Rakan Blogger

Sunday, April 3, 2011

Doa Selamat Untuk Muhammad Muhadzir Firdaus (Afiq)

Sedar tidak sedar, anak saya yang kedua sudah berusia 2 tahun. Tahun lalu, saya tidak disampingnya untuk membaca doa kesyukuran sempena ulang tahun kelahirannya. Masa tu saya masih berada di Batu Pahat, sedang menjalani praktikum.

 Suka meninjau ke luar jendela

Anak ini kami beri nama Muhammad Muhadzir Firdaus atau Afiq. Seorang anak yang gagah, comel, kuat makan dari minum dan kuat meniru apa yang kita buat. Lekas belajar orang kata. Terlalu manja dengan saya. Ke mana sahaja saya pergi pasti dia akan memanggil "AYAH!". Menangis pun, sebutan "AYAH" juga yang akan keluar dari mulutnya. 

Setahun yang lalu, saya risau kalau - kalau anak ini tidak kenal dengan saya. Hampir 6 bulan saya tidak berjumpa dengannya. Sedangkan rakan - rakan yang lain, baru 2  bulan mereka berpisah dengan anak mereka. Anak mereka sudah tidak mengenali ibu mereka. Ini kan  pula seorang ayah. Tapi syukur alhamdulillah. Anak ini masih mengenali ayahnya. Ingat lagi memula saya memijak rumah mertua saya selepas habis belajar dari Batu Pahat. Terus saya mencarinya. Dia didukung oleh mak mertua saya. Pada mulanya dia rasa ganjil melihat saya. Bila saya memanggil namanya...dia minta turun dan terus menuju ke arah saya. Saya terus memeluknya. Manakala anak pertama saya, masa tu dia mundar mandir di dalam rumah. Katanya, "Afiq! tu ayah!" Bila dia nampak saya mendukung adiknya, dia pun mahu didukung sambil menarik seluar jeans saya. "Ayah! Man mahu"

Sekarang, Afiq sudah pun berusia 2 tahun pada tahun ini. Suka memanjat dan mengangkat barang di dalam rumah. Apa - apa sahaja yang dijumpanya pasti diangkatnya. Nasib sahaja dapur ada pintu bayi. Dia tidak boleh masuk ke dapur. Dia suka berdiri di dalam kereta di tempat duduk penumpang bersebelahan pemandu. Tapi dia tidak lupa menggunakan tali pinggang. Mungkin dia tengok saya memakainya jadi dia ikut.

Pada hari ini, kami sekeluarga membuat doa selamat sempena ulang tahunnya. Neneknya Hajah yang beria - ia mahu membuat majlis tersebut. Apapun terima kasih kepada beliau kerana banyak memberi sumbangan kepada keluarga kami, sejak kami kahwin hinggalah sekarang. Dibawah nie ada beberapa gambar mengenai majlis tersebut yang kami buat ala kadar je. Jom tengok.......

 Gelagat dua orang puteraku...macam Ipin dan Upin

      Sibuk emaknya                                Bergambar dengan Atuk Uwak

                              Afiq bersama Abg Awang            Tidak sabar mahu meniup lilin dan potong kek


  Kek yang dibeli oleh Nenek Hajah mereka. 
(Tidak boleh dibeli satu, nanti berebut..hehehe)

1 comment:

Ce'gu JAERA said...

selamat hari lahir untuk adik Afiq..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...