Rakan Blogger

Tuesday, April 30, 2013

Pulang Ke Semporna

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Sejak insiden pencerobohan di Pantai Timur Sabah khasnya di Lahad Datu dan Semporna, Kancil lama ndak balik ke Semporna. Hampir 3 bulan Kancil ndak balik. Berjumpa dengan mak bapa pun, mereka sendiri yang datang ke Tawau untuk menemui cucu - cucu mereka. Kebetulan, Kancil sibuk dengan pelbagai aktiviti di sekolah.

Minggu lalu, Pesta Regata Lepa - Lepa berlangsung di Semporna. Kancil ndak dapat balik pada hari Sabtu kebetulan ada sekolah ganti. Actually, kebanyakan sekolah bersekolah pada hari tersebut. Memandangkan Kancil penat pada hari Sabtu, Kancil ndak dapat turun ke Semporna. Keesokan harinya, Kancil mengambil keputusan untuk balik ke Semporna. Walaupun bimbang tetap ada akibat pencerobohan di sana.

Dalam perjalanan, keadaan cuaca sekejap hujan dan sekejap panas. Seperti lama tidak kembali ke Semporna. Seperti jauh perjalanan, namun melihat keadaan tenang sepanjang jalan yakin tiada perkara yang perlu untuk ditakutkan. Lebih kurang 2 petang, kami tiba di Semporna. Namun Kancil terpaksa tinggalkan kereta di Bubul demi keselamatan kereta tersebut. Bukan apa, bila ada kereta baharu masuk kampung, pasti ada tangan nakal yang menconteng kereta. Tu yang bikin panas.

Di Bubul tu pun tempat rumah adik. Pastinya selamat di sana. Menuju ke pekan, suasana meriah walaupun tidak semeriah sebelum nie. Namun, kawalan pihak keselamatan tetap dilakukan walaupun pada dasarnya kita tidak nampak mereka. Tetapi mereka masih berkawal. Mengapa Kancil berkata demikian, kerana sekali sekala terlihat kelibat mereka dalam lautan manusia. 

Jika dilihat bilangan manusia yang hadir di Pesta ini, pastinya mereka tidak takut dan yakin bahawa kawasan Semporna tetap selamat. Apatah lagi, pelancong asing kian ramai. Syukur kerana keadaan aman di sana. Kancil rasa selamat berada di sana. Lewat petang, Kancil balik ke Tawau setelah menemui emak Kancil. Bapa Kancil pula sibuk berkempen di Lahad Datu. Kena tunggu masa mengundi baru jumpa beliau (bapa).

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s ; terasa ayat tidak tersusun sudah...minta maaf...hati bergelora sekarang nie

Friday, April 26, 2013

Di Mana Anda Mengundi?

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Entri hari nie, Kancil bukan cerita sal politik sangat pun. Kalau ada pun, terlepas je. Kancil memang atas pagar walaupun kebanyakan keluarga Kancil terlibat dengan politik. Pernah Kancil dipilih sebagai setiausaha bahagian cawangan di Dun Lahad Datu. Namun kerana bertugas di luar daerah, tugas tu diserahkan kepada orang lain. 

Untuk makluman rakan - rakan blogger, ini merupakan kali kedua Kancil mengundi. Tempat Kancil mengundi di Lahad Datu atau parlimen Silam. Manakala isteri Kancil mengundi di Tawau. Memandangkan isteri Kancil tidak seberapa pandai memandu. Terpaksalah Kancil menghantarnya ke tempat mengundi. Sebelah pagi di tempat isteri dan sebelah petangnya Kancil ke Lahad Datu.

Harap - harap tiada perkara buruk berlaku pada hari mengundi. Terutamanya pengganas ataupun hukum alam. Kawasan tempat Kancil mengundi tu kawasan kerap banjir dan ketika ini musim hujan di kawasan pantai timur Sabah. Minggu lalu, tempat tinggal Kancil dilanda banjir. Setelah setahun lebih, kawasan tempat tinggal Kancil tidak dilanda banjir. 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Thursday, April 25, 2013

Tetap Ada Walaupun Sibuk

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Sejak kejadian di Lahad Datu, keadaan di Sabah memang membimbangkan lebih - lebih lagi di kawasan Pantai Timur Sabah khasnya. Bagi yang di luar kawasan nie, boleh kata apa yang mereka mahu kata sebab mereka tidak berada di situasi yang kami alami. Memang betul Pasukan Keselamatan berkata kawalan keselamatan terjamin. Namun, jangan di sangka air yang tenang tiada buayanya. 

Sebulan lalu, Kancil sibuk untuk mendapatkan maklumat terkini dari dua daerah iaitu Semporna dan Lahad Datu. Dua daerah nie merupakan tempat penting bagi Kancil. Satu di tempat Kancil dilahirkan dan satu lagi tempat Kancil membesar. Tambahan lagi dua daerah nie ramai ahli keluarga di sana. Pastinya cuak...

Dalam keadaan yang panik nie, ramai guru terpaksa memberanikan diri mereka untuk ke sekolah walaupun tidak pasti keselamatan mereka. Malah ada ibu bapa tidak menghantar anak mereka ke sekolah kena takut. Ada juga menghantar namun mereka ambil balik jika terdengar khabar angin berlaku tembak menembak. Bohong kalau Kancil katakan tidak terkesan di Tawau nie. 

