Rakan Blogger

Monday, May 21, 2012

Terbaik Tunas Kadet Remaja Sekolah SK St Patrick Tawau

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Dalam tempoh 2 minggu lalu, Kancil telah mula sibuk dengan pelbagai aktiviti. Hadiri mesyuarat Kaunseling, Perkhemahan dan Sambutan Guru Peringkat Sekolah, menyertai aktiviti - aktiviti sekolah seperti kursus kepimpinan, sambutan hari guru, Solat Bestari dan Perkhemahan Unit Beruniform.


Memang penuh jadual Kancil sehingga blog nie terabai sedikit kerana memikirkan perjalanan aktiviti yang Kancil sertai. Bukan tiada masa, memang ada masa cuma Kancil tiada idea mahu berkongsi pada masa tu. Memikirkan tentang keadaan program yang dilaksanakan. Membuat sebaik mungkin dalam apa juga aktiviti yang disertai.

Apapun, Kancil ingin kongsikan pengalaman Kancil mengurus pasukan unit beruniform sekolah. Seperti Gen2Merah, Kancil juga merupakan Ketua Guru Penasihat Unit Beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS). Dua minggu sebelum perkhemahan, Kancil telah diminta untuk menghadirkan diri ke mesyuarat Perkhemahan kali 2. (kali pertama telah dibuat pada bulan lalu). Mesyuarat tersebut membincangkan program - program yang akan dilaksanakan sepanjang perkhemahan.
 
Antara program yang telah dipersetujui ialah Kawad Kaki. Buat kali pertama, pertandingan Kawad Kaki dibuat. Keesokan harinya, Kancil memanggil beberapa orang ahli kadet untuk menyertai pertandingan tersebut dan memilih mereka untuk menyertai perkhemahan unit beruniform kali ketiga. Seramai 18 orang menyertai latihan kawad kaki. Mengikut persetujuan, hanya 15 orang peserta yang akan menyertai perkhemahan tersebut. Ini bermakna Kancil terpaksa membuat penilaian dalam tempoh 2 minggu.

 Para kadet yang membuat latihan kawad kaki

Selama dua minggu Kancil melatih mereka dan pada hari Rabu minggu lalu Kancil telah memilih 15 orang yang terbaik untuk menyertai perkhemahan unit beruniform kali yang ketiga. Pada tarikh 18 hb Mei 2012, pendaftaran perkhemahan bermula. Hanya 14 orang yang menyertai. Seorang terpaksa menarik diri kerana kecederaan. Dalam masa yang sama, seorang kadet pula demam panas. Membuatkan hati Kancil resah melihat keadaan tersebut.

Namun Kancil yakin bahawa usaha mereka tidak akan terpadam begitu sahaja. Pada malam 19hb Mei 2012, TKRS menyertai Malam Kebudayaan. Kumpulan TKRS membuat persembahan kedua selepas Persatuan Puteri Islam Malaysia. Kali ini, Kancil menerima kejutan apabila persembahan TKRS yang tidak membuat persiapan awal telah mendapat tempat yang kedua. Alhamdulillah...

20hb Mei 2012, hari yang dinanti - nantikan oleh Kancil sendiri. Pertandingan Kawad Kaki akan bermula pada pukul 8.15 pagi. Sebelum bertanding, Kancil memastikan semua kadet dalam keadaan bersedia. Memeriksa pakaian mereka dan memberi sedikit nasihat sebelum membuat persembahan. Walalupun anggota kadet hanya 14 orang (kadet yang deman kembali ke pasukan) Undian tidak memihak kepada kami apabila dipilih untuk menjadi pasukan pertama membuat persembahan kawad kaki.

Taklimat daripada JPAM sebelum pertandingan Kawad Kaki

Apabila pertandingan kawad kaki bermula, Kancil percayakan kepada anak didik Kancil bahawa mereka akan buat yang terbaik di padang kawad. Setiap langkah dan gerak geri mereka, Kancil perhatikan dengan penuh perhatian. Alhamdulillah, persembahan mereka menarik dan tiada cacat celanya. Mereka berjaya melakukan dengan cemerlang. Selesai giliran mereka, barulah lega hati Kancil. Namun, Kancil tidak menaruh tinggi bahawa pasukan kami yang akan menang.

