Rakan Blogger

Monday, December 5, 2011

Wisma Merdeka Kota Kinabalu

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Hari nie, Kancil sekeluarga berjalan - jalan di Wisma Merdeka KK. Ndak lama je hanya 2 jam. Isteri Kancil memilih barang manakala Kancil berjalan - jalan bersama anak - anak. Ia memudahkan untuk isteri Kancil memilih barang. Wisma Merdeka merupakan salah satu tempat membeli belah yang paling popular di sini. 

Walaupun banyak tempat dibuka namun ia masih menjadi pilihan ramai dekat sini. Terutamanya Tong. Barang - barang pakaiannya kebanyakan murah di sini. Berbaloi kalau membelinya. Selain itu, harga handset di sini dikatakan murah dan boleh ditawar. Bukan second hand tapi first hand handset. Banyak lagi kedai yang menarik kat sini

Asal turun ke KK, tempat nie tidak terlepas untuk Kancil kunjungi. Sejak tahun 1998 hingga sekarang. Tempat tidak banyak berubah. Cuma bilangan kedai dah bertambah. Di tempat nie jugalah Kancil membeli Komputer Meja pertama Kancil. Sekarang sudah tersadai di rumah mertua. Entah bila mahu memperbaikinya.

Malam nie, mahu gi Tebobon. Mahu berjumpa dengan keluarga angkat Kancil di sana. Alhamdulillah masih ingat lagi mak angkat Kancil. Sudah bertahun kancil tidak menemuinya. Nanti Kancil akan cerita mengenai mak angkat kancil nie.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

15 comments:

cik ayuni said...

waa, bez nyer kancil..seharian jalan2..

maszull said...

assalamualaikum kancil...wah pi shopping yer...selamat berjimba sekeluarga yer...:)

ciK LyndaWawa said...

nak ole2 dari sabah...pttla jarang updet..g jalan2 =]

Ezad Skytech said...

wahh..best tu dapat jalan2...:)

#tak pernah sampai KK lagi..

ILA HonEyBuNNy said...

rindu nak g KK lagi....

selamat berjumpa mak angkat..;)

3no gr33ny said...

untung isteri Kancil sebab dapat suami yang memahami..selamat bergembira bersama keluarga yer =)

Kancil 8349 said...

Cik Ayuni :

penat gak berjalan...dua orang anak Kancil tertidur dalam kereta.

Kancil 8349 said...

Maszull :

Waalaikumsalam mama,
terima kasih mama...

Kancil 8349 said...

Cik Lyndawawa :

hehehe...boleh bah...

Kancil 8349 said...

Ezad :

datanglah ke sini

Kancil 8349 said...

Ila :

jomlah datang ke sini lagi....terima kasih

Kancil 8349 said...

3no gr33ny :

terima kasih sahabatku

khairul said...

beli apa kt saya kancil hehe ?

Aishah Jahirah(cik aisha) said...

senangkan bg suami dgn anak2 sementara isteri plh brg....jimat masa..:)

Kancil 8349 said...

Aishah :

betul tu...jimatkan masa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...