Rakan Blogger

Sunday, April 3, 2011

Kekosongan di IPTA dan IPTS seramai 200 000 orang

Gambar Hiasan

Teringat masa memula masuk universiti. Rasa takut dan bimbang pun ada sebab tidak biasa hidup bersendirian dan berjauhan dengan keluarga. Apapun, masa tu jugalah memberanikan dan membiasakan diri dengan persekitaran semasa. Saya terbaca satu keratan akbar pada hari ini yang menceritakan tentang kekosongan di IPTA dan IPTS.

Bebudak zaman sekarang kira untung dan bertuah sebab boleh melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat universiti di seluruh Malaysia. Berbanding 10 tahun lalu, hanya 9 buah universiti awam di Malaysia. Dan sekarang, macam setiap negeri pasti ada universiti tempatan. Dan mereka tidak perlu lagi ke negeri lain untuk menimba ilmu.

Berbalik kepada tajuk asal, sebanyak 200 000 tempat disediakan di IPTA dan IPTS tempatan bagi pelajar - pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat ijazah pertama, sarjana dan doktor falsafah bagi sesi 2011 / 2012. Angka ini membuktikan bahawa pelajar masa kini dapat memiliki lebih banyak pilihan untuk mengikuti kursus yang diimpikan oleh mereka. Selain kekosongan di peringkat universiti, pelajar juga boleh mengikuti kursus bidang teknikal, latihan vokasional dan kemahiran. Sebanyak 11 500 kekosongan disediakan oleh 27 politeknik dan 323 Institut Latihan Kemahiran Awam. 

Apapun, selamat datang ke alam baru untuk pelajar - pelajar yang berjaya menjadi mahasiswa universiti. Perjuangan kamu sebagai pelajar masih jauh dan perlu hadapi segala rintangan. Ingatlah jasa keluarga di kampung dan usaha kamu selama kamu di sekolah rendah dan sekolah menengah. Masa depan kamu terletak di tangan kamu sendiri. Biar kita bersusah pada hari ini akan senang kemudian hari....Semoga berjaya...
 

3 comments:

Hyundai Sport said...

haah yang paling penting kuat kan ingatan..cuz masuk u ni....mengingat terus!

Gen2Merah said...

masuk U sebenarnya untuk mencari jodoh Yub... hehehe

Ums Niza said...

ada lagi mencari duit tambahan untuk menampung kos hidup tinggi di sana....hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...