Rakan Blogger

Monday, April 4, 2011

Perhimpunan Petang Di SKSP, Tawau

Tepat pada pukul 5.20 petang, loceng dibunyikan dan menandakan perhimpunan bermula. Semua murid berkemas dan bergegas di tapak perhimpunan yang terletak dihadapan bangunan sekolah. Bagi saya ini merupakan kali pertama saya menghadiri perhimpunan petang di sekolah tersebut.

Seperti biasa, murid - murid akan menyanyikan lagu Negaraku dan diikuti oleh lagu sekolah. Selesai menyanyikan lagu, guru bertugas menjemput guru penyelia petang untuk memberi ucapan kepada semua murid. Semasa beliau memberi ucapan, beliau menjemput saya tampil kehadapan dan seterusnya memperkenalkan saya kepada semua murid. Ucapannya ringkas dan semua anak mata murid - murid sekolah tertumpu ke arah saya. 

Hanya mampu tersenyum. Selepas diperkenalkan, saya kembali ke belakang dan mendengar ucapan guru penyelia petang tersebut. Saya gementar tu masih ada. Tepat pada pukul 5.40 petang, perhimpunan bersurai setelah lagu Negeri dinyanyikan. 

Semasa perhimpunan, saya sempat mengambil beberapa keping gambar yang menarik perhatian saya. Jom kita tengok apa yang ada di bawah :

Murid - murid tahun 1

 Murid - murid tahun 3

Macam adik beradik...semua warna beg sama

2 comments:

Ce'gu JAERA said...

seronoknya perhimpunan di sekolah baru kan.. guru baru jadi glamer

Kancil 8349 said...

sebelum perhimpunan pun budak dah ramai kenal....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...