Rakan Blogger

Thursday, December 1, 2011

Cik Anon Bertanya Mengenai Kampung Tampi - Tampi

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Kancil menerima komen daripada seorang hamba Allah yang meletakan dirinya Anonymous. Ingat dia nak serang blog Kancil tapi dia inginkan sesuatu jawapan daripada Kancil. Walaupun beliau tidak menggunakan nama sebenar beliau namun niatnya inginkan perkongsian maklumat. Rasanya tidak salah kalau Kancil buat entri khas untuk beliau.

Kancil bukan arif sangat mengenai tempat tersebut lagi pun Kancil bukan berasal dari kampung tersebut. Ketika Kancil buat entri ini, Kancil dah pun kembali ke Tawau. Namun Kancil akan berusaha untuk menjawab semua soalan beliau. Beliau telah bertanya dalam komen entri  yang lalu. [klik kat sini].

Berikut adalah beberapa soalan yang telah diajukan oleh beliau :

1. Etnik yg menghuni di Kg Tampi2 serta jumlah penduduk?
Kebanyakan penduduknya adalah etnik Kaum Bajau. Ada juga etnik lain seperti Bugis dan SuluK (bilangan tidak ramai). Bilangan penduduk Kancil kurang pasti..

2. Jarak perjalanan dari Tawau
Dari segi masa,  hanya mengambil 1 jam 40 minit dan bergantung pada kelajuan pemanduan. Jaraknya 110 km.

3.Kemudahan yang disediakan
Kawasan tersebut bukan terlalu daif seperti era 70 -an. Memiliki jaringan pengangkutan yang baik, mempunyai sekolah rendah dan sekolah menengah di kawasan tersebut. Bekalan air paip dan elektrik turut disediakan. Jarak dari pekan tidak jauh...mengambil masa 5 minit untuk sampai ke kawasan tersebut.

4. Cara komunikasi. Adakah mereka menggunakan bahasa melayu @ dialek sendiri?
Kedua - dua bahasa mereka gunakan.

5. Adakah rumah2 penduduk dibina di atas air??? Sekiranya ya,bagaimana kedudukannya adakah sekelompok @ satu-satu...
Kampung Tampi - Tampi terbahagi kepada dua kawasan. Satu kawasan berhampiran dengan Bukit Tengkorak dan satu kawasan lagi terletak dipinggir laut. Mereka hidup bersekelompok. Tidak kira di darat mahupun di atas air. Jika kita melihat pada filem Duyung. Dalam filem pun dah menampakan rumah mereka rapat antara satu sama lain.

6. Adakah penduduk masih mengamalkan tradisi lama iaitu mengikut nenek moyang dan kurang pendedahan dgn dunia luar??
Di bab ini Kancil kurang pasti. Namun tradisi lama masih diamalkan seperti perkahwinan, majlis keraian.

Itulah sebahagian soalan yang diajukan oleh beliau. Berharap beliau berpuas hati dengan jawapan Kancil berikan...Kalau kurang Kancil minta maaf sebab Kancil kurang arif tempat tersebut.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

44 comments:

Gen2Merah said...

wow.. sebuah info yang menarik ni.. agaknya anon tu nak buat research utk assignmnt nya kot.. ehe

aizamia3 said...

kalau bukan research dia kena transfer kat situ..

Lulu Caldina said...

banyaknya soalan...huhu

Cik Kamoo said...

wah...Kancil org sabah ye ... apa yg menarik ye kat Sabah. CK plan nk melancong ke sana tahun depan kalau ada rezeki...

yana-feehily said...

bagusnya kancil ni.. ^^

Kakzakie said...

Kalau dah duduk M'sia mestilah kena tahu berbahasa Melayu walau bahasa sendiri ada... itu mestilah kan cikgu...

remyhazza said...

pengalaman cikgu sungguh berharga.....

kaTasiButterPrawn said...

sekarang penduduk kg tampi-tampi dah advance la..hhuhuhuu

CikGu Ma said...

terima kasih cikgu dgn jawapan yg diberi...ok, soalan saya seterusnya, antara budaya dan nilai yang wujud, mana satu terlebih dahulu wujud? sila gunakan contoh budaya di sekolah cikgu

QueeN TerataI said...

wah.. info yg menarik.. bagus ni kancil.. semua yg dtg ke blog kancil dpt pengetahuan ini

Aishah Jahirah(cik aisha) said...

kampung tampi-tampi yg dalam filem duyung tu ye..dapat pengetahuan baru ari ni...:)

saffiya_aleesya @ echa said...

wahh kancil boleh keje part time jadi pemandu pelancong..penerangan yang bagus hehehe

3no gr33ny said...

Cikgu Kancil memang suka membantu (^_^)

khairul said...

boleh buat part time ni

Kazman & Sue said...

yang pasti kami tak pernah sampai sana...heee3x

Syafiq Ahadin said...

blog saya suci dari anon. :)

Aien Not Alien said...

anon yang bertanya...kami semua dapat info pasal Kampung Tampi-Tampi ye..hihi..


baguslah kancil.. ^_^"

Anak Wak Mail said...

oh..filem duyung kat kampung ni la ek..cantik kampung tu..:)

ariana said...

tak pernah sampai ke Sabah lagi, tp ada beberapa org rakan disana..

Run Away said...

belum penah sampai kesana lagi...;d

Kancil 8349 said...

Gen2Merah :

memang dia buat research pun...hehehe

Kancil 8349 said...

Aizamia3 :

mungkin kot

Kancil 8349 said...

Lulu :

ndak banyak pun

Kancil 8349 said...

Cik Kamoo :

banyak menarik tempat di Sabah...jomlah datang ke sini

Kancil 8349 said...

Yana :

terima kasih

Kancil 8349 said...

Kakzakie :

tu kan ada dalam perlembagaan kita...kalau tidak dia bukan warganegara Malaysia

Kancil 8349 said...

remyhazza :

terima kasih...

Kancil 8349 said...

Katasibytterpraawn :

betul tu...

Kancil 8349 said...

Cikgu Ma :

Kancil dah beri jawapan kan

Kancil 8349 said...

Queen :

terima kasih..perkongian ilmu tanpa batasan

Kancil 8349 said...

Aishah :

betul tu...

Kancil 8349 said...

Saffiya :

tanpa gaji...terima kasih

Kancil 8349 said...

3no gr33ny :

gembira dapat membantu

Kancil 8349 said...

Khairul :

ndak bergaji nie

Kancil 8349 said...

Kazman :

insya Allah akan sampai ke sini gak tu

Kancil 8349 said...

Syafiq :

Alhamdulillah...

Kancil 8349 said...

Aien :

ilmu mesti dikongsikan

Kancil 8349 said...

Anak Wak Mail :

betul tu...memang cantik

Kancil 8349 said...

Ariana :

jomlah datang ke sini

Kancil 8349 said...

Run Away :

jomlah datang ke sini

maszull said...

assalamualaikum kancil...banyak juga tempat2 yg menarik kat sabah tu yer...terasa nak juga pi Sabah...

dulu hubby pernah pi Sabah gak tapi mama x dpt ikut sbb die pi atas urusan kerja....:)

Kancil 8349 said...

Maszull :

Waalaikumsalam mama,
memang banyak tempat menarik...nie baru Kawasan timur Sabah...belum lagi area Barat Utara dan Pendalaman Sabah...

kis said...

assalam,,

maaf menyampuk yek..

untuk soalan no.6, adat istiadat masih byk yang diamalkan..

cthnya adat time pregnent, time bercukur jambul..

Kancil 8349 said...

Kis :

saya kurang pasti soal tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...