Rakan Blogger

Wednesday, April 27, 2011

Kancil8349 Kena Service Aircon

"Aduh!...apa yang keluar dari saluran aircon kereta aku nie?"

Tulah keadaan saya semalam apabila saya memasang aircon sewaktu berada di sekolah. Menjadi panik saya. Tetiba ada benda ringan keluar dari saluran aircon. Teruslah saya bertanya kepada rakan - rakan sejawatan saya. Mengapa ia terjadi macam tu. 

"Mesti kotor sudah kau punya aircon. Bila kali terakhir kau service aircon?" tanya seorang guru lelaki

"Sejak keluar hingga sekarang aku tidak pernah service aircon kereta aku"

"HAH!"

Terkejut melihat wajah rakan sejawatan saya. Macam tidak percaya. Begitu juga yang lain, mereka sibuk buat kerja padahal mereka memasang telinga mendengar perbualan kami. So, hari ini saya telah membawa kereta saya ke kawasan Takada, Tawau. 

Sampai di depan kedai, pekerja tu terus buka enjin dan melihat keadaan enjin kereta saya. Kemudian dia masuk ke dalam kereta dan memeriksa sesuatu di bawah desk board kereta. Rupanya dia keluarkan badan aircon di dalam kereta (tidak tahu apa namanya)...

"Aiya! Nie habuk sudah tebal ma...u bila service nie aircon"

Sambil tersenyum ke arah itu pekerja. "Saya belum pernah secvice aircon sejak saya beli kereta nie" Terkejut pekerja Cina itu. Semacam tidak percaya. Selepas kami berbual, dia meneruskan kerjanya untuk membersihkan peralatan tersebut. Saya hanya memerhati dari jauh. Memang tebal juga habuk tu. Nasihat pekerja tu kepada saya, service aircon selama 3 tahun sekali.

Setelah selesai memasang peralatan tersebut. Aircon saya seperti baru. Macam kereta baru keluar dari kilang. Hehehe...jom kita tengok apa yang sempat saya ambil semasa berada di bengkel tersebut :

 


4 comments:

Gen2Merah said...

aiyoyo ums... kereta harus kena alert juga.. kena cek segala yang patut

Ums Niza said...

tu lah bah dil....kurang alert sudah aku nie...hehehe

maszull said...

assalamualaikum kancil...yer la kekadang air-cond ni mesti kena cek kn kalau dah rosak mahal harganya...:)

Kancil 8349 said...

Maszull :

Waalaikumsalam mama,

betul tu...berharap ndak kena lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...