Rakan Blogger

Friday, June 10, 2011

Facebook oh Facebook


Hari ini saya ingin menceritakan mengenai laman sosial Facebook. Ini sekadar memberi pandangan dan pengalaman saya menggunakan facebook ini. Bukan mahu mengkritik tetapi ingin berkongsi maklumat sahaja. Sebelum saya mengenali facebook nie, saya aktif dengan laman sosial Friendster. Di sana saya mengenali ramai rakan dan dapat bertemu dengan sahabat - sahabat lama.

Saya mengenali laman sosial Facebook melalui rakan saya semasa saya berkerja di Kolej Yayasan Sabah. Tetapi masa itu saya lebih memberi tumpuan kepada laman sosial Friendster dan kurang kepada Facebook. Sehinggalah saya menerima tawaran untuk menjadi guru. Barulah saya menggunakan Facebook ini.

Apabila saya aktifkan Facebook saya, saya dapat menemui rakan - rakan lama saya dari sekolah rendah, menengah hinggalah ke universiti. Ramai rakan dapat ditemui semula. Gembira dapat jumpa walaupun dalam dunia maya. Tidak kurang berkenalan dengan orang baru dari seluruh negara.

Tetapi ada yang kurang enak dan pahit sepanjang menggunakan facebook ini. Mereka yang dengki dengan kelebihan orang lain digunakan untuk menjatuhkan orang tersebut. Kekadang mengaibkan orang lain.  Lain pula halnya bila kita ingin berchatting. Lebih seronok kalau orang memberi respon kepada chat kita dan lebih menyakitkan hati kalau orang tersebut mengendahkan chat kita. Namun itu semua pengalaman.

Hampir dua tahun saya menggunakan laman sosial Facebook ini dan seramai 567 orang rakan di dalam list friend saya. Pandai jatuh dan turun juga list nie. Tapi itu adalah kehendak mereka dan kita pun tidak berhak untuk menghalang. Kata orang, ada ramai lagi orang di dunia nie mahu  berkawan...hehehehe. 

Seperkara lagi, kita kenal kawan kita di dalam facebook. Siap bertegur sapa tetapi bila di dunia realiti...macam tidak kenal pula. Pelik kan...

Dulu saya pernah berkata kepada adik angkat saya bahawa saya tidak akan aktifkan facebook saya. Tetapi, saya silap. Disinilah kita mendapatkan banyak maklumat yang terkini. Disini juga kita mengetahui khabar rakan - rakan kita yang jauh di mata. Apapun, saya telah kehilangan adik angkat saya. 

Orang dulu - dulu berkata, berhati - hati bila bercakap. Tetapi zaman sekarang..berhati - hati menaip sesuatu kerana mungkin disalah anggap oleh orang lain...sebab ia tidak menggambarkan situasi muka....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...