 Wajah yang ceria

Semasa penyampaian hadiah Kancil mendengar dengan teliti setiap ungkapan yang disampaikan oleh pengerusi majlis. 

"Pasukan yang memenangi Pertandingan Kawad Kaki dimenangi oleh Tunas....Kadet Remaja Sekolah."

Gembiranya Kancil apabila matlamat tercapai. Kancil hanya mampu tersenyum riang melihat ketua platun mengambil hadiah. Tanpa di sangka - sangka, peserta terbaik perempuan perkhemahan di sandang oleh ahli TKRS juga. Lebih mengejutkan Kancil lagi, TKRS telah di julang sebagai Pasukan Terbaik Perkhemahan ini. Kancil terpegun seketika apabila diumumkan oleh pengerusi majlis. 

 
 Antara hadiah yang dimenangi oleh TKRS

Benarkah TKRS? Tiada perkataan yang mampu diluahkan oleh Kancil untuk menyatakan rasa gembira. Hanya menyebut Alhamdulillah...usaha Kancil dan anak didik Kancil telah membuahkan hasil. Matlamat seterusnya untuk merebut Johan Pasukan Perbarisan semasa Sukan Sekolah nanti. Doakan Kancil dan anak didik Kancil berjaya. Tahun depan jumpa lagi.


Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : hari nie Kancil menerima dua berita baik, pertama Kancil menerima hadiah kumpulan terbaik semasa kursus kepimpinan pengawas dan surat pengesahan jawatan.

Pasukan Kawad Kaki Tunas Kadet Remaja Sekolah 2012

58 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

wahh seronok nyer!

remyhazza said...

tahniah kancil.....
ternyata usaha kancil tak sia sia..... \mesti semua happy kan....

Aziela said...

Tahniah.....! Hari yang menggembirakan. api di sebaliknya ialah tanggungjawab long term yang harus di pikul. Selamat menjalankan amanah yer...

cinnamon.com said...

TAHNIAH CIKGU..

TERBAIK.

Zul Fattah said...

Wahh.. setelah banyak cabaran yg dialami masa latihan.. inilah hasilnya.. Tahniah cikgu!!!

Gen2Merah said...

wahh, TKRS juga laa... terbaik sepanjang zaman.... Ilmu Iman dan Amal....

Gen2Merah said...

wahh, TKRS juga laa... terbaik sepanjang zaman.... Ilmu Iman dan Amal....

Gen2Merah said...

wahh, TKRS juga laa... terbaik sepanjang zaman.... Ilmu Iman dan Amal....

Masz Sidek said...

Tahniah... Cikgu gembira... budak2 pula mesti seronok dpt menang ni...

Aien Alien said...

tahniah TKRS :D


kecik2 cili padi ni...kawad kaki berapi..hihi

izan mama mia said...

tahniah

Kakzakie said...

Itulah guru sejati - gembiranya tidak terperi bila anak-anak didik berjaya. Kakak maklum sangat biasa guru-guru amat gembira walau bukan anak sendiri tapi bahagia bila anak didik berjaya tidak kiralah akademi atau co-curriculum...

Tahniah cikgu:)

[sutera kasih] said...

tahniah cikgu kancik :)

P#eoniX said...

wah!!bestnye...ape yang dapat sy tengok adalah kepuasan kancil dalam mendidik tanpa mengharapkan balasan...dan sy pasti satu hari nanti,pasti anak didik kancil akan ingat jasa baik kancil....teringat kat cikgu yang baik kat sy,walaupon x ramai guru yang ske kat sy sebab banyak kali fail ujian...hehheh....namun,kerana guru tersebut sy x pernah fail dalam bahase inglish...hehehe....trima kasih cikgu...

QueeN TerataI said...

