Rakan Blogger

Tuesday, June 14, 2011

Suasana Hari Pertama Sekolah Di SK St Patrick.


Tepat pada pukul 11 pagi, saya sudah bersiap untuk ke sekolah. Hari ini merupakan hari pertama selepas cuti 2 minggu. Pada masa ini, selera makan saya tiada. Semacam tidak sabar mahu ke sekolah. Dan kebiasaannya saya akan makan terlebih dahulu sebelum ke sekolah. Dan hari itu juga, saya datang lebih awal ke sekolah. Pada pukul 11.30 pagi. Jalan raya menuju ke sekolah tidak sesak. Sunyi...sekolah ke hari ini?. Terdetik di dalam hati saya.

Setiba di sekolah, saya melihat gelagat  anak - anak murid SK St Patrick. Terpapar di wajah mereka gembira dan seronok. Mungkin ingin belajar selepas bercuti dan mungkin juga ingin bertemu dengan rakan - rakan sekolah mereka. Namun situasi pada hari tersebut berbeza. Mereka lebih banyak duduk bercerita daripada bermain seperti biasa. Mungkin ada cerita yang ingin mereka kongsikan semasa cuti sekolah.

Saya terus menuju ke bilik Penolong Kanan untuk mendaftar nama. Apabila saya membuka buku kehadiran. Sah! saya orang pertama datang pada hari tersebut. Semangat pula datang awal ini...hehehe...selepas mendaftar saya mencari buku rekod mengajar dan rekod harian BK. Kemudian saya menuju ke bilik guru. Rakan - rakan sejawatan pun sibuk bercerita mengenai cuti mereka. Saya hanya mampu mendengar dari tepi seperti orang baru masuk berkerja...tidak mahu menyampuk..hehehe.


Sebelum berakhir sekolah pada hari tersebut, perhimpunan petang diadakan. Semua murid berhimpun di tapak perhimpunan begitu juga guru. Semasa ucapan Guru Penolong Kanan Petang, beliau memberitahu bahawa ada 28 orang murid yang tidak hadir ke sekolah. Bilangan paling ramai tidak hadir pernah direkod pada tahun tersebut. Menurutnya, mungkin murid - murid tersebut lupa sesi persekolahan telah bermula dan beliau memesan kepada anak - anak murid untuk memberitahu rakan - rakan mereka untuk hadir ke sekolah.

Satu perkara yang menarik perhatian saya semasa ucapan Guru Penyelia Petang. Beliau memberi nasihat dan peringatan kepada semua murid agar menjaga diri mereka dan "Menjaga Ibu Bapa Mereka". Selalunya, guru - guru hanya berpesan agar menjaga diri mereka sendiri dan tidak menyebut pun untuk menjaga ibu bapa mereka. Betul juga, kerana anak - anaklah yang akan menjaga ibu bapa bila mereka sudah dewasa. Jika kita sudah mind set murid - murid untuk menjaga diri mereka dan ibu bapa mereka...insya - Allah....mereka tidak akan lupa..
Apapun, saya gembira kembali bertugas di sekolah tersebut. Kehadiran kami di sekolah pun di sambut dengan gembira oleh murid - murid sekolah. Mereka asyik bertanya ke mana guru - guru mereka bercuti....

Selamat Kembali Dari Bercuti Warga 
SK St Patrick...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...