Rakan Blogger

Sunday, April 24, 2011

Sambulayang, Layar Kapal Yang Mewarnai Daerah Semporna

Pada mulanya, saya tidak mengetahui apa yang dipanggil oleh mereka. Yang saya tahu ianya adalah layar kapal. Layar kapal inilah yang mewarnai setiap perayaan di kawasan daerah bertuah Semporna. Memandangkan negeri Sabah bermula cuti pada Jumaat lalu, saya mengambil kesempatan untuk kembali ke kampung halaman saya di semporna.

Sepanjang perjalanan menuju ke daerah Semporna, tiada tanda - tanda perayaan berlaku. Tertanya - tanya di dalam hati saya. Adakah tidak semeriah sebelum ini. Sehinggalah kami tiba di kawasan Pegagau iaitu Kubang Pinang. Terpegun saya melihat keindahan layar kapal ini atau lebih dikenali oleh masyarakat Bajau, Sambulayang. Pelbagai warna boleh kita lihat sepanjang perjalanan menuju ke pekan Semporna.

Bertambah riang di dalam hati ingin melihat pesta Regeta Lepa - Lepa yang buat kali ke 18 dibuat sejak tahun 1994. Menurut sumber, sesiapa yang memasang Sambulayang di hadapan rumah mereka, mereka akan diberikan saguhati oleh kerajaan tempatan. Saguhati tersebut berbentuk wang ringgit. Patut pun, ramai yang memasangnya di hadapan rumah dan tidak terkecuali beberapa buah sekolah di sana.

Jom kita lihat, beberapa keping gambar yang saya sempat ambil sepanjang perjalanan menuju ke pekan Semporna.










Sehingga kini, sambulayang masih berdiri tegak dihadapan rumah mereka. Selain perayaan regeta lepa - lepa, sambulayang juga dinaikkan sebagai tanda ada majlis perkahwinan di rumah tersebut. Apapun, tahun hadapan saya akan datang lagi.

4 comments:

Cik Asma BLuppy said...

wah... meriah nya... mesti best join ni. kat terengganu xde benda macam ni.

Kancil 8349 said...

Cik Asma :

meamnglah meriah...dan ia membuatkan kawasan tersebut indah dan menarik...

maszull said...

assalamualaikum kancil...mmg2 meriah kn....:)

Kancil 8349 said...

Maszull :

Waalaikumsalam mama,

kalau sudi datanglah ke mari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...