Rakan Blogger

Friday, June 24, 2011

Kehangatan Hack Blog Orang Lain


Segmen santai yang dianjurkan oleh Blogger Ben Ashaari nie cukup hangat. Walaupun saya masih baru dalam dunia blog. Terasa kehangatannya. Dalam tempoh 1 jam bermula 4 petang hingga 5 petang semalam. Bilangan orang yang membaca bertambah mendadak. Dan hanya sehari sahaja sudah 104 pembaca yang membaca blog saya. Kira ini, kali pertama blog saya dibaca begitu ramai.

Itulah keistimewaan blogger otai kita. Dalam memberi segmen yang tidak terfikir orang lain, ia sebenarnya memberi promosi blog lain untuk diterjah atau istilah barunya "hack". Selain itu, kita berpeluang mengetahui kehebatan - kehebatan blog lain melalui syarat segmen tersebut. Yang mana meminta letakkan mengapa kita ingin hack dan pesanan untuk blog tersebut.

Untuk blogger baru seperti saya...jomlah kita meng"hack" blog orang lain..

*Mungkin perkataan blogwalking ditukarkan kepada "Hack"...

2 comments:

hasrul hassan said...

Salam. Tahniah kerana dapat trafik yang tak diduga .. saya dah merasainya sebanyak lebih 5 kali .. :)

Bukan kerana segmen yang dianjurkan oleh BA tetapi sebab menjadi pilihan BA ... dan oppss .. mungkin sebab saya sebaya dan dianggap seangkatan dengannya ...

www.hasrulhassan.com

Cuma mungkin tak terkenal macam BA je.

Ums Niza said...

Terima kasih Hasrul...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...