Rakan Blogger

Tuesday, December 6, 2011

Mak Angkat Kancil Di Kota Kinabalu

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Semalam Kancil ada maklumkan kepada semua rakan blogger bahawa Kancil ingin menemui mak angkat Kancil di Kota Kinabalu. Tentu ada yang tertanya - tanya mengapa istimewanya mak angkat Kancil nie. Kancil banyak kenangan bersama mak angkat Kancil nie. Dan tidak sangka pada pertemuan kami semalam membuatkan Kancil terharu dengan layanan mesra terhadap keluarga Kancil.

Tahun 2005, Kancil menyewa bilik di kawasan Kampung Likas. Sebabnya kancil berkerja di Kolej Yayasan Sabah Likas. Kira dekat dengan tempat kerja. Masa tu masih lagi bermotor. Memandangkan tinggal sendirian...time tu bujang lagi. Keraplah Kancil makan di luar. Setiap pagi, Kancil sentiasa bertembung dengan Mak Cik a.k.a mak angkat Kancil. Dia sentiasa menjaga kawasan rumah sewa. Memandangkan kerap bertembung, ndak salah kancil bersapa.

Mak Angkat Kancil mempunyai ramai anak iaitu 14 orang anak. Ramai anak dara. Ini membuat Kancil segan bila berjumpa Mak Angkat Kancil di depan rumahnya. Kalau depan rumah, Kancil mampu tersenyum ndak bercakap. Lama kelamaan, Mak Angkat Kancil mempelawa Kancil makan di rumahnya. Pada mulanya Kancil menolak. Namun berulang kali beliau mengajak, menjadikan Kancil terharu.

Ada satu cerita yang membuatkan Kancil tidak dapat melupakan jasa baik mak angkat Kancil. Kancil mengalami kecederaan akibat kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Klang Lama. Kancil berjalan tempang masa tu. Bila Mak Angkat Kancil nampak kancil cedera. Beliau ubat kaki kancil. Sudah Kancil pergi klinik selepas kemalangan namun ubatnya ndak memberi kesan. Tapi ubat Mak Cik lebih berkesan.

Masa Mak Angkat Kancil membungkus luka Kancil,  beliau mencadangkan Kancil supaya tidur di rumah beliau. Kancil cuba menolak namun terpaksa akur dengan keadaan Kancil sebab ndak dapat bergerak ke bilik sewa. Mahu tidak mahu terpaksa tidur di ruang tamu  rumah mak angkat Kancil. Akibat ubat tu, kancil tidur lebih awal.

Lebih kurang 3 pagi, Kancil terbangun dan terkejut mak angkat Kancil baring di tepi Kancil bersama anak - anak perempuan beliau. Ndak sangka Mak Angkat Kancil menjaga Kancil seperti anak beliau sendiri. Kancil merasa terharu pada masa tu. Dalam masa yang sama kancil malu sebab tidur bersebelahan dengan anak dara. Namun, Kancil pasang niat dalam hati mereka semua adik - adik Kancil.

Dari hari itu, Kancil sudah dianggap sebagai ahli keluarga mereka. Walaupun berjauhan, kami masih berhubung. Dan semalam, Kancil rasa terubat rindu Kancil menemui mak angkat Kancil. Sayangnya Kancil tidak dapat menemui semua anak - anaknya kerana mereka masih bekerja ketika kami datang.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

48 comments:

cinnamon.com said...

baiknya mak angkat.bertuah kancil..masa tu kancil masih bujang la ye..ke dah kawin.anak dara byk tu!

Apple Pearl said...

wah..bestkn ada mak angkat..

khairul said...

lagi best klu mak angkat anak anak pompuan

CikGu Ma said...

waa...ada mak angkat..

MissCt a.k.a MuqDeq said...

Untung la org ad mak angkat.. Hehe... :)

minah senget said...

ehem ehem ....:)

Munnafendy said...

sweetnya..mak angkat ada anak 14 org pun masih boleh mlyn org lain mcm anak sndri kan.. =)

maszull said...

assalamualaikum kancil...wah terharunya mama bila baca n3 ni ....walaupun hanya anak angkat tapi kasih sayang die dah macam anak sendirikn....bagus kancil ingatan untuk melawat die itulah yg bagusnya....moga mak angkat kancil tu sihat selalu yer...:)

p/s teringat arwah mak angkat mama...:(

Kazman & Sue said...

wah... sentimental value punya kenangan ni... mak angkat yg baik tu... dulu masa sewa rumah kat kg Baru KL masa belajar jangan harap la makcik tuan rumah tu nak layan macam ni... nak basuh motor pun kena kunci paip... huuu3x...

dhiera said...

baik ye mak angkat kancil~

Aishah Jahirah(cik aisha) said...

memang susah nak dapt family angkat yg baik mcm tu...mmg terharu dan akan terkenang sampai bila2...

cleverspider55 a.k.a alam1cinta said...

yg baik dibls baik..sape sangka dlm zaman yg serba moden msh ada insan yg berhati mulia..bertuah kancil dipertemukan dgn insan sedemikian.

