Rakan Blogger

Friday, June 21, 2013

Kesian Pada Mereka

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hari ini, Kancil ingin berkongsi satu pendapat mengenai keadaan murid di zaman sekarang. Akibat tekanan hidup, ibu bapa lebih banyak memberi tumpuan kepada kerjaya mereka. Dari awal pagi keluar rumah hingga malam baru kembali ke rumah. Akhirnya, murid - murid ini menjadi kesunyian di dalam rumah yang besar. Ada pun permainan elektronik, ia tidak membantu mereka untuk menghilangkan rasa kesunyian mereka. Bak kata rakan Kancil, di rumah seperti penjara atau sebuah zoo bagi mereka.

Bila berada di sekolah, mereka terasa bebas untuk melakukan apa yang mereka inginkan. Sehingga tidak dapat memastikan mana yang salah ataupun betul. Bebas seperti sang burung yang keluar dari sangkar. Bila ada masalah disiplin, gurulah yang dipersalahkan sedangkan siasatan mendapati mereka (murid) yang bersalah. Namun, masyakarat akan kata bahawa mereka (murid) masih lagi kanak - kanak walaupun tindakan tersebut mencabar ego seorang manusia.

Di sekolah juga, mereka bebas berlari ke sana sini. Mempunyai ramai rakan dan boleh mengusik sesama mereka. Bermain bersama dan sebagainya. Berbanding di rumah mereka terkepung di dalam sebuah rumah batu. Tiada kawan untuk bermain atau bersembang. Akibat masalah di rumah, sasaran ditujukan ke sekolah. Bila mereka buat salah, ibubapa pula tuding kepada guru dan mempercayai apa yang anak mereka kata.

Namun sebagai guru, kami amat memahami masalah murid. Tapi tidak boleh juga disebelah pihak sahaja jika ibu bapa tidak memainkan peranan. Guru yang berusaha tetapi ibubapanya diam. Bila berjaya, guru dibuang jauh - jauh dan bila gagal gurulah orang pertama dicari. Pelik bukan...namun sudah menjadi asam garam dalam kehidupan kami sebagai guru. Insya Allah Kancil akan cerita mengenai risiko hidup sebagai guru...mengikut kajian, guru berada di tempat ketiga mempunyai tahap tekanan tinggi di tempat kerja.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog Kancil 8349.

10 comments:

Anonymous said...

tq kongsi cerita & rasa yer

Unknown said...

That y sbg ibubapa kena ambil masa utk bersama anak2... bz mcm mana pun anak2 tetap menjadi keutamaan...

Kayu Manis said...

susah juga jadi cikgu ni ye...tapi kak memahami.

sabar itu kunci semuanya.



AsyieqiN Rkey said...

mencabar jadi cikgu nie...mak sy cikgu..suka dengar cerita dia tentang anak murid..

maszull said...

assalamualaikum kancil...sabar moga dipermudahkan semuanya...:)

Unknown said...

begitulah pengorbanan seorang guru, ibarat lilin membakar diri demi menerangi orang lain... salam kunjungan balas kancil, maafla dh lama saya tak BW... skrg ibu bapa tak mcm dulu, anak kena rotan sikit dh repot polis padahal anaknya sendiri yg salah...

Kancil 8349 said...

Kesuma Angsana : gembira dapat berkongsi

Queen : betul tu..

Knor : terima kasih

Asyieqin : mesti menarik ceritanya kan?

Mas Zull : Waalaikumsalam mama...terima kasih

Santri : terima kasih dan Kancil amat memahami situasi kamu

Syahadah_Li said...

mencabar juga jadi ckgu ni

Nina Mads said...

kesian jugak kt murid2 tu.. mereka kurang kasih sayang agaknya

Unknown said...

betul tu kancil...ibu bapa kena bijak bahagikan masa.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...