Agak lama saya tidak menulis sesuatu di dalam blog saya nie. Mungkin tidak ada idea ingin mahu dikongsikan dalam beberapa hari nie. Namun, ada istimewa pada hari nie. Ia berlaku di sekolah saya. Sekumpulan Jururawat tiba di sekolah saya dengan membawa beberapa peralatan yang berbungkus putih. Ingatkan Jururawat gigi rupanya lain dari yang lain.
Setiba di bilik guru, saya bertanya kepada rakan - rakan saya mengenai sekumpulan jururawat dan kebetulan pula, murid - murid Tahun 1 sedang berarak menuju ke Bilik Gerakan. Rupanya ada suntikan untuk murid - murid tersebut. Aduh! teringat masa Tahun 1 di SK Pekan 1 Lahad Datu. Sakitnya teramat sangat. Hehehehe....kisah dulu bah.
Saya terus menuju ke bilik gerakan dan kebetulan saya belum ada kelas lagi. Setiba di hadapan bilik gerakan. Saya lihat, murid - murid Tahun 1 seperti berani dan yakin menerima suntikan tersebut. Namun, ada di antara mereka yang takut dan mahu lari dari bilik gerakan. Saya fahami perasaan mereka dan ketika inilah saya memujuk mereka untuk berani menerima suntikan tersebut. Hasil pujuk dan lakonan saya, mereka terhibur hingga hilang perasaan takut.
Suntikan BCG ini, bertujuan sebagai langkah pencegahan terhadap jangkitan batuk kering atau nama saintifiknya Turberculosis (TB). Selain itu, suntikan ini menguatkan lagi sistem imun di dalam badan manusia. Sebenarnya, suntikan pertama telah diberikan kepada kanak - kanak sewaktu mereka dilahirkan dan ini merupakan suntikan kedua mereka. Saya tidak sempat melihat mereka semua disuntik disebabkan masa saya mengajar sudah tiba. Namun saya sempat mengambil beberapa keping gambar sebelum mereka menerima suntikan.
Wajah - wajah murid Tahun 1
Suasana Bilik Gerakan : Suntikan BCG
Banyaknya jarum penyuntik BCG, seorang kanak - kanak diberi ubat menahan kesakitkan
Jarum penyuntik dan ubat BCG
Selepas kelas, saya sempat berjumpa dengan murid - murid yang menerima suntikan BCG. Mereka kata tidak sakit. Saya hanya mampu tersebut dan di dalam hati saya berkata memanglah tidak sakit sebab diberikan ubat menahan kesakitan. Hehehehe...
No comments:
Post a Comment