Macam lama saya tidak menulis sesuatu di dalam blog saya nie...sibuk dengan kerja di tempat baru, tambahan lagi ada banyak aktiviti di rumah. Biasalah kalau ada anak, kena bantu isteri menjaga anak. Apapun, saya ingin berkongsi sesuatu mengenai sekolah baru saya nie. Sekolah ini dikatakan sekolah elit di daerah Tawau. Sekolah yang selalu menempa nama bukan sahaja di bidang kurikulum malah ko kurikulum juga, sekolah ini tidak ketinggalan. Kira seimbanglah. Sekolah bandar orang kata.
Macam saya sedang memuji pula sekolah baru saya pula...hehehe...tu orang kata. Bagi saya masih samar - samar sebab baru 2 hari bertugas. Banyak benda yang perlu saya kenali mengenai sekolah ini. Terutamanya persekitaran sekolah pagi dan petang dan gelagat kakitangan - kakitangan sekolah tersebut. Apapun, saya kena bersedia dalam apa keadaan sekali pun.
Pada hari kedua, saya sempat meninjau persekitaran sekolah tersebut. Tak kenal maka tak cinta. Takut sesat nanti. Hehehe....biasalah hari memula bertugas. Kena tahu sekeliling sekolah tersebut. Sekolah ini mempunyai dua sidang. Sidang pagi untuk tahun 4, 5 dan 6 manakala sidang petang untuk tahun 1, 2 dan 3. Bilangan murid dianggarkan 900 orang. Tu yang dikatakan oleh orang kuat sekolah. Semasa meninjau di dalam sekolah, tempat pertama yang saya kunjungi pastinya Pusat Sumber sekolah. Dari dulu sampai sekarang mesti pusat sumber atau perpustakaan yang saya cari.
Semasa berada di luar Pusat Sumber, beberapa orang murid sidang pagi sedang melakukan perbincangan secara berkumpulan. Wah! baru bulan ketiga....kagum dengan sikap murid - murid ini. Di dalam Pusat Sumber, beberapa orang murid sidang pagi iaitu pengawas Pusat Sumber sedang mengemas buku - buku di rak buku. Mereka rasa terkejut melihat kehadiran saya. Salah seorang mereka menegur saya.
"Cikgu dari SK Merotai Besar kan?"
"Bukan! Cikgu dari SK Batu Payong. Semasa perkampungan bahasa tu, cikgu setakat tolong - tolong ajk je. Tidak sangka kamu masih ingat dengan cikgu yeah?" Saya tahu bahawa murid inilah yang dipilih menjadi peserta perempuan terbaik semasa perkampungan bahasa di SK Merotai Besar...[klik di sini]
"Hehehe! ingat!"
Saya terus beredar dari Pusat Sumber sekolah dan saya sempat mengambil beberapa keping gambar sekitar sekolah tersebut. Jom kita lihat di bawah nie.........
Bangunan Sekolah
Panjang betul bangunannya.
Pintu Masuk Bilik BNK
Kelas Pendidikan Jasmani
Tidak banyak gambar saya ambil. Padahal, banyak tempat menarik di SK St Patrick nie...
No comments:
Post a Comment