Syafiq Ahadin said...

sob2!!! :0

Eera Shera said...

bestnye kancil ade keluarga angkat..untung ade yg sayang hehe

[fArAh aLiAs] said...

ehem2. farah datang nak mintak tolong. support farah untuk giveaway nisakay!! please yar.. :)

http://coretanharapan.blogspot.com/2011/12/ultimate-year

Anak Wak Mail said...

bestnya ada keluarga angkat..

amboi kancil,,seronok tidur dekat sebelah anak2 dara ye..;P

aizamia3 said...

syukur dapat mak angkat yang baik bila kita jauh dari keluarga kan.. ;)

Cik Gee said...

alhamdulillah.. masih ada yg menyayangi.... <3

harap kancil dan mak angkat kancil sihat2 saja di sana... <3

Cik Lia Lomi said...

bestnya ada mak angkat atau angkat-angkat seangkatannya..heheh

Yatie Awang said...

orang berbudi kita berbahasakan?..tapi ada sedih sikit bila baca citer ni...

3no gr33ny said...

untung Cikgu Kancil dpt mak agkt yang baik macam tu...

Ezad Skytech said...

wahhh..untung kancil sebab ada mak angkat yang baik macam tu dan sanggup menjaga kancil macam anak sendiri...:)

Kancil 8349 said...

Cinnamon.com :

yup masih bujang lagi masa tu...hehehe

Kancil 8349 said...

Apple Pearl :

memang best...

Kancil 8349 said...

khairul :

hehehe...ndak gak best sebab kita jadi segan untuk bercakap

Kancil 8349 said...

Cikgu Ma :

Yups..

Kancil 8349 said...

MissCt :

terima kasih...

Kancil 8349 said...

Minah Senget :

hehehe

Kancil 8349 said...

Munnafendy :

tulah pasal...ndak sangka kan..apapun Kancil bertuah

Kancil 8349 said...

Maszull :

Waalaikumsalam mama,

terima kasih mama...Kancil rasa bertuah..ndak mengapa mama...kita doakan arwah selamat di dunia lain

Kancil 8349 said...

Kazman :

sedihnya baca komen kamu tu...ndak mengapa..rezeki kita berbeza2...insya Allah kamu akan bertemu dengan yang baik

Kancil 8349 said...

dhiera :

terima kasih

Kancil 8349 said...

Aishah :

betul tu...memang sentiasa ingat...

Kancil 8349 said...

cleverspider :

terima kasih..semoga hubungan kami masih kekal

Kancil 8349 said...

Syafiq :

jangan sedih bah

Kancil 8349 said...

Eera Shera :

terima kasih...betul tu

Kancil 8349 said...

farah :

boleh...

Kancil 8349 said...

Anak Wak Mail :

bukan niat kancil pun...lagipun ndak boleh gerak ke sana sini...sebab keadaan cedera.

Kancil 8349 said...

Aizamia3 :

Alhamdulillah betul tu

Kancil 8349 said...

Cik Gee :

terima kasih...amin

Kancil 8349 said...

Cik Lia Lomi :

hehehe...terima kasih

Kancil 8349 said...

Yatir Awang :

betul tu...kenapa ada yang sedih plak tu

Kancil 8349 said...

3no gr33ny :

terima kasih...

Kancil 8349 said...

Ezad :

syukur dan terima kasih

Adylia Qarissa said...

dkna tak suka ada 'angkat' nie..huhuu.. ;p

Kancil 8349 said...

Adylia :

lain orang lain penerimaannya...betul tu...mungkin kamu ndak suka tapi kancil lebih suka,...hehehe

Muhammad Mustaqim said...

Kancil..:)..
Ni k crita mak angkat yg kita crita2 dluk kt k.k tu....

Kancil 8349 said...

Muhammad Mustaqim :

rahsia antara kita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...