Rakan Blogger

Thursday, June 2, 2011

Hari Terakhir Persekolahan


 Berhimpun sebelum gotong royong

Cuti semester sudah pun bermula 5 hari yang lalu. Masa nie pula banyak jemputan kenduri kahwin tiba di tangan kita. Kira sibuk ke rumah orang. Masa ini juga, lama tak buka blog mahupun menulis sesuatu mengenainya.Sebab di kampung, line internet tidak kuat. Macam biskut chipmore...sekejap ada sekejap tak ada.

Apapun saya ingin berkongsi sesuatu mengenai hari terakhir persekolahan di SK St Patrick. Dua hari saya tidak datang ke sekolah kerana ada urusan rasmi di luar sekolah iaitu pada tarikh 25hb Mei dan 26hb Mei. Pada 27hb Mei baru saya datang ke sekolah. Itupun sebelah pagi.

Selalunya, hari terakhir sekolah dikaitkan dengan gotong - royong. Masa ini yang lebih seronok kerana semua murid dari sidang pagi dan petang berhimpun. Mereka akan berkerjasama membersihkan kawasan sekolah mereka selain membersihkan kelas mereka. Saya ditugaskan untuk di kawasan tandas murid bersama rakan setugas sidang pagi Ustaz Rusli.

Setelah selesai, kami berhimpun di bilik guru dan murid - murid pula di kelas masing - masing. Masa ini, ramai guru sibuk menyiapkan kerja mereka sebelum cuti. Tidak terlepas juga dengan saya. Memasukkan data maklumat terkini murid - murid yang saya ajar.

Tepat pada pukul 10 pagi, loceng sekolah dibunyikan dan semua murid beredar dari sekolah sambil ada sebilangan murid bersalaman dengan guru mereka di bilik guru. Manakala guru pula, ada yang lewat balik untuk menyiapkan kerja mereka yang terakhir.

 Mendengar taklimat dari Cikgu Lukman

 Keadaan bilik guru dan seorang guru sibuk menanda buku kemajuan murid

2 comments:

cayob said...

waaaa abg umrah...miss u lah mauh!!!

Ums Niza said...

hehehe....bila mahu jumpa nie...ndak sabar nie...hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...