Rakan Blogger

Tuesday, June 21, 2011

Melabel Anak


Rasanya ramai guru dah biasa dengar istilah "Melabel Anak" Kekadang kita rasa lain apabila seorang ibu bapa melabel anak mereka sehingga menjatuhkan semangat mereka untuk berusaha, untuk maju dan untuk belajar. Betullah kata orang, ia hanya sekadar ungkapan biasa namun tidak semua sedar bahawa apa yang diungkapkan oleh ibu bapa terhadap anaknya adalah satu doa. Doa yang tentunya dikabulkan jika ia berulang kali dikatakan...

"Anak saya nie pemalas"

"Anak saya nie kuat tidur"

"Anak saya nie memang suka menyusahkan orang lain"

Di atas merupakan beberapa ungkapan yang biasa kita dengar daripada mulut - mulut ibubapa. Jika mereka marah dan tidak berpuas hati terhadap anak mereka. Mereka terus menghukum anak tersebut. Lebih parah lagi, menyalahkan pihak guru punca anak - anak tersebut terjadi begitu. Sedangkan tanggungjawab mereka sebagai penjaga terabai.

Kalau orang dahulu, mereka rasa malu jika anak mereka tidak baik dan tidak bijak dengan orang lain. Tetapi mereka tidak menyalahkan orang lain, malah mereka akan menjaga anak tersebut hingga berjaya. Menjaga tingkahlakunya, makan minumnya dan kebersihannya. Bukan macam sekarang, sibuk dengan kerja sampai batas pemikiran pun terlalu singkat. Asal anak gagal, salahkan anak dan guru. Anak pemalas guru pun pemalas. Jadi yang dia tu tidak malas ke...dia sahaja yang hebat. 

Sorrylah....ibu bapa yang suka menganggap mereka hebat tu...hebat pada bidang mereka sahaja.Tidak hebat pun dalam bidang pendidikan. Ingat senang nak mengajar kanak - kanak berusia 7 hingga 12 tahun yang mempunyai karenah yang bermacam - macam. Yang mempunyai perasaan dan tingkahlaku. Sedangkan mereka hanya berdepan dengan komputer dan kertas atau peralatan yang tidak bernyawa dan tidak bersuara.

So, janganlah suka melabel anak. Anak nie satu anugerah dan tanggungjawab. Bukan guru yang sepenuhnya mendidik anak kamu. Malah anak ini adalah gambaran perangai kita. Jika anak kita ini nakal, bermakna kita juga nakal pada masa dulu. 

6 comments:

Ce'gu JAERA said...

betul2... bapa borek anak rintik. patutnya ibu bapa berfikir kenapa anaknya macam tu. Mungkin sebab mewarisi kenakalan ibu bapanya yg terdahulu. atau kerana kurang didikan yang sempurna di rumah..

Kancil 8349 said...

aku sokong dengan kau cikgu...hehehehe...

A'an said...

tapi kadang mak saya suka banding2 kan saya dengan anak2 kawan dia.. perlu ke?? kecik hati si anak ni tau.. huhu..

Kancil 8349 said...

sebenarnya, disudut pandangan mereka...mereka inginkan kita macam tu sedangkan kita tidak mampu. Tetapi bersabarlah...semua ini untuk kebaikan kita. Kita buat yang terbaik...ikut acuhan kita, cerita kita tapi jangan lupa nasihat dan teguran mereka...

Unknown said...

kata2 yg kuaq dari mulut ibu bapakan satu doa... jadi keluarkan kata2 yang indah... moga mereka jadi yang terbaik~ (ternampak entri ni...dari halaman utama..jadi singgah menyampuk di sini)

Kancil 8349 said...

Eeiyss :

betul tu...kena berhati2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...