Rakan Blogger

Sunday, April 17, 2011

Kenderaan Pertamaku

Tahun 2004, adalah tahun sejarah bagi saya. Tahun tersebut berlaku banyak peristiwa dalam cerita hidupku. Cintaku dikhianati, percintaan 3 segi, cintaku ditolak dan akhirnya cintaku diterima...hehehe...semua berlaku pada tahun tersebut. Tapi bukan itu yang ingin saya ceritakan kat sini.

Mungkin korang masih ingat kenderaan korang yang pertama. Dan susah mahu melupakannya. Begitu juga dengan saya. Banyak peristiwa dan kenangan pada kenderaan pertama. Jomlah kita lihat apa kenderaan pertamaku

Tulah dia, motorsikal kriss saya yang pertama. Saya beli second hand. Rindu plak saya mahu menunggangnya. Apapun saya telah menjualnya kepada rakan saya di Serusup, Tuaran. Motor ini telah saya bawa sejauh Kota Belud di utara Sabah dan Sipitang di sebelah Selatan Sabah. Namun tidak pernah saya membawanya ke bahagian Timur. Bimbang sangat sebab banyak lori lalu lalang.

Motor ini merupakan pengangkutan saya ke pejabat di Kolej Yayasan Sabah. Tidak tahan saya berjalan kaki dan menunggu bas setiap hari. Sebab itu saya membelinya. Akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2005 di Lebuh Raya Klang Lama, saya terpaksa membeli kereta. Tidak sampai setahun saya memakai motor saya.


Kereta Kancil ini merupakan kenderaan saya yang kedua sehingga sekarang dan mungkin ada lagi kenderaan yang ketiga...bakal - bakal menjadi ahli keluarga lagi...hehehe. Nanti aku akan cerita sal kereta nie...

4 comments:

Gen2Merah said...

banyak kenangan dan jasa kenderaan lama ...

Ums Niza said...

betul tu geng....

cayob said...

kurus nya ko geng!!!!!.......

Ums Niza said...

hahaha..time bujang nie geng....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...