Rakan Blogger

Wednesday, April 11, 2012

Percutian Di Pulau Mabul # 1

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Entri hari tu, Kancil ada minta pandangan rakan - rakan mengenai Pulau Mabul. Terima kasih kepada semua rakan yang sudi memberi pandangan kepada Kancil. Kancil rasa gembira dan terharu membacanya. Tulah orang kata, kita mampu merancang tapi Tuhan yang juga menentukannya.

Pada hari Jumaat, Kancil sudah maklumkan kepada sepupu Kancil bahawa Kancil mungkin tidak dapat menyertai mereka. Agak kecewa sedih nada sepupu Kancil. Atas cadangan isteri Kancil, beliau minta Kancil sendiri yang pergi. Lagipun, ia merupakan salah satu hobi Kancil ke laut. Iaitu memancing ikan. Hehehe...

Pada pukul 5 pagi hari Sabtu, Kancil sudah bersiap untuk bergerak ke daerah Semporna. Tiba - tiba, isteri Kancil mengemas barang pakaian dan dimasukkannya ke dalam beg besar berwarna merah. Katanya kepada Kancil, peluang hanya sekali. Mahu juga tengok macam mana rupa pulau tu. Hati Kancil gembira. Apa lagi, Kancil membantu mengemas. Selesai, Kancil kejutkan anak - anak Kancil. Kancil sendiri mandikan mereka.

Lebih kurang 6 pagi, kami sekeluarga berangkat pergi ke daerah Semporna. Sepanjang perjalanan, kami menerima berita baik. Adik - adik Kancil ikut sama ke Pulau Mabul. Tersenyum lebar kami berdua. Kancil akui, adik - adik Kancil suka pada anak - anak Kancil. Inilah peluang mereka bersama - sama.

Lebih kurang 8 pagi, kami tiba di jeti Kastam Safma Semporna. Masa tu, semua sudah berkumpul. Kecuali beberapa orang sepupu Kancil yang masih berada di rumah mereka. Isteri Kancil takut kerana inilah kali pertama beliau ikut sama dengan Kancil ke laut luas. Kancil yakinkan bahawa ia selamat. Walhal, Kancil bimbang akan keselamatan anak - anak Kancil. Tapi mereka kena biasa sebab Kancil orang laut. Lebih kurang 9 pagi, bot kami bergerak menuju ke destinasi iaitu Pulau Mabul.

3 jam perjalanan menuju ke Pulau Mabul. Itu yang dikatakan oleh sepupu Kancil. Setiap kali, berselisih dengan mana - mana bot tidak kira bot nelayan atau bot laju. Ada sahaja tangan nie melambai - lambai ke arah bot tersebut. Kalau ikut bot laju, lebih kurang 40 minit sampai ke Pulau Mabul. Tepat pada pukul 12 tengahari, kami berhenti di tengah lautan. Rupanya, aktiviti memancing. Apa lagi, semua keluarkan pancing masing - masing.

Anak pertama Kancil, melihat gelagat Kancil sambil berteriak kepada Kancil ;

"Ayah! Tangkap ikan besar eya. Kita makan sama - sama"

Kancil mampu tersenyum sambil memasang umpan di mata kail. Sempat juga melihat wajah isteri yang sedikit mabuk laut. Kesian tengok wajahnya. Kancil minta dia tidur sekejap. Tidak sampai 5 minit, kami sudah mendapat hasil tangkapan lebih 20 ekor ikan. Sebab ada 8 orang yang memancing di atas bot tersebut.

Pada pukul 2 petang, tiada langsung hasil tangkapan kami. Seolah - olah minta kami ke Pulau Mabul dengan segera. Kebetulan, beberapa orang sudah mabuk laut termasuklah isteri Kancil sendiri. Anak - anak Kancil pula, tiada perasaan takut di atas bot tersebut. Kami yang dewasa bimbang melihat tingkahlaku mereka.

Tepat pada pukul 3 petang. Kami tiba di perairan Pulau Mabul. Belum turun lagi ke pantai. Sebab mahu makan tengahari. Lewat sikit makan sebab ketagih memancing tadi. Hehehe. Selesai makan, Kancil bersama beberapa orang sepupu, terus terjun ke laut. Kami berjalan dan berenang ke pantai Pulau Mabul. Setakat ini sahaja Kancil cerita kepada korang. Nanti sambung lagi.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349

26 comments:

cinnamon.com said...

sesekali lpskan penat lelah di sekolah..dgn buat aktiviti sendiri,mmg bestkan..

kak suka memancing..tapi dah tak ada peluang utk buat semua tu lagi..

dee said...

i wish. :)

fiqas said...

dulu selalu jugak ikut hubby g mancing, tp tak pernah dapat ikan besar...

Enjoy bercuti kat pulau mabul..

3no gr33ny said...

maka tiadalah aktiviti paling menyeronokkan selain bersama keluarga..apatah lagi sambil berlapang dengan hobi kita..moga keluarga sahabat Kancil senantiasa bahagia =)

Yumida said...

sronok nyer bercuti di situ...tompang gembira

Sunah Sakura said...

bestnya dapat cuti2 gi pulau...teringin juga nak ke pulau..huhuhu

Aishah Jahirah said...

pegi jugak ye hari tu...:) saya tak pasti saya ni mabuk laut ke x..hahaa.mesti cntk pemandangan kat pulau mabul tu kan.bestnya....

saffiya_aleesya @ echa said...

mesti best klu saya dpt ke pulau mabul ni..tengok airnya yan jernih ni pun terasa nak pergi!!

maszull said...

assalamualaikum kancil...akhirnya isteri kancil ikut juga yer mesti sekeluarga seronok bercutikan...:)

[sutera kasih] said...

bestnya kancil dh sampai d pulau mabul :)

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

besnyer (^___^) singgah lagi..hohoho

Mrs Lurve said...

mabul island...i wish too

Kancil 8349 said...

cinnamon.com :

betul tu...bah carilah kawan...

Kancil 8349 said...

dee :

jomlah pergi

Kancil 8349 said...

fiqas :

kalau nak dapat ikan besar ke gi lautan biru..hehehe..memang enjoy bercuti

Kancil 8349 said...

3no :

terima kasih mendoakan kancil...amin...memang seronok bila ada keluarga di samping

Kancil 8349 said...

Yumida :

terima kasih

Kancil 8349 said...

Sunah Sakura :

jomlah ke pulau...bukan selalu

Kancil 8349 said...

Aishah :

pergi...dekat beribu kali berfikir...hehehe...cantik di kawasan perairannya

Kancil 8349 said...

Echa :

betul tu....

Kancil 8349 said...

Maszull :

Waalaikumsalam mama,

betul tu mama...alhamdulillah ada teman di laut

Kancil 8349 said...

Sutera Kasih :

kali kedua dalam seumur hidup kancil

Kancil 8349 said...

eeiyss :

hehehe...memang best

Kancil 8349 said...

Mrs Lurve :

jomlah datang ke sini

QueeN TerataI said...

kalau Queen sendiri pun xkn lepaskan peluang yg ada.. hehehe rasa seronok plak baca entri kancil ni

Kancil 8349 said...

Queen :

terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...