TAHNIAH KANCIL!! dulu masa sekolah pun Queen suka masuk pertandingan kawad kaki... aktiviti plg disukai juga kawad kaki... tgk gambar2 dan baca entri2 kancil ni asik teringat zaman sekolah ajer... rindunya... :)

3no gr33ny said...

berkalung2 tahniah hamba tujukan buat semua kejayaan dan pencapaian cemerlang sahabat Kancil..tak salah lagi hamba jadikan sahabat sebagai idola pendidik =)

aizamia3 said...

tahniah buat pasukan kawad kaki Tunas Kadet Remaja Sekolah 2012 dan tahniah buat Kancil dah dapat surat pengesahan jawatan..

cleverspider55 a.k.a alam1cinta said...

itulah berkat usaha bersungguh2 kan..
Tahniah!

Tentang Kita said...

teringat masa berkawad di kolej matrikulasi dulu..mmg best

Kazman / Sue said...

tahniahhh.... mesti semua kadet gembira...

eita said...

tahniah...
tak sia2 usaha tu

Cik Fie said...

GIVEAWAY BARU :) Hope Dapat Join :D http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/05/random-giveaway-by-cik-fie_19.html

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

is mang fail bab kawad.. haha (^___^)

kat u, masa masuk kesatria... orang len dapat A... is leh dapat B... hahaiiii

aReLaN said...

bestnya.teringat waktu sekolah dulu.saya ketua platun.hehehe.....

Santri T.P.I.N.I said...

tahniah cikgu!

baguznet said...

Tahniah atas kejayaan anak murid cikgu dan rezeki yang diperoleh

mie said...

tahniah...
nampak meriah...
ehehehee

etuza said...

nice aktiviti terbaik & tahniah ya cikgu..

Aishah Jahirah said...

bestnya dapat hamper...

Kancil 8349 said...

Mrs Eady :

memang seronok bila budak kita menang

Kancil 8349 said...

remyhazza :

terima kasih...betul tu...

Kancil 8349 said...

Aziela :

terima kasih...betul tu...Kancil akan ingat selalu

Kancil 8349 said...

Cinnamon.com :

terima kasih

Kancil 8349 said...

Zul Fattah :

terima kasih

Kancil 8349 said...

Gen2Merah :

terima kasih geng

Kancil 8349 said...

Masz Sidek :

terima kasih

Kancil 8349 said...

Aien :

terima kasih...bukan pasukan kita juga ke...hehehe

Kancil 8349 said...

izan mama mia :

terima kasih

Kancil 8349 said...

kakzakie :

betul tu kak...terima kasih

Kancil 8349 said...

sutera kasih :

terima kasih

Kancil 8349 said...

P#eoniX :

terima kasih juga...betul tu

Kancil 8349 said...

Queen :

hehehe...terima kasih

Kancil 8349 said...

3no :

terima kasih...tinggi juga kamu iktiraf kancil nie..bertambah malu plak kancil

Kancil 8349 said...

aizamia3 :

terima kasih

Kancil 8349 said...

cleverspider :

terima kasih

Kancil 8349 said...

Tentang kita :

betul tu..heheh

Kancil 8349 said...

kazman :

terima kasih

Kancil 8349 said...

eita :

terima kasih...

Kancil 8349 said...

Cik Fie :

terima kasih..insya Allah Kancil akan ikut

Kancil 8349 said...

eeiyss :

hehehe...dulu pun Kancil sama...gagal je

Kancil 8349 said...

arelan :

kenangan yang tidak mungkin dilupakan

Kancil 8349 said...

santri :

terima kasih

Kancil 8349 said...

baguznet :

terima kasih

Kancil 8349 said...

mie :

terima kasih

Kancil 8349 said...

etuza :

terima kasih

Kancil 8349 said...

Aishah :

hehehe..untuk mereka yang bergelar murid je

fairus said...

TERBAIKLAH UMM.. DIDIKLAH ANAK BANGSA TAK KIRA DARI ASPEK KURIKULUM DAN KOKURIKULUM.. (EH, BETUL KE APA YANG AKU TULIS?)

Kancil 8349 said...

fairus :

terima kasih geng...insya Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...