Mungkin ayat di atas amat sesuai untuk saya gambarkan bahawa mereka yang suka mempersoalkan kerja orang lain adalah mereka yang Dengki. Mengapa harus mempersoalkan kerjaya orang lain? Mengapa mesti menjatuhkan martabat profesion perguruan? Dan apa sebenarnya yang mereka mahu?
Tersentuh dengan luahan rakan sejawatan saya Cikgu Gen2Merah. Rasa ketidakpuashati beliau terhadap kerjaya seorang guru yang mereka persoalkan. Semua orang anggap senang dan mudah malah masa mengajar atau berkerja singkat. Wahai manusia yang berakal di luar sana (jika kamu berakallah) rasa dulu sebelum menilai dan mempertikaikan kerja orang lain. Ingat mudah ke nak membentuk manusia menjadi seorang manusia. Ingat senang nak bertindak dan mengawal beratus - ratus orang budak di dalam sekolah.
Terjadi apa - apa yang dipersalahkan guru. Semua di bahu guru. Teringat kes perang mulut di sekolah lama saya. Guru memberitahu kepada murid yang belum membayar yuran sekolah diminta menjelaskan yuran tersebut. Budak yang sudah bayar tidak perlu. Disebabkan murid itu tidak mendengar dengan baik. Dia balik ke rumah memberitahu kepada bapanya bahawa guru sekolah memaksa murid tersebut membayar yuran sekolah. Padahal lain cerita. Tanpa usul periksa, bapa budak tu menyerang sekolah dengan membawa sebilah parang.
Aduh!...panik semua guru bila melihat situasi tersebut. Bukan itu sahaja, kerja yang tidak dibuat oleh murid guru pula yang dipersalahkan. Sedangkan, mak bapalah yang sepatutnya memantau buku - buku latihan anak mereka di rumah.
Apapun, susah nak dijelaskan kalau manusia yang busuk hati. Tulah, disuruh belajar pergi ponteng sekolah. Bila gagal, salahkan guru seumur hidup. Bila dah kerja pun sama juga. Tidak puas hati dengan rakan yang bergelar guru sedangkan mereka tidak belajar rajin - rajin....ada banyak lagi penerangan dan luahan kami sebagai guru. Klik
6 comments:
sabaralh geng!..tanpa korang sapa lah kami....waaa gitu
tq geng...
sabarlah cikgu... tanpa kita sapa lah dorg... waaa gitu (",)
eya cikgu...kita nie berfikir mengikut kewarasan
ubah mentaliti tu yang penting... xperlu nak dengki-dengki =)
Alin :
betul tu...terima kasih
Post a Comment