Namun, Sabah sudah berulang kali menerima kes seperti nie. Tapi tidak sehebat seperti tahun ini. Dulu, balai polis dan post pengawal tentera di Semporna pernah dibom oleh lanun. Kalau tidak silap sekitar tahun 1996. Memang cuak...tapi tidak secuak seperti tahun ini. Apapun, bagi menghilangkan rasa kebimbangan, Kancil bersama - sama guru lain, sibuk dengan pelbagai aktiviti di sekolah agar murid - murid berasa selesa berada di sekolah. Dapat juga menghilangkan rasa bimbang sebenarnya.

Sukan sekolah rendah peringkat daerah terpaksa ditangguhkan kerana peristiwa tersebut. Tuan rumah untuk peringkat Zon Tenggara terpaksa dipindah tempatnya ke Tawau yang sebelum ini dicadangkan di Lahad Datu. Namun, dalam keadaan panik, Zon Bandar dapat tempat di Tenggara dan seterusnya ke Negeri. Di peringkat negeri berlangsung di Beuafort, dan Zon Tenggara mendapat tempat yang ketiga di peringkat negeri.

Apapun, Kancil berusaha untuk bahagikan masa dalam penulisan di blog Kancil kerana yakin rakan - rakan tidak bersabar untuk berkongsi cerita daripada Kancil di Tawau. Tengok dalam email Kancil pun, ramai sudah yang bertanya mengenai beberapa tajuk entri Kancil dan mereka ingin mendapatkan maklumat selanjutnya. Insya Allah Kancil bersedia membantu.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Monday, April 8, 2013

Hilang Arah...

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Beberapa hari nie, Kancil sudah hilang arah untuk menulis sesuatu di blog bersejarah nie. Hampir 2 tahun bersamanya sejak berada di SK Batu Payong lagi. Semacam semangat untuk berkongsi sesuatu dah hilang. Mungkin kerana kerja guru nie amat memenatkan. Sebelum nie, Kancil sempat berpeluang untuk berkongsi dengan rakan - rakan namun kerana Kancil seorang je guru bimbingan sekolah tersebut dan mempunyai seribu orang murid. Bebanan kerja bertambah dengan pelbagai aktiviti.

Kerja lebih pada pelaporan dan analisis. Banyak betul mahu dibuat sehingga sukar melelapkan mata. Itu bukan lagi aktiviti ko kurikulum. Apapun, kancil memohon maaf kepada semua rakan kerana tidak berkesempatan untuk mengunjungi blog kalian. Insya Allah, Kancil akan kembali setiap kerja - kerja yang dipikul dapat diselesaikan dengan kadar yang segera. Hehehe...

Terima kasih

Thursday, April 4, 2013

Jawapan Wordless Wednesday # 57

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Gambar di atas merupakan gambar salah satu bangunan Kampus B Kolej Yayasan Sabah di Teluk Likas. Ia bukan sekolah tetapi kolej swasta. Di bangunan inilah Kancil kerja semasa menjadi warga KYS dahulu. Penuh kenangan pahit dan manis. Kawasan kolej ini bersebelahan dengan Bangunan Yayasan Sabah dan Bangunan Dewan Undangan Negeri.

Pada tahun 2004, KYS memiliki 3 kampus, dua di Teluk Likas dan satu di Sembulan. Di Sembulan dikenali sebagai Kampus C atau nama popularnya City Campus kerana ia berhampiran dengan bandaraya Kota Kinabalu. Dahulunya, Kampus A @ Admin berada di atas bukit dan bersebelahan dengan laut merupakan pusat pentadbiran KYS. Kini telah ditutup atas sebab tidak diketahui. Pejabat Kancil dulu di kampus A nie. Kerana ditutup Kancil berpindah ke kampus B. Kampus B @ Bengkel merupakan tempat belajar bagi pelajar - pelajar teknikal seperti Automotif dan Pertukangan.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, April 3, 2013

Wordless Wednesday # 57

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8394.


Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Tuesday, April 2, 2013

Bahana Perang Di Kawasan Awam

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Mood Kancil semakin hari semakin hilang untuk menulis sesuatu di dalam blog. Entah mengapa terjadi semacam tiada perasaan juga. Namun Kancil berusaha untuk kembalikan mood atau semangat yang hilang. Mungkin juga Kancil sibuk dengan aktiviti di sekolah pada ketika ini. Apapun, Kancil tetap berusaha untuk berkongsi ilmu dengan kalian.

Kali nie, Kancil ingin berkongsi keadaan gambar yang berlaku di Lahad Datu. Memang sedih dan terharu dengan mereka di sana. Bayangkan mereka terpaksa tinggalkan kampung dan rumah mereka kerana kebodohan orang yang tidak terpelajar. Nama penganut agama Islam tetapi mereka tidak seorang pun pandai menyebut 2 kalimah syahadah. Apa yang mengejutkan bahawa membunuh pasukan keselamatan adalah satu jihad bagi mereka.



Tengok gambar di atas...memang menyedihkan...Kancil pernah datang ke sini...awal 90 - an. Masa tu, tiada jalan berturap...tidak banyak rumah seperti sekarang nie. Merupakan perkampungan nelayan yang aman dan damai. Kini, menjadi kawasan sejarah bagi negara kita keseluruhannya. Apapun, kita berdoa agar mereka nie tidak membalas dendam malah tidak menghuru hara keadaan di Sabah khasnya. 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...