Rakan Blogger

Tuesday, May 1, 2012

Kisah Dulu Dan Sekarang Main Badminton

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Agak lama juga Kancil tidak cerita pasal main badminton di dalam blog Kancil ini. Rasanya awal tahun lalu Kancil ada cerita mengenai permainan ini bersama Gen2Merah dan C'Ayob (ketika itu beliau belum ada blog). Sebelum kami terjerumus dalam bidang gelanggang  badminton nie. Kami suka bermain futsal sesama sendiri. Dan pernah juga adakan perlawanan persahabatan antara pasukan lain.

Yang tidak dapat dilupakan apabila berjumpa pasukan yang mengaku kaki bangku. Padahal juara futsal daerah Tawau. Baru 5 minit sudah 4 gol. Terkejut dengan cara permainan mereka. Akhirnya dapat tahu dari rakan bahawa mereka juara daerah. Wow...bikin malu kena belasah 40  berbalas 5 gol. Disebabkan itu kami beralih ke gelanggang badminton.

Seingat Kancil, kami mula aktif bermain pada awal tahun lalu (2011). Masa tu banyak gelak dan ketawa sepanjang permainan. Terpukul anginlah, terpukul kakilah dan adakalanya terpukul raket rakan sepasukan. Hahaha...memang lucu pada awal tahun lalu. Kini sudah berbeza pada tahun nie. Sudah tiada gelak ketawa sebab sudah pandai serius bermain. Malah inginkan kemenangan sahaja.

Sehingga kami berani mengadakan perlawanan persahabatan dengan Pasukan Canon Tawau. Kami kalah 4 - 3 dengan mereka. Namun bukan kalah teruk. Kira bersyukur sebab ada markah lagi. Mereka pun kagum dengan permainan kami. Sebenarnya, masing - masing cuma meningkatkan cara permainan sendiri. Ndak mahu menjadi punca kekalahan dalam pasukan bergu.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : malam nie, Kancil bersama dua orang rakan blogger akan bermain badminton iaitu Gen2Merah dan C' Ayob.

20 comments:

dhiera said...

jap jap 40-5? biar betul kancil ni~ jauh gile~ memang hebat abes la geng tu..

cleverspider55 a.k.a alam1cinta said...

Hmm teringat lak masa duk tawau dulu,selalu gak main badminton kt dewan taiwan jalan bunga raya,dkt Sin On.kancil selalu main kt dewan mana?

etuza said...

teringat masa remaja main badmt ni, saya kalahkan sipu saya yang latih saya main badmit. kalau perasan pic profile saya gambar lepas main badmtn tu. bertopi dan baju t putih.

aReLaN said...

teruk sangat kena titik tu kancil kalau smpai 40.hahaha..dah lama saya tak main badminton.geng takde.hmmmm

Santri T.P.I.N.I said...

baru balik dari main badminton malam ni, kami main malam selasa setiap minggu kancil...

remyhazza said...

dah lama tak main badminton kancil... dulu ade gelanggang kat bwh apartment..tapi skrg dah ditukar jadi futsal court.... simpan ajela raket kat blkg almari ...he3

Adylia Qarissa said...

dulu dkna suka mainbadminton.. :)

Kancil 8349 said...

dhiera :

dah nama juara daerah...kami nie juara kampung pun belum dapat..

Kancil 8349 said...

cleverspider55 :

adakalanya kami main di sana juga...tapi kami lebih dekat kompleks sukan Tawau

Kancil 8349 said...

etuza :

wah...terbaik dan hebat

Kancil 8349 said...

arelan :

hehehe...apa boleh buat

Kancil 8349 said...

santri :

kami hari Selasa dan Jumaat

Kancil 8349 said...

remyhazza :

kesiannya...tulah plak kalau futsal nie...ramai yang suka main...

Kancil 8349 said...

Adylia :

eya ke...so mengapa ndak sekarang nie...ndak ada kawan ke

3no gr33ny said...

teramatlah seronok kiranya dapat meluangkan masa gelak ketawa bersama sahabat setelah penat seharian bekerja

Kancil 8349 said...

3no :

alhamdulillah..macam tulah tujuan sebenar..

Aien Alien said...

memang kena teruk la 40 tu...sampai beralih arah ke badminton :D

Kancil 8349 said...

Aien :

Macam tulah kisah kami...hehehehe

Eera Shera said...

rajin kancil bersukan..sy sgt la x aktif bersukan..suka jln2 je..ok la kn. dpt eksesais kaki hehehe

Kancil 8349 said...

Eera :

untuk kesihatan diri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...