Rakan Blogger

Tuesday, June 21, 2011

Perbezaan Sekolah Bandar Dan Luar Bandar


Gambar di atas merupakan dua buah sekolah yang berada di dalam satu daerah. Namun ia mempunyai bilangan murid dan guru serta keluasan yang berbeza. Bukan sekadar itu, perbezaan dari segi kemudahan pendidikan pun amat ketara. Saya bukan mahu menyalahkan mana - mana pihak tetapi ingin menggambarkan situasi perbezaan antara sekolah bandar dan luar bandar. Malah apa yang saya coretkan ini hanya berkongsi maklumat untuk semua yang singgah membaca blog saya. Terutamanya bakal - bakal guru yang bakal mendapat petempatan baru nanti.

Berdasarkan soal selidik dan pertanyaan lisan daripada beberapa orang guru dan pengalaman saya sendiri. Saya dapat simpulkan beberapa perbezaan antara sekolah bandar dan luar bandar dari segi...:

1. Sikap Ibu Bapa

Murid di sekolah bandar sudah mempunyai ego yang amat tinggi. Mereka berasa bangga dengan kerjaya mak bapa mereka. (saya tidak merujuk mana - mana pihak). Mereka menganggap kerjaya seorang guru amat rendah berbanding dengan mak bapa mereka.  Malah, apa yang mereka minta pastinya ibu bapa mereka akan turuti. Seperti mana berlaku beberapa buah sekolah di Malaysia, bila mana seorang murid mengadu kepada ibu bapa bahawa murid tersebut tidak suka kepada guru tersebut. Ibu bapanya terus berjumpa dengan guru besar dan meminta guru tersebut ditukarkan atau digantikan ke kelas lain. Selain itu, ibu bapa percaya dan yakin bahawa anak mereka baik dan mempunyai nilai murni yang tinggi. Sehingga apa yang dikatakan anak mereka semuanya betul. Padahal menipu..

Pernah sekali, seorang ayah menyerang seorang guru kerana mendakwa guru tersebut memaksa anaknya membayar yuran sekolah. Walhal, guru tersebut hanya memberitahu kepada murid - murid yang belum membayar dan guru tersebut juga tidak memaksa mana - mana murid. Disebabkan salah faham dan tindakan melulu, berlakulah pergaduhan di sekolah.

Beza murid luar bandar. Mereka sedar kerjaya mak bapa mereka dan pastinya mereka tidak bersikap ego dan bangga diri pada diri mereka sendiri. Bila mana kerja sekolah tidak siap, mereka sedar akan kesalahan mereka dan mengakuinya. Dipukul dan dicuit bagi mereka adalah satu pengajaran untuk tidak mengulangi kesalahan mereka. Malah, ada ibu bapa lagi yang suka jika anak mereka dipukul atau dicuit atas sebab kesalahan mereka sendiri. Oleh itu, jarang kita dengar ibu bapa luar bandar menyerang guru kerana mereka lebih menghormati guru.

2. Sikap Murid

Jika di bandar, payah kita mahu lihat murid membantu guru mengangkat barang. Itu pun kalau tidak dipanggil. Tapi bergantung kepada sekolah tersebut. Berbanding di luar bandar, murid - muridnya tidak segan untuk menghulurkan bantuan kerana bagi mereka ia satu perbuatan yang baik dan tidak merugikan malah mengeratkan lagi hubungan antara murid dan guru. Malah budaya salam pun amat ketara. Murid bandar kalau nak memberi salam pun hanya kepada guru yang mereka suka...sebab sudah ditanamkan sikap tersebut oleh ibu bapa mereka. Berbanding dengan murid luar bandar, guru yang garang mahupun guru yang mereka tidak suka pun tetapi mereka memberi salam.

3. Kepentingan Pendidikan

Di bandar, ibu bapa lebih mengutamakan pendidikan anak - anak mereka. Sehingga kebebasan mereka di zaman kanak - kanak terbatas malah ada juga dikalangan murid - murid kita rasa tertekan. Tidak hairanlah bila mereka di sekolah, mereka aktif sehingga susah mahu dikawal oleh guru. Selain itu, ada di antara ibu bapa sentiasa memantau buku kerja anak mereka. Berbanding dengan di luar bandar, ibu bapa menganggap pendidikan tidak memberi apa - apa perubahan di dalam keluarga mereka. (Bergantung kepada sesuatu kawasan). Tidak hadirlah jika kita lihat kehadiran murid - murid di sekolah luar bandar lebih ramai berbanding di bandar.

4. Sikap Hidup Berdikari

Murid di bandar sentiasa di jaga oleh ibu bapa mereka. Penjagaan mereka terlalu ketat sehingga mengawal pergerakan anak mereka. Saya beranggapan mereka terlalu sayangkan anak mereka. Sehingga, anak nak naik tangga pun dipimpin. Berbanding di luar bandar, murid - muridnya lasak dan berani. Mereka biasa dengan persekitaran mereka. Bila mereka luka, sebagai tanda mereka lasak berbanding dengan murid bandar...aduh...menangis selagi darah tidak berhenti mengalir.

Apapun, rasa dulu baru tahu. Saya sekadar memberi pandangan dan berkongsi pengalaman saya sendiri. Kerana belum setahun saya bergelar guru sudah melalui dua buah sekolah yang berbeza...




2 comments:

Gen2Merah said...

tahniah ums.. muncul dah iklan nuffnang di atas tu... semoga ceria2 selalu berblogging

Ums Niza said...

terima kasih kerana banyak membantu saya Dil...kalau bukan cadangan, pandangan dan nasihatmu...ndak terhasil nie blog Kancil8349...hehehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...