat pasangan mempelai...:)
slmt pengantin baru. pas ni giliran gen2 merah plak.. tp ndak boleh dtg..jauh bah haha
Lama tida balik merotai. Bhgn merotai mana tu majlisnya cigu?
oh..kwn rupanya dgn gen2merah~ =)
p/s: sy harap sgt dpt berblog semula tp keadaan tidak mengizinkan sekarang~ =/
mekasih sudi jenguk ya..terharu~
selamat pengantin baru buat mereka.saya kalau gi kenduri,mesti makin rasa tak sabar nak kwen.hehehe
rasa nak kawen gak..hehehe.....lum ade seru......
Maszull :
Waalaikumsalam mama...Amin
Eera :
terima kasih...hehehe...ucap dari jauh je
Simply Seoul :
eya ke...mesti rindu nie kan...sebelah Tanah Merah
SaL ljou :
hehehe...terima kasih
Arelan :
wah...mesti dah jumpa pasangan nie
Cik Lyndawawa :
hehehe...sabar...
selamat pengantin baru dari remy...moga berbahagia hendaknya....
remyhazza :
terima kasih
uhuhu..maka tinggal la sahabat Gen2Merah...
3no :
hehehe...tunggu dia nanti
Post a Comment