Pada setiap hari Sabtu minggu kedua dan keempat, SK St Patrick akan mengadakan hari kokurikulum. Bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Hari tersebut merupakan perjumpaan untuk semua unit beruniform, persatuan dan kelab dan sukan dan permainan. Pada minggu nie, merupakan minggu pertama untuk saya dan hari pertama yang melaporkan diri untuk aktiviti kokurikulum sekolah.
Pada hari kelmarin, saya meminta kebenaran daripada Guru Penyelia Petang untuk lewat hadir ke sekolah. Disebabkan ada beberapa perkara perlu saya selesaikan sebelum saya ke sekolah. Atas nasihat isteri saya juga, saya pergi awal untuk membantu. Setiba di sekolah, murid - murid sekolah sudah beratur mengikut kelas masing - masing. Mereka mendengar taklimat daripada penyelaras sukan dan permainan.
Saya merupakan guru penasihat olahraga untuk sukan dan permainan. Tepat pada pukul 7.30 pagi, saya terus menuju ke bilik kelas yang telah disebutkan oleh penyelaras. Memandangkan saya seorang sahaja guru yang hadir. Saya mengambil kehadiran murid dan seterusnya saya membuat aktiviti agar murid - murid tidak bosan.
Tepat pada pukul 8.30 pagi, perjumpaan kami bersurai dan seterusnya perjumpaan unit beruniform. Tepat pada pukul 8.40 pagi, semua murid yang beruniform TKRS berhimpun di bilik kelas tahun 5 kuning. Sekali lagi saya berseorangan untuk mengurus perjumpaan tersebut. Sebenarnya ada guru penasihat yang lain tetapi mereka terlibat dalam acara pertandingan bercerita peringkat sekolah yang akan berlangsung pada pukul 9.40 pagi.
Seperti biasa, saya mengambil kehadiran murid - murid tersebut dan membuat aktiviti seperti cara memberi hormat, cara duduk di dalam dewan dan cara pemakaian yang betul. Selesai perjumpaan unit beruniform, perjumpaan seterusnya ialah kelab dan persatuan. Persatuan saya ialah Muzik. Guru penasihat yang lain tidak dapat hadir kerana ada urusan rasmi di luar sekolah. So, saya mengambil kehadiran mereka dan menanda kedatangan mereka di buku aktiviti kokurikulum murid.
Disebabkan saya pertama kali menguruskan semuanya, saya tidak sempat mengambil beberapa keping gambar yang bagi saya penting untuk dikongsi. Namun, hanya tiga buah keping gambar saya sempat ambil. Itu pun semasa pertandingan bercerita berlangsung. Jom kita lihat.....
Para peserta bercerita peringkat sekolah
Murid - murid duduk mengikut kelab dan persatuan
ahli - ahli Persatuan Muzik
No comments:
Post a Comment