Dalam bulan Mei ini, Sekolah Kebangsaan St Patrick, Tawau akan melaksanakan Program Bulan Kesihatan peringkat sekolah. Pelbagai acara telah disediakan untuk semua murid. Antaranya Peraduan Mewarna dan Melukis Poster, Pertandingan Gigi Tercantik, Senamrobik dan Ceramah Kesihatan. Dan yang pastinya, ia satu program yang menghiburkan dan menggembirakan semua murid. Saya telah dimaklumkan akan mengendalikan senaman aerobik pada pagi 14hb Mei 2011. Penyelaras program sendiri yang bercakap dengan saya. Saya tanpa berfikir panjang menerima secara terbuka dan inilah peluang saya menimba ilmu baru dan dapat juga menyumbangkan tenaga untuk sekolah ini...
Sebelum ini, saya telah memaklumkan secara bergurau kepada penyelaras program bahawa saya berpura - pura lupa untuk tidak hadir pada hari tersebut. Tidak sangka, dia call saya untuk memastikan saya tidak lupa. Kesian pula saya rasa disebabkan gurauan saya...minta maaf yeah Cikgu Yus! Tepat pada pukul 7.25 pagi, saya sudah tiba di sekolah dan ramai sudah murid menunggu di tapak perhimpunan untuk menanti acara senaman aerobik.
Saya melihat beberapa orang guru sibuk mengurus P.A system untuk program pagi ini. Saya rasa berdebar dan gementar sedikit. Sebab inilah kali pertama saya mengendalikan senaman aerobik dihadapan semua murid. Jika saya menolak, saya tidak berpeluang lagi. Mencuba sesuatu lebih elok daripada duduk diam sahaja. Hehehe......
Sebelum acara bermula, saya sempat berjumpa dengan penyelaras program dan memaklumkan masa yang saya peruntukkan adalah 10 minit sahaja. Terkejut dia...katanya masa adalah sejam...Aduh!...saya lagi terkejut. Tapi saya tetap teruskan kerana saya yakin, di atas pentas nanti, ada juga idea yang keluar dengan sendiri .
Tepat pada pukul, 7.25 pagi, sebelum acara senaman aerobik bermula, saya telah mengajak semua murid dan rakan - rakan sejawatan untuk memanaskan badan. Tidak lupa kepada semua Guru Penolong Kanan 1, Hem, Kokum dan Petang turut serta untuk senaman aerobik. Rasa seronok pula saya di atas pentas. Hilang segala gelisah dan gementar tadi. Hampir 10 minit memanaskan badan, senaman aerobik pun bermula. Dengan berbekalkan dua buah lagu iaitu "Terhangat Di Pasaran" nyanyian KRU dan Adam dan lagu " Aku, Dia dan Kamu"
Senaman aerobik ini saya gabungan gerakan tarian zapin dan gerakan senaman lain (Saya kurang pasti apa gerakan tersebut) Dari semua gerakan tersebut, semua rasa terhibur dan seronok melakukannya. Kira lega juga ia memberi kesan yang positif. Selesai senaman aerobik, penyelaras program memberi saya cenderahati dan telah disampaikan oleh Penolong Kanan Kokum Puan Tasmi.
Penyelaras program memberi ucapan terima kasih di bawah pentas dan bertanyakan kepada saya adakah ini kali pertama saya mengendalikan program seumpamanya. Saya kata eya!. Dia semacam tidak percaya malah menurutnya saya seperti sudah biasa membuatnya. Saya tersenyum dan menegaskan kepadanya bahawa inilah kali pertama saya mengendalikannya. Apapun, terima kasih kepada beliau kerana memberi peluang kepada saya. Jom kita lihat, beberapa keping gambar sepanjang aktiviti tersebut dilaksanakan pada hari ini....
Ajk penyelaras dan jadual aktiviti di bilik guru
Suasana sebelum senaman aerobik bermula
Beberapa orang guru mencuba peralatan sebelum program bermula
semua murid beratur mengikut kelas masing - masing
Acara senaman bermula
Cenderahati yang saya dapat pada hari ini
2 comments:
amalkan gaya hidup yang sehat... mari bersenam robik... tahniah guru2 SKSPT
Thanks geng...SKBPT pun buatlah program yang sama
Post a Comment