Semalam, saya membawa keluarga saya ke Taman Permainan Kanak - Kanak di Taman Awam Tawau. Masa cuti inilah sesuai membawa keluarga bersiar - siar di taman permainan. Ia terletak berhampiran dengan airport lama Tawau. Tempat ini adalah tempat yang paling seronok untuk beristirehat namun jika kita leka kemalangan boleh berlaku terutamanya anak - anak kita.
Saya sering memerhati gerak geri anak - anak saya ke mana sahaja mereka pergi kerana usia mereka masih muda dan hanya tahu bermain sahaja. Malah mereka mudah dilanggar oleh kanak - kanak dewasa. Anak - anak saya masih peringkat bayi. Sedang mereka bermain bersama anak - anak lain. Ada dua orang kanak - kanak mengganggu permainan mereka. Pada mulanya saya tidak menghiraukan dua orang kanak - kanak tersebut.
Sehinggalah mereka bertindak ganas seperti menolak dan menyiku kanak - kanak lain. Mereka bertindak samseng di taman awam tersebut. Menghalang kanak - kanak lain bermain. Mereka menutup laluan sambil menolak - nolak orang lain. Anak saya yang tidak tahu apa - apa terus menuju ke tempat mereka. Kebetulan, kanak - kanak tersebut menolak anak saya yang kedua. Nasib abangnya menahan dari belakang. Nasib tidak jatuh.
Saya pun terus menegur kanak - kanak tersebut. Tidak sangka pula, suara saya tinggi dan menyebabkan semua orang memandang ke arah saya. Isteri saya menyedari keadaan tersebut mengajak kami pergi dari tempat tersebut. Saya pula menurut kehendak isteri saya. Takut - takut kanak - kanak tersebut bertindak diluar jangkaan. Apa yang menghairankan saya, ibu bapa yang membawa anak mereka hanya membiarkan anak mereka bermain tanpa pengawasan rapi.
Mereka sibuk bercerita dan duduk sambil makan. Mereka tidak kisah apa yang anak mereka buat. Seperti dua orang kanak - kanak tersebut. Mereka beranggapan itu kawasan mereka dan menolak kanak - kanak lain untuk bermain. Jika kanak - kanak yang mereka tolak terjatuh dan mengalami luka. Barulah ibu bapa sedar dan kelam kabut malah memarahi kanak - kanak tersebut. Barangkali itu yang mereka mahu tunggu.
Apapun, saya tidak mahu terjadi baru memarahi kanak - kanak tersebut. Lebih baik berjaga - jaga. Bagi ibu bapa yang membawa anak mereka, awasilah anak - anak anda dan mungkin mereka akan menyebabkan kita bergaduh sesama sendiri...
2 comments:
pegi taman x ajak2 yaaa...
weina geng...ku bawa isteri ku nie...hehehe...ada aku jumpa si muluk kelmarin...dia berjogging...
Post a Comment